Assalamualaikum,
Malam ni nak share pasal aktiviti malam semalam bersama comrades kat Sungai Buaya ni. Macam biasa lah, aktiviti awal bulan kami. Tak banyak beza pun dengan cerita-cerita yang lepas..:-)
Destinasi semalam ialah bandar yang aku agak familiar, Shah Alam. Most of jalan kat sini still fresh dalam kepala otak aku ni, with exception of jalan-jalan dalam kawasan industri tu. Yang paling aku familiar kawasan sekitar UiTM Shah Alam dan sewaktu dengannya. Gerak from Sungai Buaya pun agak lambat jugak, so kami ke Space U8 dulu.
Rasa tak payah nak kenalkan lagi bro-bro ni. Kami ni bertiga je lah since re-unite tahun lepas, takde penambahan member, takde yang kena kick. Walaupun macam-macam ragam, tapi kami tetap bersama..:-)
Driver malam semalam. Since masing-masing ada kereta sendiri, kena ikut turn. Tak boleh jugak nak asyik pergi lepak ikut kereta member je. So, untuk turn kali ni aku pulak yang kena..:-p
Tak payah cerita pun dah tau, confirm-confirm ni aktiviti wajib punya..haha. Lagipun kat Space U8 ni tarikannya dua benda je, yang Highway Karaoke ni, and lagi satu MBO Cinema tu.
Dolah ni sebenarnya rabak jugak mata dia, yang pergi half day kat office semalam siapa suruh. Bila tanya, kata saja..haha
Haa, yang pakai baju biru kelabu tu pulak rilek je walaupun masalah kat ofis berlambak lagi tak settle. Relax lah, benda kat office biar kat sana lah. Sekarang ni aku nak release tension.:-p
Dalam pukul 12, aku bawak diorang ke Uptown Shah Alam kat Seksyen 24. Ni tempat biasa aku lepak time study dulu. Tapi time study takde duit, so window shopping je. La ni dah kerja, duit pun ada..apa lagi bershopping lah..hehe. Sampai je Uptown, kitorang makan dulu sambil tengok Kingsman Secret Service.:-)
Beli kasut Vans sepasang. Dah lama beb tak pakai kasut ni, seingat aku last pakai time Form 5, zaman-zaman pakai Converse..huu
Bro-bro ni pergi cari shades. Maklumlah diorang ni pergi kerja drive sampai ke ofis. Aku ni pulak bertransit-transit..haha. Sudah lah, cakap je kau tu rabun. Mana lah nak merasa pakai shades segala mak nenek ni..:-p
Beli powerbank untuk Along. Dia ni selalu outstation, hari tu dah belikan sebijik tapi berat katanya. So, aku cari yang baru. Ringan dan stailo jugak bentuk macam perfume..:;-)
Haha, sian aku tengok Dolah ni. Dah rabak betul tu..lol.
Around 3AM kami bergerak meninggalkan Shah Alam. Lalu Guthrie bai semalam, sunyi gila siot. Itu pun nasib bertiga, kalau aku sorang je memang lalu PLUS, tak pun lagi rela tidur dalam kereta..:-pBetul-betul sampai depan rumah pukul 3.50 pagi. Orang tua-tua kata kalau balik lewat malam jangan terus masuk rumah, so aku lepak luar dulu basuh kereta sikit, sambil dengar zikir terapi..huhu. Haa, ni lah kasut Vans aku, cantik tak. Beli kaler kelabu sebab aku banyak seluar kaler kelabu. Baru matching!
So, itu lah dia cerita aktiviti awal bulan aku and kawan-kawan kat sini. Tipikal aktiviti right? but what the hell, janji sampai objektif nak release tension kerja tu. Pergi panjat bukit pun tension-tension buat apa dop, baik karok lagi best..haha
No comments:
Post a Comment