Assalamualaikum semua,macam mana puasa korang setakat ni? penuh tak? alhamdulillah, aku still diberi peluang olehNya untuk terus menikmati Ramadhan ini dengan baik. Semalam, aku baru je balik dari Melaka. Aku dan family pergi melawat kakak yang amik intersesi kat sana. Kitorang bertolak pada hari Sabtu, ayah suruh aku book mana-mana hotel kat Melaka before tu, sebab kami akan shopping raya sekali. So, lepas buat survey aku pun dengan selamba bagaknya book apartment Mahkota, berdekatan Mahkota Parade, Hatten Square dan juga Pahlawan Mall. Strategik tak? erm..strategik bila tak puasa kot..huu
sedikit gambar dalam apartment ni.
merenung masa depan.
adik beradik yang selalu memberi sokongan mental.
mak ayah yang aku - lepas check in je kami berehat. aku yang malam sebelum tu tak tidur menggunakan masa dalam sejam dua tu untuk topup tidur, pasni kekuatan mental
dan fizikal diperlukan sebab tak tahu berapa banyak mall nak serbu untuk shopping raya.
lepas zuhur je (kami buat jamak qasar) , keluar dan menuju ke destinasi shopping yang pertama - Mahkota Parade. Ni candid je, tapi still ok what.
tak puas hati, aku suruh kakak snap pic aku plak..and ni lah jadinya..:-)
Mahkota Parade, or known as MP oleh orang-orang Melaka. Ramai betul orang hari ni, nak cari parking pun susah. Nasib baik lah bukan aku yang drive..hehe
Surprisingly, tak banyak pilihan pun and aku still rasa JUSCO KEPONG yang terbaik. Dalam pukul 3.30 petang tu, mak and along kata diorang nak cari tempat lain but aku and adik adalah jumpa
sehelai dua.
Next destination - Melaka Mall, berhadapan dengan DUN Melaka. Btw, kami tak jumpa lagi baju Melayu waktu ni. Huh, susah betul nak cari yang padan pun.
Dah pukul 6.45, kena ready untuk berbuka. Takut nanti makanan sampai lambat pulak. Aku order la asam pedas Melaka, yelah dah sampai sini mestilah try asam pedas, takkan Char Kuey Tiow kot..tu nanti, bila sampai Penang. Unexpectedly, aku terjumpa En. Tun Erman kat restoran ni.
Haa, dua orang ni order CKT sebab both of them memang selalu pergi Melaka..bajet dah rasa semua lah konon. Ok, time berbuka - makanan dah sampai but air nya tak. First time dalam hidup aku habiskan makanan tanpa air, memang berpeluh lah lagi-lagi bila pekena asam pedas tu. apa punya servis la, ada ke makanan sampai dulu, kelakar betul.
Lepas Maghrib, pergi TESCO Melaka, ni lagi gila ramai orang..But, sebab kat Melaka ni semuanya besar-besar so parking lot pun mencukupi. Kat sini kitorang ingat nak cari baju Melayu and baju kurung untuk mak and along. I don't want to say this but I need to admit - awek-awek kat Melaka ni cun-cun jugak :-p
Antara insiden tak menahan waktu kat sini, aku tengah pilih baju Melayu. Aku ingatkan along ada kat belakang aku, dengan konfidennya aku cakap sambil tunjuk baju tu "Along, ko rasa baju ni ok x dgn aku?" Senyap. Rupa-rupanya ada awek kat sebelah tengah fitting baju untuk adik laki dia, "Huu, sori-sori..tak perasan" Akupun blah dari situ sambil cari kakak aku yang lesap tah ke mana..
Aku dah penat..wuu, kaki dah longgar ni. Antara problem yang TESCO perlu selesaikan - ruang rehat, kerusi yang cukup untuk pengunjung. Kat mana-mana TESCO yang pernah aku pergi pun, Rawang, Bukit Beruntung, Melaka - semua sama, lack of bench.
Kami pun penat..huarghh, balik ni ingat nak tidur je.
Sebelum balik, kami sekeluarga lepak - lepak dulu kat mamak. Sembang-sembang nostalgia beli baju raya waktu kitorang kecik-kecik dulu..
Haa, nak sangat kan. Makan kau semua..hehe
Esok paginya, check out pukul 12. Ingatkan terus balik rupa-rupanya mak nak singgah Pahlawan Mall. Cari langsir katanya, so aku dengan adik beradik pergi lah pusing-pusing and terjumpa arked. Apa lagi, melenjan lah kat situ sejam..berapa eh habis semalam beli token? Dulu ayah selalu bawak waktu kitorang kecik-kecik main benda-benda ni kat Leisure Mall.
Perempuan tak lengkap beraya kalau takde kasut. betul tak?Lepas zuhur, kitorang hantar along balik kolej dia. ni Yayasan Melaka, tempat tinggal budak-budak IPTA & IPTS kat Melaka ni. UiTM, UTeM dll
So, itu je cerita shopping raya tahun ni. Warna baju - hehe, kali ni aku rahsiakan dulu..:-) Selamat berpuasa kepada pembaca-pembaca. Moga puasa kita diberkati Allah
No comments:
Post a Comment