Monday, October 5, 2015

Kisah AKU n Hujung Minggu di Kampung

Assalamualaikum,

Hujung minggu ni lepak dengan family kat kampung sebab takde apa-apa plan pun dengan kawan-kawan either from Sungai Buaya nor Shah Alam. Asal nak balik hari Jumaat malam, tapi masing-masing lesu je, last-last pagi Sabtu jugak gerak.

Gerak around 9 dari Sungai Buaya, mata memang rabak lah since balik rumah from lepak pun dah pukul 3 pagi. Tapi pulun jugak tu nak drive, asal ada gula-gula Kopiko dengan air sekotak cukup lah..:-)
Singgah breakfast kat R&R Tapah, sedap beb Nasi Lemak Pak Tam ni. Tapi harga memang terbaik lah, RM 8.50 satu set. Tengah sedap-sedap makan aku terperasan a group of student, nampak muka macam familiar, and this group duduk sebelah meja aku. Sambil-sambil makan tu aku cuba curi dengar perbualan diorang. Memang sah, konfirm ni batch asasi undang-undang sama dengan aku dulu. Sebab? Budak law je yang suka sembang pasal law kat tempat public, yang disembangnya pasal LLM, LLB, chambering, cuba-cuba lah cerita pasal jerebu ke, pasal EPL ke, dah macam takde benda lain nak sembang....haha
Nak ke toilet terperasan pulak benda ni. Everytime aku nampak logo ni, rasa bangga pulak - I'm a part of this logo creation..:-)
Sampai Parit dalam pukul 11.30 pagi, tengok semua benda dah siap untuk majlis Tahlil arwah atuk aku. Mati-mati aku ingat majlis lepas Zuhur, ayah aku ni pun satu tak inform awal-awal, kalau tak takde singgah makan kat Tapah.

Ramai jugak yang hadir hari tu, kawan-kawan arwah atuk time berkhidmat dalam Jabatan Kesihatan dulu, kariah-kariah surau, jiran-jiran sekeliling etc.
Pukul 2, aku dengan mak balik ke Bota Kanan. Ayah nak settle urusan wasiat dengan adik beradik dia katanya.
Tak buat apapun, jaga api sekejap pastu tertidur lepas Asar sampai lah ke Maghrib. Ngantuk pagi tadi pun tak hilang lagi tau..haha
Pukul 10 malam, keluar dengan Acu Keon ke Seri Iskandar. Buat apa? Tengok Newcastle kena rogol dengan Mensiti..haha. Siot betul, first half dah leading, pastu kena 6 bijik dalam masa 20 minit. Tapi apa-apapun, Aguero tu memang superb lah, dia sorang je skor 5 semalam..:-)

Pagi Ahad, I had my soft breakfast, and buat research untuk event baru. For Consumer Debt event yang lepas, aku dapat bawak 8 delegates je, still tak dapat beat my achievement for Industrial Parks. Dan untuk event baru ni pulak - In-Flight Retail Workshop, I'll try my best to beat my personal records. Insya Allah semoga dipermudahkan. Amin

Nampak gambar macam still kurus, tapi realitinya semakin mengembang. Tak caya aku, camera trick semua ni..:-)
Gerak from Bota Kanan pukul 12 tengah hari. Singgah lunch kat Ulu Bernam, and touch down Sungai Buaya approx. around 3 PM. Same old script, terus tertidur sampai ke Maghrib. Tak pasal-pasal kena qada Asar. Dolah missed call sampai 12 kali pun tak angkat, tidur mati betul ko ni Farid..:-p

Dah lah, pukul 12.15 dah ni. Nak tidur dulu, esok siap-siap lah nak menghadap Monday Blues..

P/S: Gaji dah masuk, rasa cam nak pergi Uptown pulak Sabtu ni.

No comments:

Post a Comment