Thursday, June 5, 2014

Kisah AKU n Malam Pra Graduasi FSPPP - PROVOGUE!

Assalamualaikum semua, semalam aku berkesempatan untuk menghadiri sebuah event wajib untuk pelajar semester akhir kat UiTM ni dan event ni tak lain tak bukan ialah Malam Pra Graduasi, atau didalam bahasa MUET dinamakan Pre Graduation Night. Event ni merupakan tradisi bagi UiTM bagi meraikan pelajar-pelajar mereka yang akan bergraduat. Kawan aku yang study kat UTem kata diorang takde pulak benda-benda macam ni..haha. Kesian pulak dengar. So, entri hari ni didedikasikan kepada rakan-rakan seperjuangan yang bakal menamatkan pengajian pada bulan Julai ni, Insya Allah.
Event ni bertempat di Sri Bestari Banquet Hall, Intekma Resort & Convention Center, Shah Alam. Ni lah first time aku menjejakkan kaki kat sini sepanjang hampir 4 tahun bergelar pelajar UiTM.
Yang baju putih tu Zhafir, research partner aku. Yang berjaket kulit tu Wan. 
 
Bersama rakan baik sepanjang semester - the best groupmate dan sparring partner..haha
 "Date Me, I'm Single" haha, True Story,,:-)
Bersama Yasin, rakan seperjuangan sejak zaman asasi. Macam K-POP kan dia? :-)
Kami bertiga memang dari Part 1 macam ni. Bertiga je ke mana-mana. Masuk SMF pun sama-sama. Banyak kenangan aku belajar kat UiTM ni dengan diorang lah.
Ni lah outfit aku tadi. Simple je, takde beli baru pun. Semua mix and match. Tengah dalam proses berjimat ni..hihi
Menunggu untuk bersantap. Speech Pn. Aini memang mantap, Cik Khamsi pulak macam rasa dalam kelas lecture..lol
Makanan kami untuk hari ni memang the best. Suka betul aku dengan creamy chicken tu. Tapi agak terkilan bila urusetia program ni boleh terlupa plak penghargaan SMF untuk aku, Joe and Pok Jad. Yang peliknya SMF lain semua dapat..huk. Sedih. 
Takpelah bro, takde luck kot. Tapi Pn Tuan Nooriani kata memang ada plak untuk kami, tapi urusetia mungkin terlepas pandang.
Rakan-rakan seperjuangan from Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Korporat. Semuanya from Asasi Undang-Undang jugak dulu..huu
Bersama Amirul Syafiq yang banyak membantu aku dalam menjalankan tugas sebagai Ketua Biro Publisiti & Informasi untuk program Logo ASEAN.
Ada bebrapa game yang dimainkan pada event tadi. Kebanyakkannya dicedok daripada program Super Spontan yang kat ASTRO tu. Aku cukup familiar lah sebab memang selalu tengok cerita tu. Tapi tak berminat pulak nak join..haha
Bersama lecture favourite aku kat FSPPP ni, Sir Mohiyuddin. Beliau lah yang ajar aku subjek Ethics dan ASEAN time Semester 4. Beliau juga merupakan salah seorang daripada Adviser untuk Student Association of Southeast Asian Affairs UiTM.
Rakan seperjuangan sejak Semester 1. Sedih pulak rasanya mengenangkan memories bersama diorang. walaupun perangai macam lahanat..haha
Dalam pukul 11.30, Malam Pra Graduasi FSPPP pun berakhir dengan jayanya. Memang havoc hari ni, yang datang pun ramai menunjukkan semangat cinta akan fakulti tu agak tinggi dalam kalangan Batch 2011 ni. 
Singgah minum malam kat Khulafa dulu. Ada lah bersembang pasal hala tuju masing-masing. Joe and Pok Jad dengar-dengar nak sambung Master. Aku and Esyam pulak ingat nak dapatkan pengalaman kerja dulu. Lelaki beb, nak kena start bina karier dari awal, banyak benda nak fikir nanti..:-)

Goodluck kepada rakan-rakan Batch 2011 untuk research VIVA, practical report dan juga final examination. I wish all of you the best of luck dan menamatkan pengajian dengan CGPA yang baik dan juga mendapat a promising career. Amin, Insya Allah.

No comments:

Post a Comment