Assalamualaikum semua, petang ni aku nak bercerita sikit tentang satu milestone penting dalam hidup aku yang berlaku pada hari ni dan milestone itu ialah Research Paper Presentation atau nama feymesnya - the VIVA. Tak dinafikan VIVA merupakan presentation terakhir bagi kebanyakkan pelajar degree yang buat research dan yang paling digeruni sekali..haha
Sebenarnya slides VIVA aku dah siap petang semalam, saja datang fakulti malam tu sebab nak jemput Yasin dan Yat untuk dinner sekali.
Masuk je Student Lounge agak terkejut jugak sebab tengok ramai gila student Batch 2011-2012 dalam tu, majoriti semuanya tengah buat final push untuk presentation ni.
Yang pakai baju Mensiti tu lah research partner aku, Zhafir namanya. Minggu ni memang lepak and tidur kat rumah dia je demi menyiapkan report dan juga slides.
Malam semalam tiba-tiba pulak ramai yang dok tanya aku pasal slides tu..haha, terkejut jugaklah sebab asalnya memang tak plan nak lama pun kat situ. So, dapatlah tolong mana yang aku tau untuk membantu rakan-rakan seperjuangan yang lain.
Bersama Yat, research partner Yasin yang datang dari Kampus Seremban 3..:-) Dapat jugak jumpa bro ni, rindu beb..terpisah satu semester..
Yasin, rakan seperjuangan dan bekas roommate sejak asasi. Dia ni KPOP tau..huu
Bak kata Helmy, macam baru lepas nikah..lol
Then, tiba lah hari penuh bersejarah itu. Tanggal 20 Jun 2014, tarikh anniversary si Zhafir dengan Anis jugak..haha. Tahniah korang, dah 4 tahun kan? Semoga berkekalan keakhir hayat aku ucapkan. :-) (Takde kena mengena dengan gambar okay..haha)
Since aku pun dah janji dengan si Zhafir tu untuk tak nak amik apa-apa gambar before presentation, mengelakkan badi time present PNB dimana group aku dihentam tanpa belas oleh Dr. Jasmine..huu. So, kitorang snap picture after presentation je. Dan pada pukul 9.45 pagi kami memulakan presentation assessed by Pn. Nurulaini Zamhury (KPP BAS).
Dalam pukul 10.20 pagi, kami menamatkan presentation. Alhamdulillah, well done katanya, research yang ada fokus tersendiri, Pn Aini juga proud dengan kami yang mengambil high risk untuk membuat research tentang ISO ni, diluar jangkaan dia sebenarnya sebab tak expect ada student yang berani buat pasal Pengurusan Kualiti ni. Untuk korang punya information, research kami bukan adaptive (existing) tapi a form of new research. But above all, yang paling memorable, Pn Aini minta kami untuk bagi talk untuk subjek QMS for budak-budak FSPPP kat Seremban 3 tu..haha. Damn Nice!
Research partner yang supportive, sanggup aku bagi guna WIFI, letrik and tidur kat rumah dia semata-mata untuk research ni. Proud to be his research partner, thank you bro!
Time ni Yas-Yat tak masuk present lagi. Dah macam Godfather aku tengok si Yasin tu..huu
Yas-Yat after their VIVA bersama Prof. Shireen Haron dan Dr. Norziana Lokman. Tak nak comment pulak pasal diorang punya..:-)
Dalam pukul 12 kami keluar lunch sambil bersembang tentang apa yang nak buat pasni. Of course, still ada correction yang nak kena buat before print hard cover, plus report yang Dato Yusof nak untuk subjek Global. But, kalau ikutkan, hujung minggu ni pun boleh siap..:-)
Mengendap aweks-aweks yang bermesra-mesraan sesama sendiri..haha, Tak boleh blah betul insiden tadi tu Zhafir..haha. Apa boleh buat, rezeki beb..lol
Jadi itu lah kisah VIVA aku. Lepas ni nak fokus final examination, kerja pun ada yang aku dah apply - harap-harap dapat lah call for interview sebab memang aku plan nak kerja dulu, and sambung Master or Double Degree on PJJ basis nanti. Apa-apapun, wish me luck ye kawan-kawan! Till then, take care semua..
No comments:
Post a Comment