Tuesday, August 14, 2012

Kisah AKU n Senarai Top 3 Syarikat Terbaik

Salam semua, hari ni aku nak cerita tentang company-company yang menjadi impian aku dan aku sangat berharap dapat berkhidmat dalam company tersebut. This is my best top three list..

PETRONAS

Takde sebab kenapa aku tak impress dengan the Malaysian's mega-corporation company ni. PETRONAS merupakan syarikat yang ke 80 terbesar didunia (Fortune, 2009). PETRONAS dilahirkan daripada dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional ketika itu, New Economic Policy, bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup Bumiputra.

Ayah aku bekerja dalam PETRONAS dan beliau galakkan aku untuk join dan sambung legasi keluarga aku dalam ni, katanya lepas ayah retired aku boleh sambung...tapi tu la pasal, aku ni tak minat sains dan matematik so tak boleh lah nak jadi macam ayah. Tapi, ayah still cakap, boleh je nak join management team seperti Petroleum Management Unit (PMU), Health and Safety Environment (HSE), Human Resource Management (HRM), Supply Chain Management (SCM), PETRONAS Exploration (PEX Or Carigali). Atas dasar itu, aku pun decide untuk swith ambition aku from public service to private service..hehe, but kat dunia kita ni. Pengorbanan perlu dilakukan, kata ayah. Fresh graduate yang dapat join PETRONAS biasanya akan dihantar ke luar negara untuk perkhidmatan 10 tahun pertama. Mengambil kira status employee itu samada dah berkeluarga atau belum, yang belum memang chance tinggi lah..

FedEx

Company yang diasaskan oleh Frederick Smith or Fred Smith ni memang menarik minat aku. In addition, waktu belajar Management, aku banyak handle case studies pasal FedEx, how they overcome economic downturn, how Fred Smith motivates his employee and many more. Senang cite, FedEx ni selalu jadi bahan rujukan aku dalam management disebabkan efektif dan efisyen nya service mereka.

Dulu, ada seorang uncle aku bekerja sebagai Manager untuk FedEx Malaysia. Asal aku melawat rumah beliau (bungalow), banyak miniature FedEx, kapal terbang, mug dll. Aku ni cepat impress dengan benda-benda sophisticated macam tu, huu. Baru-baru ni, aku tengok movie Cast Away, alah yang Tom Hanks tu - seorang FedEx system analyst yang terkandas di sebuah desert island. Dalam cerita ni kita dapat tengok bahawa FedEx sangat obses tentang masa yang related dengan delivery service mereka yang amazing.

Onyx Engineering Sdn Bhd
Huu, kenapa aku perlu lupa company yang pernah jadi medan aku menggilap potensi aku dalam dunia management. Memperkenalkan, Onyx Engineering Sdn Bhd. Walaupun dah setahun aku tinggalkan company ni, tapi aku masih ingat rutin hidup aku sepanjang bergelar pekerja.

6.00 pagi - Keluar rumah, drive ke Stesen Bas Bukit Beruntung. Memang tak lah nak drive sampai KL.
7.30 pagi - Sarapan kat NZ Curry House, beli makanan untuk lunch sekali..
9.00 pagi - Masuk kerja, turn on air cond, laptop - buat nescafe panas, baca news paper, check e-mel, resume download semalam :-p
1.00 petang - Lunch Time - kekadang je lunch tu pun kalau staff lain ajak join
5.00 petang - Balik, huu..waktu yang aku malas sangat. Tunggu bas kat Pudu Sentral
7.00 petang - Sampai kat Stesen Bas Bukit Beruntung, drive balik.

*dan rutin sama pun berulang setiap hari except Sabtu & Ahad

Seriousy, aku rindu nak rejoin balik tapi tu la pasal, aku kena sabar dulu sekarang. Lagi 4 semester ja (2 tahun). Harap-harap dapat join salah satu daripada company-company impian aku kat atas ni.

No comments:

Post a Comment