Saturday, January 26, 2013

Kisah AKU n Teambuilding FSPPP 2013

Assalamualaikum semua, lambat update lagi nampaknya. Aku baru sahaja habis mengikuti Teambuilding FSPPP 2013 yang bermula pada 22 sehingga 24 Januari 2013 tempoh hari. Jadi, entri panjang hari ni berkaitan dengan program yang dianjurkan Sekretariat Mahasiswa Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi, sebuah organisasi dimana aku bekerja..huu
Ni waktu tunggu bas, bas pertama sampai dalam pukul 12.05 tengahari and nombor dua tiba around 12.15 - risau jugak aku takut bas lambat gila sebab aku and Tiqah yang in charge untuk pengangkutan peserta dan urusetia semua.
Bas kedua yang aku naik bertolak lambat sikit sebab tunggu pegawai pengiring kami, Cik Radziah yang ada consultation kat fakulti - dalam pukul 2 bas berhenti rehat di R&R Seremban.
Inilah Umang-Umang Chalet, Kuala Linggi, Melaka yang menjadi medan untuk kami seramai 52 orang pemimpin pelajar di FSPPP untuk bersatu dibawah satu team instead of persatuan. Ingat senang ke nak menyingkirkan semangat berpersatuan tu? huu. Itulah sebab kenapa teambuilding menjadi perkara wajib yang perlu dilakukan dari level sekolah hinggalah ke alam pekerjaan.
Ni waktu nak dapat kunci bilik, satu bilik 3 orang..and of course la laki dengan laki..huhu
So, aku dapat sebilik dengan Aqmil and KB. Nasib baik la aku kenal diorang ni..huu, Aqmil aku kenal sebab satu kelas HR dengan dia, KB pulak time program Debat November lepas.
The best things about bilik ni, ada tv and aircond ..huu, kelas gitu. Ko ada teambuilding camni? hii
Lepas kemas-kemas barang kat bilik ada pembahagian group sepanjang program ni..huu, pelik kan nama je teambuilding tapi ada grouping - maybe fasilitator nak test kot, erm tak tau lah mestilah ada reason kan kenapa diorang buat macam tu.
Satu group lagi dengan Saufi, dulu kami satu group jugak time Teambuilding FSPPP 2012 kat Bentong. At least dah ada strong bonding kat situ.:-)
Habis je pembahagian group kami diberi peluang untuk berehat. Waktu ni aku meluangkan masa untuk berjalan-jalan sekitar chalet, cantik jugak la pemandangan pantai kat sini.

Lepas Isya', aktiviti malam bermula - perhaps benda yang aku paling tak gemar - jungletrekking and it's on night. Dulu kat Bentong, trek memang panjang, jauh dan memenatkan -sampai ada yang dehidrasi sebab kekurangan air. But kat sini, trek tak sepanjang kat Bentong but sangat mencabar mental dan fizikal. Nak tau sebab apa? sebab kat sini, sebelum memulakan perjalanan kami dikehendaki menyapu getah sekerap kat muka, dan badan..huk, bayangkanlah..selepas itu, setengah perjalanan kami dikehendaki merangkak dalam lumpur yang boleh dikatakan busuk, dan tebal (ada satu part tu aku terpegang telur apa tah..huhu)  membuatkan kami sukar bergerak dan aku memaksa kekuatan tangan kiri untuk terus bergerak. Bila tamat je jungle trekking yang checkpoint keduanya berakhir di pantai, kami dibenarkan mandi membersihkan diri, huu..memang bertukar warna air laut tu.

Lepas dah cuci sikit, ada satu lagi checkpoint. But ni takde lah ekstrim sangat - just kena gigit sikit peria katak, petai raw, epal hijau, lada benggala dan juga lolipop yang telah dihisap oleh semua group member..hii. Sebagai konklusi aktiviti malam tu, dikatakan kepada kami bahawa getah asalnya merupakan sumber ekonomi Malaysia, lumpur pula merupakan asal usul kejadian kita - moral of the story sometimes kita perlu ingat dimanakah asalnya kejadian kita dan juga apakah yang membantu menggerakkan ekonomi negara kita suatu masa dahulu.
Pukul 3 aktiviti pada malam itu berakhir, kami diberi peluang untuk menyucikan diri dengan sebersih-bersihnya, bilas baju, seluar, kasut and stokin. Malam ni aku dah rasa semacam jugak kat bahu kiri aku tu..(dalam gambar: Aqmil )

Seperti yang aku jangka, sekitar pukul 5.30 pagi bahu kiri aku terasa sakit yang amat - tangan kiri aku terasa sejuk dan keras, lengan pula berdenyut-denyut. Setengah jam jugak aku tahan sakit, call Abg Fariz mintak salonpas, or apa-apa yang dapat relieve sakit tu, tapi takde. Mior cakap aku kena muscle shock, aku pun agak camtu sebab waktu aktiviti lumpur semalam memang aku paksa gila tangan kiri aku ni. So, untuk aktiviti pagi tu aku sebenarnya dikecualikan - tapi still rasa nak join, nak hilangkan sakit Abg Fariz belikan mineral sejuk and then attached kat bahu ke lengan aku. Tengahari pulak, rasa macam dah ok sikit tapi aku tau lah siapa yang pergi sentap tangan kiri aku waktu aktivit blindfold terus sakit balik..*&^%#@

Petang ada aktiviti komunikasi  dan juga aktivit pantai - yang paling best buat istana pasir. Seronok kot, lama dah tak buat benda-benda ni, aku dengan Ida, Apai, Amirul Hafiz buatlah jalan air, watch tower and benteng untuk kota pasir Group A yang diketuai Talha. Sory eh, gambar aku tak dapat nak amik sebab tinggalkan kat bilik, bukan apa sebab aktiviti kat pantai kan, takut basah -  rosak pulak C3 aku tu. Lepas siap, dapat mandi laut, ni pun seronok jugak - tapi tak dapat nak berenang sebab bahu aku still injured lagi. Lagi best bila tengok si Talha tu menari gimrama dalam air - sebijik betul cam kat Olimpik..huu
Malam pula macam biasa ada malam kebudayaan but seperti yang dah diberitahu awal-awal - bersempena Maulidur Raul , persembahan kami mestilah bertemakan unsur keIslaman.
Ada yang buat nasyid, deklamasi sajak dan juga sketsa. Kami kumpulan 6 mempersembahkan sebuah sketsa tentang dendam seorang lelaki yang kerap dibuli oleh rakan-rakan perempuannya dari zaman sekolah hingga ke alam universiti. Menutup sketsa itu, lelaki itu bertindak membunuh rakan-rakannya. 
Mendengar konklusi malam kebudayaan oleh Ketua Fasilitator, Abg Fariz Asyraf.
Ni bukan deklamasi sajak ok, just si Talha ni kalau nak bercerita memang stail dia ni over sikit uolls, huu
Waktu ni pulak time proses evaluation - ianya dilakukan oleh siapa-siapa sahaja yang berminat nak evaluate diri kita dengan cara menulis komen dikertas yang dilekatkan belakang kita. Overall aku dapat 10 komen, and kebanyakkannya berkaitan dengan ketegasan dan keberanian. 

Ingatkan habis je malam kebudayaan dapatlah tidur, tapi ada jugak aktiviti pantai malam-malam tu - war game. Walaupun dah ngantuk but aku suka game ni, ala-ala macam combat gitu. Ada 3 group - Group A, Group B dan Zionist. Yang berperangnya group A and B je, but Zionist bebas untuk menyerang both of group tu, dengan bantuan PBB. Logiknya game ini menurut Abg Fariz, Group A & B sepatutnya bersatu dalam menghancurkan Zionist but sebab masing-masing selfish dalam game ni, dua-dua tewas.
Pagi tu, aku terjaga lewat but ada excuse kan?..hehe Untuk aktiviti hari terakhir takde heavy sangat pun and bahu aku pun dah bertambah baik. Kami dipecahkan mengikut persatuan - SMF, STC, SiMECTRA, BACAS dan CASS. Tugasnya kami perlu membuat paperwork tentang program yang dapat meningkatkan imej dan identiti fakulti. Banyak ilmu baru dan juga idea/konsep yang aku dapat daripada aktiviti ini. Program berkaitan polisi, dasar dan juga ilmu korporat are always boring but ada caranya untuk menjadikan ianya suatu benda yang fun, melalui idea-idea yang kreatif.
Selepas itu, kami diarahkan untuk mengemaskan bilik dan berkumpul, nasib baik aku dah call driver bas siap-siap pagi tu, and amazingly bas sampai awal.
Wajah ceria, huu..bukan apa sebab aku rindu lagi family aku yang tengah menunggu kat rumah tu. Dah lama tak jumpa diorang.
Joe bersama En Kamal Muhsin, salah seorang daripada fasilitator yang bertugas untuk teambuilding ini. Terima kasih atas kerjasama anda!
Biasalah student-student, walaupun bas tengah dok tunggu diorang - ada je excuse nak amik gambar. Tapi takpe sebab aku dah cakap siap-siap jugak, huu. Nasib baik brader tu cool je, kalau tak mesti aku dah kena maki hamun.
Bye-bye Umang-Umang Chalet, sebuah tempat yang bagus untuk teambuilding. Ada masa kami datang lagi ye..:-)
Bas-bas yang bertanggungjawab membawa kami kesini pergi dan balik. Banyak suka dan duka yang aku terima dalam usaha mendapatkan bas-bas ni, wuu
Haa, nilah "Gelugor", best actor waktu malam kebudayaan - dialah yang melakonkan watak pembunuh tu. Abang dia bekas Presiden SMF 2011-2012,. Kenapa pulak aku letak gambar dengan dia ni? huu, sebab dia one of my best and loyal reader untuk blog aku ni..huu, tak sangka ada orang yang suka baca blog ni..btw, tenkiyu Amirul. Banyak sembang dengan dia waktu dalam bas, siap promote main lawn bowls lagi tu..kii
Dalam pukul 5, kami menjejakkan kaki di bumi Shah Alam. Alhamdulillah, tugas aku sebagai Biro Pengangkutan pun dah selesai, then aku bergegas ke Fac Engine tempat aku parking motor, masih dalam keadaan selamat lagi my CT100 cuma agak berhabuk sikit, hujan kot. Sampai je rumah, mandi lagi sekali pastu tidur jap - pukul 7 tu Abg Firdaus sampai.then aku pun bertolak ke Rawang..cuti semester pun bermula.

7 comments:

  1. haha.. rindu nk teambuilding lg.
    especially dgn blogger plg popular fakulti =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mna de popular sgt, rmai lg yg feymes2.. kalau popular xdenye org igt aq ni STC..huu :-)

      Delete
    2. Salam Fred

      Pokcik tumpang happy kalu pengunjung Umang Umang Chalet rasa selesa n happy semasa berkunjung di tempat kami. Kami doakan anda dan kawan-kawan anda berjaya dalam apa jua bidang yang anda ceburi . Semuga Team Building di tempat kami yang tak sepertinya ni berjaya mencapai matlamatnya. Insyallah dilain kali dan di kesempatan sudi berkujung semula ke Umang Umang Chalet.

      Delete
    3. Salam Fred

      Pokcik tumpang happy kalu pengunjung Umang Umang Chalet rasa selesa n happy semasa berkunjung di tempat kami. Kami doakan anda dan kawan-kawan anda berjaya dalam apa jua bidang yang anda ceburi . Semuga Team Building di tempat kami yang tak sepertinya ni berjaya mencapai matlamatnya. Insyallah dilain kali dan di kesempatan sudi berkujung semula ke Umang Umang Chalet.

      Delete
    4. This comment has been removed by the author.

      Delete
    5. W'salam
      Saya mewakili FSPPP juga ingin merakamkan jutaan terima kasih atas layanan yg pihak UUC berikan kepada kami pd teambuilding tempoh hari. Diharap UUC terus berjaya menjadi sebuah tempat yang ideal untuk program-program motivasi dan teambuilding. Insyallah jika tiada aral melintang, sehingga ketemu lagi di lain hari

      Delete
  2. salam nak tanya, kat umang2 tu, makanan & minumannye ok tk ? boleh share menu ?

    ReplyDelete