Assalamualaikum,
Ni lah first time aku pakai smart casual hari Jumaat, biasanya aku pakai baju melayu. But, atas desakan my colleagues yang nak tengok sangat aku pakai camni, ikutkan je lah. Workload kat office semakin hari semakin banyak. Screen call pun boleh tahan bersepah jugak minggu lepas, that's means esok gonna be a long day of interviews for Team Hardin.
Entri ni takde kaitan pun dengan kerja, ataupun kawan sekerja. Sebenarnya nak cerita sikit pasal aktiviti hujung minggu dengan kawan-kawan kat Sungai Buaya ni. Dolah kerja semalam, so dia suruh kitorang datang Setiawangsa naik pub-trans, so that lepak nanti boleh satu kereta je. Ayah hantar aku and Afiq kat KTM Rawang, from there kami pun ke KL Sentral then transit LRT ke Setiawangsa.
Kat LRT Taman Paramount, jumpa Big Boss ONYX amik company's merchandise. Dapat lah satu slim power bank, thanks bos! Sampai LRT Setiawangsa around 7.15 and Dolah dah siap menunggu.
Our first destination untuk malam itu ialah Wangsa Walk Mall. Ni tempat first date siot, haha. Ingat lagi stereng buat hal malam tu..:-p
Walaupun muka-muka ni jugak yang dijumpa setiap minggu, aku tak pernah rasa jemu..:-)
Mata tu tak boleh bukak lagi ke bro? haha
We had our dinner at Texas Chicken. Sebenarnya dah lama aku nak try makan benda ni, since almost everyday lalu kat TC dekat LRT Pasar Seni tu. Tapi takde masa nak masuk, asal nak singgah mesti beratur panjang punya. Aku dah lah rushing nak kejar bas..:-)
Lepas dinner ingat nak berbowling kat Wangsa Walk tu, tapi lama pulak nak menunggu turn. So, Dolah pun bawa kami ke Uptown Cheras. Memang just in time je bro, sebab aku memang tengah mencari kemeja t-shirt and kat mana lagi nak cari, kalau bukan kat tempat-tempat macam Uptown ni yang terbukti affordable and memuaskan.
Macam Uptown Shah Alam, but dua kali ganda lagi besar rasanya. Barang-barang kat sini tak payah cerita lah banyak mana, memang bermacam-macam jenis. Rambang mata beb, tapi dalam wallet ada 120 je, tu pun untuk belanja minggu depan..huu. So, aku pun set my spending limit untuk malam tu and start roaming the uptown.
Rembat sehelai baju ni dengan harga RM 30 after nego. Tak sia-sia kerja dalam bidang sales ni, adalah jugak skill nego sampai lebam..:-p
Si Afiq ni mencari topi yang macam pengganas komunis pakai tu, korang tau tak kat mana nak cari? Dah banyak uptown kitorang pergi, tapi still tak jumpa.Pukul 12, sambung lepak dengan Ayen kat Mentara. Si Ayen ni kawan Dolah time belajar kat Poli dulu. Since selalu join lepak dengan diorang ni, last-last aku pun termasuk air sekali..haha
Conclude at 2 AM, sampai rumah pukul 3 pagi. Terbaik betul, research satu apa pun tak buat lagi. Mentang-mentang lah si John tu ada kat Manila minggu depan.
P/S: Bukan tak nak buat research, line Celcom macam lancau. Tak habis-habis terputus, ni update blog pun pakai data Maxis yang ciput tu.
No comments:
Post a Comment