Saturday, June 7, 2014

Kisah AKU n Let's Karok!

Assalamualaikum semua, hari ni nak buat entri pasal cerita Khamis lepas, tak basi lagi kan? Baru 3 hari..haha, takde lah aku dah 2 hari ni tidur pukul 9 pagi beb. Ni semua sebab nak catch up dengan deadline untuk Practical Report dan juga Research tu. Nasib baiklah dah biasa dengan benda-benda macam ni..haha. Sempat jugaklah siap dan submit Praktikal Report tu semalam, SPSS Analisis untuk research pun dah habis key in semua 105 questionnaires, malam ni cuma tinggal nak analyze and buat summary je dengan Zhafir.
Hari Khamis lepas, habis je kelas Strategic Management, aku dan beberapa orang rakan sempat lah menyinggah kat Plaza Alam Sentral ni. Asalnya nak main bowling, tapi kupon Pusat Sukan habis pulak..so, our backup plan ialah berkarok..:-o
Helmy yang membuka event kami pada hari tu..haha
Tengah cari lagu dalam henset mungkin. Abang Long maybe tengah meningat lagu yang disimpan dalam hard disk dia..haha
Bersama mamat yang gila karok. Kelakar betul Ishak boleh terinterframe tepi tu..haha
Dia ni main lagu tinggi-tinggi je..aku tak mampu lah..:-p
Ni pulak lagu jiwang karat, boleh tahan jugaklah tarik time high pitch.
Karok ni sekadar nak melepaskan tension yang lepas dan juga sebagai persiapan untuk presentation VIVA. :-)
Seluar yang menjadi kontroversi pada awal semester..haha
Bergambar bersama-sama rakan seperjuangan, susah senang dikongsi bersama sepanjang kami belajar dah nak dekat 3 tahun ni.
Ada lah tukar sikit iklan kat escalator tu. Before this pakai yang Sony Ericson W200i, tah tahun bila punya lah tu..huu
Dalam pukul 4.30, kami meninggalkan PAS dan bergerak ke hala tuju masing-masing. Joe ajak aku melawat PC Fair kat Menara SAAS, nak habiskan baucer buku katanya. 
Apo bondo yang ekau boli ni Farid? 
Ada lah borong SD Card 16 GB, wireless mouse yang baru (before this guna Mujahid punya..haha), 2 bijik powerbank (20000 dan juga 5000 mAH). Semuanya bernilai 2 keping baucer buku iaitu RM 100 - pastu dapat free MP3..haha, best-best..:-)

Okay lah, rasa macam nak sambung tidur..haha, till then, take care semua!

No comments:

Post a Comment