Friday, June 20, 2014

Kisah AKU n Degree Life - Minggu Terakhir Kuliah

Assalamualaikum semua, lambat lagi update blog ni..haha, maaf la ye, ni baru nak free sikit. Minggu ni agak padat dengan VIVA presentation yang dah pun beraakhir pagi tadi (nantikan entri tu ok). Baiklah, entri ni didedikasikan buat rakan-rakan seperjuangan aku kat FSPPP, especially for Batch 2011. Entri ni akan cover minggu terakhir kuliah untuk degree aku which is sangat sad but memorable.
Minggu last ni dimulakan dengan discussion untuk menyiapkan report Strategic Management. Tapi, since most of them ada yang belum siap research, aku bagi laluan kat diorang untuk settlekan dan aku pun takeover kerja-kerja diorang yang belum siap sepenuhnya.
Dah macam Pegawai Banci aku tengok diorang ni..haha. Tengah key in SPSS untuk analisis research, mostly aku cover part diorang ni. Sebab Pok Jad punya sempat siap..:-)
Hehe, stail kerja aku memang ala Samurai Jepun sikit. Ikatan dikepala bagi tujuan fokus dan konsentrasi.
Hari Isnin ada Talk PTD dengan Dato Dr Mohammad B. Hamzah, our Senior Lecturer dan juga bekas Pengarah INTAN dan Diplomat Malaysia.
Obviously PTD sebenarnya bukan dalam perancangan kerjaya aku, but pergi jugaklah dengar pengalaman dan tambah ilmu. Kot la tiba-tiba berubah arah pulak..:-)
Berbincang pasal kerjaya selepas graduasi..Ada yang nak sambung Master, ada yang nak kerja private, ada yang nak try SPA, tak kurang jugak yang nak bukak bisnes. Apa-apa pun goodluck ye semua!
Hari Selasa takde kelas, jump ke Rabu. Presentation tutorial terakhir peringkat degree dalam kelas Service Management untuk PLUS Berhad. Dapat pulak part Total Quality Management, memang the best lah hari tu..hihi
Group Malaysia Airlines..:-)
Pok Jad punya pose paling konsisten sepanjang masa..haha
Bersama Ustaz Helmy, Director Pusat Islam UiTM dan CITU..:-p
 
Group BA6A bersama Dr. Hardev Kaur, our lecturer untuk Service Management..:-)
Pastu ke kelas Strategic Management pulak, this is group Permodalan Nasional Berhad yang dihentam hebat 2 minggu lepas..haha. Dah la aku ketua, lol
Bebudak lelaki with Associate Professor Dr. Jasmine Ahmad..:-)
Weehooo, dah nak habis beb!
Hari Khamis dimulakan dengan lecture Service yang takde..haha, kesian betul. First time semester ni datang kelas tapi kelas takde..pandai betul PM Nabilah troll aku final week ni..:-p
Bersembang kerjaya lagi..haha
Lecture Strategic pun tak ramai yang datang. Apa la budak-budak ni, ni kelas terakhir kot untuk tutup degree. tapi still tak nak datang. *sigh*

So kawan-kawan, itulah minggu terakhir aku bergelar pelajar degree. Since VIVA pun dah habis, sekarang ni cuma tinggal nak siapkan hardcover untuk Research Paper, report Global Affairs dan finally, final examination. Wish me luck okay, jangan lupa pulak baca entri VIVA aku lepas ni...hee


No comments:

Post a Comment