Assalamualaikum,
Tak pergi mana-mana pun hari ni. Plan ingat nak spend time dengan family kat Space U8, Bukit Jelutong tu, tapi tak jadi pulak. Ni lah masalahnya bila ada simptom 'sorang tak nak ikut, semua pun tak nak ikut'..haha. Tapi esok kena jugak keluar cari kasut and belt baru. Habis pecah kulit belt aku, tapak kasut pun dah nak tercabut. Maklumlah, barang-barang ni aku pakai since zaman belajar kat UITM lagi tau. Saving yang amat..haha
Okaylah aku nak bercerita sikit tentang urban legend kat Highway Guthrie. For those yang tahu, highway ni merupakan jalan alternatif untuk ke Shah Alam dan area-area disekitarnya. Capable to cut off up to 50% masa perjalanan from Rawang ke Shah Alam. Aku pulak memang tak asing lah pasal highway ni sebab memang dah selalu sangat lalu since 2011 lagi, time menuntut di UiTM Shah Alam.
Kata orang, Guthrie ni memang menyimpan cerita-cerita mistik dan dianggap 'keras'. Aku terpanggil nak taip entri pasal cerita ni pun sebab belakangan ni kerap jugak aku lalu sini malam-malam. Alhamdulillah tak pernah dikacau dan tak mintak pun dikacau. Cuma kawan-kawan aku pelik kenapa lah aku tak dijadikan 'sasaran' entiti-entiti tu bila drive kat sini sedangkan kalau ikutkan memang aku ni considered as usual suspect..haha. Driving alone, pukul 12-1 malam, jalan sunyi. Memang perfect sangat kan? Barangkali Allah lindungi perjalanan aku..:-)
Spot yang biasa aku dengar from buah mulut orang ialah berhampiran Elmina. Macam-macam cerita ada kat sana. Budak kecik melintas, bayangan perempuan berambut panjang duduk kat divider, entiti masuk dalam badan tol attendant dan kena tumpang and of course, aku tak pernah nampak pun semuanya..huu
Kadang-kadang rasa nak tau jugak apa sejarah Guthrie ni. Nama Guthrie ni diambil sempena sebuah syarikat perladangan milik British sebelum acquired by Malaysian-owned PNB. Melalui forum-forum yang aku baca, sebelum the development of Guthrie Corridor Expressway, kawasan ini merupakan sebuah ladang estet yang besar, ni yang paling valid since sekarang ni kalau kita lalu sini memang still ada lagi estet-estet ni. Dekat one of the area ladang ni jugak berhampiran Elmina, berlakunya satu tragedi pesawat penumpang milik Japan Airlines terhempas mengorbankan 33 nyawa. Ada jugak yang cakap kat sini ada perkampungan dan kubur orang asli but terpaksa dipindahkan untuk tujuan development highway ni. So, no wonder lah banyak benda pelik-pelik jadi kat sini kan? Walaupun tak nampak, sumpah bila aku drive sorang diri kat sini rasa lain macam. Nasib lah ada Zikir Terapi Hafiz Hamidun buat teman.
Yang kes Myvi Putih ni pulak jadi minggu lepas, aku baru je lepak dengan Joe dan Yat kat Shah Alam hari tu. Gerak around 12 suku, memang bercampur baur jugak feeling samada nak balik or tumpang rumah diorang. Tapi last-last decide nak balik jugak. Lepas je Elmina, ada satu kereta ni bagi high beam. Aku pun tukar lane, kira nak bagi laluan lah. Tapi kereta ni tak nak potong, dia maintain je tepi aku. Aku laju, dia pun laju. Aku slow, dia pun slow. Boleh pulak bermain-main..haha. Last-last sampai Tol, dia masuk lorong tunai, aku pakai smart tag. Lepas je, aku pecut sampai lah dia makan asap aku...haha
Itu lah cerita pengalaman aku kat Guthrie ni, bukan cerita hantu pun. Just sorang driver yang perangai cam hantu..haha
No comments:
Post a Comment