Saturday, July 14, 2012

Kisah AKU n Pack Up!

Hari ni merupakan hari second last untuk semester dua aku. dan juga hari terakhir di semester dua aku menginap kat rumah sewa ni sebagai pelajar NR. Walaupun esok killer paper tapi sebab dah tak sabar nak balik rumah, aku buat keputusan untuk packing barang as well as kemas bilik yang dah macam tongkang pecah.

Baju minggu lepas yang tak lipat lagi, semua pasal Statistic.

Haa, ni pulak nota Public Admin, tak banyak pun sebab banyak soft copy dalam laptop je.
So, benda first aku buat lepas bangun pagi tadi. Basuh baju untuk minggu ni, cucian last sebelum balik rumah..huu, sementara cuci baju tu pergi beli lunch kat bawah.

Ni botol mineral last untuk aku..semuanya dah habis.

Mengabaikan subjek yang perlu dibaca, aku terus mengemas baju yang nak bawak balik. Surprisingly, aku tak jadi kerja untuk cuti semester ni. But, plan aku nak habiskan masa untuk buat research pasal several topic. Nanti aku bagitau research pasal apa..So, dengan status aku sebagai unemployed, tak payah lah nak bawak sekali baju kemeja, seluar slack, kasut kulit, tie yang berlambak n singlet hitam-putih tu..:-)

Lepas pack semua baju, aku check balik buku-buku lama yang nak bawak balik rumah. Banyak ni, berat pulak tu. erm takpelah janji bilik ni clear dengan buku-buku semester 2 ni. 

Sidai baju cam biasa, yang belah kiri tu kena censored sebab tak mematuhi standard kesucian blog ni..ngeh2x

Akhirnya, setelah beberapa bulan dipenuhi buku, notes. Meja ni clear jugak. Notice board tu pun clear jugak. Huu, but before this pun mana ada apa pun tampal kat situ, except senarai nama budak-budak aku (pergh, cam mafia je..)
Haa, terlupa pulak..ni picture before Mujahid balik rumah meninggalkan aku keseorangan selama beberapa hari kat sini, tak silap aku ni 10 Julai kot. bayangkan 4 hari dah aku tinggal sorang-sorang. Boleh gila tau, boring takde siapa nak kacau. Ni waktu dia belanja aku makan kat restoran minang, dia cakap nak merasa bawak kuda biru-putih aku ni sebabnya kereta dia dah hantar rumah..macam-macam la..so, aku bagi la dia bawak..


In conclusion, malam ni and pagi esok kena buat pecutan terakhir untuk ADS404. Subjek ni nampak senang tapi sebenarnya antara yang paling susah. 

No comments:

Post a Comment