Assalamualaikum semua, pagi tadi aku pergi beraya kat rumah kawan baik aku, Sufi. Menambahkan tetamu, aku ajak la Afiq and Dolah sekali and luckily, diorang nak join. Huu, ni semua bestie aku waktu menuntut kat SMKBSB. Masing-masing dah ada hala tuju sendiri but aku pun tak sangka boleh kumpul diorang sekali.
Aku yang first sampai, pukul 10.30 pagi. Diikuti Dolah and Afiq. Yang tengah cedok mee tu la namanya Sufi. Waktu sekolah aku panggil Oxygenizer and Sufi Hot. Sebelahnya Dolah, nickname zaman sekolah Zombie. Sebab dia cam tak kisah sekeliling pun, raja tidur dalam kelas.
Hidangan yang dimasak ayah Sufi. He's good at cooking, dulu waktu aku pergi raya pun delicious jugak. Makanan yang ada - mee dengan kuah tomato. Then ada, spaghetti. A blend of western and eastern cuisine. Adalah kelainan sikit, sebab normally waktu raya kita dihidangkan lemang, ketupat, soto, lontong etc.
Ada macam kat Pizza Hut tak? Aku boleh jugak buat tapi sos tu pakai yang dalam tin ja, yang ni pulak buat sendiri.
Haa, ni pulak Afiq. Aku kenal dia ni sejak darjah 4 lagi, tapi start jadi bestfriend waktu Form 2. Nickname dia banyak dulu, tapi yang paling selalu aku guna - Afiq Tough..
Lama jugak kitorang sembang tadi, dah nak 1.20 baru keluar - sebab hari ni kan sembahyang Jumaat. Sembang pasal apa? biasalah flashback zaman-zaman sekolah dulu, then perkembangan terkini and of course, ada lah sikit politik.
Kami dapat duit raya!! dah besar camni pun dapat lagi. Aku tak ready lagi tu, sebab terpandang anjing tengah kena sawan dok guling-guling atas padang..
2 orang takde - Ahmed dengan Punithen. Ahmed dah pindah, Puni pulak aku call tak dapat, dah tukar nombor kot. Mereka nilah yang mewarnai zaman persekolahan aku, Dolah jarang dengar, Afiq pulak dengar-dengar camtu ja..Sufi - dengar dan respons. Sometimes, I really miss zaman persekolahan dulu.
Katanya rindu nak bawak motor sejak eksiden hari tu. Dolah pun sama jugak, lagi teruk sampai patah tulang rusuk. Mereka ni student Politeknik PD - dua-dua amik Accounting. At least still bersama kat sana.
Sufi pulak hari Ahad ni akan mendaftar masuk ke Universiti Malaya - dia dapat kos Sejarah, inilah contoh produk student STPM yang berjaya. Kuota untuk mereka sentiasa terbuka luas dan diberi keutamaan
No komen. Kalau Dolah tu aku tau lah, sejak zaman sekolah lagi..huu. Ada ke dia hulur sebatang kat aku tadi, sori sikit - I'm not a smoker.
Nak balik, sempat lagi tu. :-p Terus ke Al-Ikhlas memandangkan dah nak 1.30 PM. Sampai kat sana, dah nak penuh biasanya takde pulak sepenuh macam ni.
Akhir kata, sangat best dapat luangkan masa dengan diorang. Terubat jugak rindu aku kat diorang ni..:-)
No comments:
Post a Comment