Assalamualaikum semua, seperti semester-semester sebelumnya, akan aku ringkaskan serba sedikit perjalanan hidup semester ketiga aku bergelar pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran di UiTM Shah Alam ni. Tak dinafikan, banyak suka dan duka yang aku dapat semester ni. So, jomlah tengok sikit alang-alang dah sampai sini kan..huu
a) September 2012
1. Mengendalikan PPW & MDS FSPPP - but waktu ni aku belum jadi SMF lagi, still dibawah TUNAS SMF.
b) Oktober 2012
1. Kawan baik aku - merangkap roommate waktu asasi, housemate time degree iaitu Mujahid membuat keputusan untuk meninggalkan BLS demi mengejar ilmu agama, syariah dan hadis di Afrika Selatan. Sedih sangat, sebab banyak kenangan dengan dia. Asalnya aku dan Afiq diminta merahsiakan berita ni, tapi ada seorang kawan MCKK dia terpecah rahsia and then terus berita tersebar - aku and Afiq jugak yang jadi mangsa time tu.
c) November 2012
1. Memegang portfolio EXCO Penempatan & Non Resident bagi Sekretariat Mahasiswa Fakulti Sains Pentadbiran, tak dinafikan ini merupakan sebuah kenangan terhebat aku dalam fakulti
d) Disember 2012
1.SAF 2012, menguruskan Team Lawn Bowls FSPPP yang kemudiannya membuka minat aku dalam sukan itu.
2. Bulan penuh program - 3 hari berturut-turut menjadi urusetia didalam menguruskan program fakulti iaitu Hari Keusahawanan, Majlis Anugerah Dekan dan Malam Apresiasi. Tapi, dibayar dengan harga yang tinggi dengan mengabaikan Test 2 Management Accounting.
e) Januari 2013
1. Minggu exam, rekod baru dicipta iaitu benda yang aku tak pernah buat pun sepanjang bergelar pelajar iaitu tak tidur sampai mencecah 28 jam
Ok, untuk lecturer terbaik semester ni. Erm, xde. Sory sangat sebab aku tak dapat nak pilih, bukan sebab takde calon yang sesuai but aku sendiri yang tak pasti. Reasonnya sebab semester ni takde sorang lecturer pun yang aku rapat, in addition aku sendiri yang busy membuatkan kerja-kerja yang diorang bagi sometimes aku failed to perform.
But sebagai ganti, aku ada award untuk the best memory of the semester. Final competition diantara SMF & Lawn Bowls menyaksikan yang memori dalam Lawn Bowls berjaya mengalahkan SMF..huu, tahniah-tahniah. Tak dapat dinafikan, Lawn Bowls sangat memberi impak besar dalam hidup semester ketiga aku ni.
In conclusion, semester 3 is average. Walaupun banyak benda baru aku belajar dari segi pengurusan fakulti from SMF but aku admit, banyak juga benda yang aku tertinggal dan terlepas/
No comments:
Post a Comment