Sunday, August 26, 2012

Kisah AKU n Why Bank Islam!!

Salam readers, pagi tadi aku check student portal. Nampaknya yuran pengajian dah boleh bayar - semuanya RM530.00 untuk semester ketiga ni. So, tanpa melengahkan masa ayah cakap bayar awal senang, nanti tak payah susah-susah. Ingatkan nak pergi esok tapi rasa macam nak tidur pagi, huu..so, aku pun rush la ke Rawang tadi - lepas Maghrib.
Nampaknya percaturan silap - dah la drive Nissan Sunny yang berisiko tinggi tu. Mana taknya, temperature selalu tinggi, yang lagi tak boleh blah cermin sisi belah kanan haritu jatuh, pecah la jadinya. Lagi, cermin depan yang selalu berkabus membuatkan pandangan aku jadi kabur. Niat hati nak drive Waja tapi ayah guna hantar Along ke Melaka pagi tadi.
p/s: Sanggup merisikokan kawalan stereng demi mengambil picture jalan yang sesak. Btw, sebelah kiri aku tu kawasan perkuburan Islam..:-0
Jalan sesak, sepatutnya lalu highway tadi - ni sebab orang balik kampung pakai jalan lama. Kat simpang keluar Sg. Choh tu memang selalu jam pun. Dalam pukul 8.30 aku sampai jugak Rawang. Dengan pantasnya pergi CDM, nak deposit duit raya dulu..huu, masuk kad tiba-tiba machine tu "Sila tukar kad anda di cawangan Bank Islam berhampiran" . Nasib baik takde orang kat situ, so aku try pulak kat ATM. Still sama, bersepai hatiku ini..Aku tanya guard kat situ, katanya nak wat camna memang kena tukar lah. Kehampaan, aku pun balik..
Bank Islam ni bukan aku nak cakap apa, beberapa bulan lepas pun aku ada masalah dengan kad aku - sepatutnya integrate dengan TH bila dah tukar Visa but takde pulak. Meraban aku hari tu sebab tak leh nak keluar duit TH. Nampaknya esok kena pergi bank tu lagilah. Settle problem kad aku tu, bayar yuran pengajian aku and Along, deposit duit adik ke TH and of course, duit raya yang still dalam dompet tu..huu. 
p/s: Muka kat atas tu tengah down, pas balik tadi.

No comments:

Post a Comment