Game. Maksud aku video game tau. Benda ni boleh bagi kenangan yang baik untuk kita, betul aku tak tipu ni. Bila kita cakap tentang video game - surely ianya tak terbatas untuk PC semata-mata, kita ada konsol seperti Game Boy, Sony Play Station, X Box, Nintendo Wii dan banyak lagi. Aku boleh bahagikan kenangan bermain video game aku dalam 3 peringkat. Pertama : Sekolah Rendah, Kedua : Sekolah Menengah dan Ketiga : Universiti dan seterusnya.
Sekolah rendah. Aku dapat PC pertama waktu umur aku 10 tahun. Alah, komputer yang besar gedabak tu and video game pertama aku main ialah Sega Collection - dalam ni ada Virtua Cops, The House of The Dead 1, Sega Worldwide Soccer dll. Seronok sangat, ingat lagi pernah gaduh dengan adik aku sebab player dia score lagi banyak daripada player aku..huu
Sekolah Menengah. Haa, ni main cream dalam entri hari ni. Sebab aku banyak kenangan main game waktu umur 13-17 ni. Gila game bai, asal pergi tuisyen kat Rawang mesti beli satu dua video game. Basically, banyak video game aku main tapi cuma ada 5 je yang bagi memori terindah dalam hidup aku yang still aku ingat sampai sekarang.
1) Mafia : The City of Lost Heaven - Perhaps this the most greatest FPS game yang pernah aku main. Aku start main game ni waktu umur aku 15 tahun. Fuhh, 3D gila game ni bagi aku dulu. Jalan cerita, watak dan juga functional things yang baik - susah jugak, aku ingat ada 4-5 mission tu sampai berdebar-debar kuat jantung aku rasa cam orang kena heart attack. Game ni mengajar aku tentang hidup - Tommy Angelo, watak utama ada cakap
"The guy who wants too much risks losing absolutely everything. Of course, the guy who wants too little from life might not get anything at all."
Maksud dia, dalam hidup kita kena keep things balance. Satu benda yang aku pegang selama aku hidup ni, but sekarang "diorang" banyak sangat menambahkan kerja aku, aku tak nak pun jawatan banyak-banyak...wuu..
2) GTA Vice City - Percaya atau tak, game yang aku start main since aku 14 tahun ni still ada dalam komputer lama aku. Walaupun sekarang ni tak main, at least aku simpan mana lah tau nanti anak-anak aku nak tengok..huu, yang peliknya, ni last francais GTA yang aku main, sebab lepas Vice City aku dah tak berminat nak main GTA San Andreas dan juga GTA IV. Seingat aku mission paling susah waktu nak control RC untuk letupkan bangunan, cam gampang. Berkali-kali retry tapi langsung aku tak mengalah. Moral of the game, jangan mengalah.
3) Need For Speed Underground 2 - Huh, yang ini lagi gila. Seronok main game racing dulu, champion kat semua benda kecuali drag, sampai mintak Afiq, bestie aku untuk ajar lagi tu. Huu. Cutscene game ni tak best tapi gambar awek yang jadi cover game ni seksi jugak lah, suka tengok dulu..:-p
4) The Sims 2 - Aku start main francais The Sims waktu Form 1, tapi amik masa dalam 2 tahun lagi untuk main sekuel dia - The Sims 2. Game simulasi kehidupan yang sangat detail. Mengajar cara deko rumah, build a house, menjaga relationship dengan family dan juga yang paling penting - watak Fred McBride yang menjadi "alias" aku di dunia maya ni. diarimcbride, McBride's Legacy semuanya berasal dari character yang aku cipta ni. To honor him, aku still guna nama tu untuk The Sims 3.
5) Imperial Glory - game yang berlatarkan Napoleonic War. Game ni aku main waktu umur aku 16 tahun and no doubt, influence aku punya interest dalam sejarah. Sejak main game ni, aku banyak mengkaji tentang sejarah Eropah, Amerika. Tak percaya, tanyalah kawan-kawan aku - Sufi, Ahmed, Dolah or Afiq. Aku akan sentiasa bawak satu buku nota yang dalamnya ada nota ringkas tentang sejarah-sejarah..Nak bukti? ada kat rumah..huu
Game zaman universiti, malas nak kupas sebab still baru and fresh. Lagipun game sekarang ni boring, tipikal dan juga terlampau memerlukan PC specification yang tinggi. But then, game yang sekarang ni aku main Call of Duty MW3, Napoleon Total War, The Sims 3, Godfather 2, yang tak sebut tu sorry eh..huu
So guys, ini lah video game yang mewarnai zaman remaja aku - yang mencorakkan hidup aku sekarang. Thank you very much.
Paling best The Sims :)
ReplyDeleteTu la pasal, still main lagi sekarang..huu
Delete