Salam semua,
Tanggal 19 Ogos 2012, umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri. Tanda kemenangan melawan nafsu di bulan Ramadhan. Hari Raya hari untuk bersuka ria, setelah sebulan bertahan dari segala godaan, maka wajarlah untuk kita melakukan aktiviti yang sihat dan juga yang tidak terkeluar dari syariat Islam. Kalau tahun lepas warna purple, tahun ni aku mengenakan sepersalinan baju melayu berwarna kelabu.
Cam biasa, sebelum bergerak ke Masjid.
Gelagat pagi raya adik dan Acik Pendi. Lepas tu as usual pergi menziarah pusara datuk tersayang yang terlebih dahulu meninggalkan kami, masuk ni dah 2 tahun kami beraya tanpa atuk. Aku rindu atuk.
Unlike tahun lepas, tahun ni lepas sembahyang raya kami sekeluarga berpeluang untuk mengambil gambar sebagai kenangan aidilfitri untuk tahun 2012 ini. Walaupun belum ramai yang balik time ni, but kitorang enjoy jugak.
Yup, that's my sister, little brother and father. Tak tau pulak apa motif ayah pakai jubah dengan serban tu..huu, nak kata jadi imam solat aidilfitri hari tu takde lah pulak..:-p
Haa, memperkenalkan. Inilah family En. Gani Daud. Dari kiri tu, Farid : berumur 20 tahun, owner blog ni, menuntut kat UiTM Shah Alam. Sebelah budak tu, bapak dia En Gani, berumur 50 tahun, seorang Geoscientist PEX (Petronas Exploration). Kat atas tu, yang manis-manis namanya Faris, berumur 16 tahun, menuntut kat SBPI Rawang. Yang cantik tu, mak aku : Pn Sulina Abu Bakar, berumur 46 tahun. Pekerjaan : Surirumah sepenuh masa. Finally, yang kanan sekali - Cik Nur Darina - berumur 21 tahun, menuntut kat UiTM Kampus Bandaraya Melaka.
Bunga-bunga penyeri keluarga besar kami. Ada lagi, tapi ini ja yang ada time first day raya.
Jangan risau, kami pakai self timer. Takde siapa kena buli amik picture ni.
Mak ayah tercinta. Mak kalau amik picture mesti ada gambar yang mata terpejam. Nak kata flash, henset aku mana ada flash. ???
Huu, nampaknya adik aku ni dah overpass aku. Takpelah, nak wat camne. Budak dok asrama ni tumbesaran memang terkawal sikit.
Jadi photographer tak berbayar untuk pasangan Acik Pendi and Kak Ila. Dengar cita, bulan 2 tahun depan dapat baby. Congrats in advance.
Tak dapat duit raya lagi nih..sedih betul, bagi lah singgit dua kat aku. Tak cian ke.
Hehe, cam biasa. Sesi photoshoot with adik beradik pulak. Untuk tujuan facebook, blog, instagram etc.
Tak sangka pulak mamat ni nak join photoshoot raya kitorang.
Sedikit gambar yang mewarnai photoshoot kami. Tak pakai DSLR pun, kamera digital biasa ja. But, someitmes picture kering bila kena edit pun ok jugak. Semuanya bergantung kat skill and kreativiti si pengedit tersebut.
I just love this picture. It's so inspiring!!
Lepas Zuhur bertolak ke kampung ayah. Tak jauh pun, dalam 15 KM. Terletak di Parit, Perak. Tempat yang terkenal dengan cendol dan juga mee goreng mamak yang buat aku selalu kena bahan kecik-kecik dulu..
Lahap betul makan rendang unik yang first time baru aku rasa. Tak ingat apa namanya but sedap sangat. Berapa banyak lemang la aku telan hari raya first tu.
Entri raya pertama berakhir disini, yang kedua bakal menyusul.
No comments:
Post a Comment