Assalamualaikum,
Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha bagi seluruh muslimin dan muslimat di seluruh dunia. Semoga raya tahun ini kita mendapat keberkatan dari Allah agar mampu terus beribadah dan berkorban untuk agamaNya, Amin Insya Allah. Baiklah, seperti tahun-tahun sebelumnya, suka aku nak share sambutan Aidil Adha untuk keluarga aku disini.
Seawal pukul 8.15 pagi aku, ayah dan adik meninggalkan rumah untuk menunaikan solat sunat Aidil Adha. Berkilat lagi Nissan Sunny ayah tahun 1988 ni..huu
Untuk tahun ni. surau di kawasan perumahan kami tak buat solat sunat dan majlis korban. Tak tau kenapa, mungkin sebab ramai yang balik kampung kot. So, kami menyempurnakan solat sunat Aidil Adha kami di Masjid Ar-Rahmah di Felda Sungai Buaya.Boleh tahan ramai jugak jemaah yang hadir kat masjid ni, tercari jugak kawan-kawan aku yang duduk kat Felda ni. Takde perasan pulak, mungkin pas sembahyang terus balik rumah kot..:-p
Tahun ni mak tak dapat nak join, sebab tak berapa sihat sangat. Mungkin penat kot sebab semalam family kami ada buat makan-makan sikit untuk orang surau yang datang bertakbir raya kat rumah plus tahlil untuk arwah datuk aku, Haji Mohd Daud yang baru sahaja meninggalkan dunia ini bertemu Sang Penciptanya 2 hari lepas. Ada jugak majlis doa selamat untuk adik aku yang baru je memulakan hidup sebagai mahasiswa di Universiti Sains Islam Malaysia.
Si brader ni sekarang tengah kusut gila fikir tentang karier, ada terbaca satu discussion kat forum - "Your first job might determine your whole-life career". Honestly speaking, I don't want to continuously terjebak dalam industri yang sekarang ni. Nak switch tapi takde other opportunity lagi..:-(
Okay, berbalik kat cerita raya haji ni. Juadah tahun ni simple je but sangat sedap, lemang Opah fresh dari kampung yang dimakan dengan rendang ayam dan telur masak cili. Dan juga my all time favourite - Karipap Bolognaise..:-)
Since kat sini pun takde majlis korban, elok lah buat kerja sikit. Esok start kerja balik, ingat nak apply cuti hari tu tapi kena freeze pulak..haha, kesian betul. Kawan-kawan yang baru kerja pun dapat cuti, aku yang dah nak setahun ni kena tahan pulak..:-)
Lepas Maghrib bawak adik pergi Grand Union Bukit Beruntung cari stok makanan and barang keperluan dia kat USIM.
Teringat pulak dulu aku punya supply box kat UiTM, namanya "Kotak Keriangan". Sebab bila bukak kotak tu ada maggi, 3 in 1, tin sardin, baked bean dan sebagainya. So, riang lah hati..lol sangat..:-p
Lepas Maghrib bawak adik pergi Grand Union Bukit Beruntung cari stok makanan and barang keperluan dia kat USIM.
Teringat pulak dulu aku punya supply box kat UiTM, namanya "Kotak Keriangan". Sebab bila bukak kotak tu ada maggi, 3 in 1, tin sardin, baked bean dan sebagainya. So, riang lah hati..lol sangat..:-p
Lepak minum kat Salam sekejap before balik rumah. Tak lepak lama pun sebab family tak dinner lagi.
Bagi menutup entri hari ni, selamat menyambut Aidil Adha bagi semua umat Islam, semoga para-para haji kita mendapat Haji yang mabrur dan bagi kita yang belum berpeluang, teruskan beribadah kepadaNya dan berdoa agar diberi peluang untuk menyambut seruanNya untuk tahun-tahun yang mendatang. Amin Insya Allah.
No comments:
Post a Comment