Thursday, January 5, 2012

Kisah AKU n Rahsia Tarikh Lahir

Sekadar ingin nak tahu, tak boleh nak percaya sangat benda-benda macam ni. But, overall banyak yang ada persamaan dengan aku. Komen sendiri disediakan.

MAKLUMAT YANG DIBERIKAN
NAMA: MUHAMMAD FARID BIN ABD GANI
TARIKH LAHIR: 26 - 11 - 1992
JANTINA: Lelaki
KETINGGIAN: 167 cm
BERAT BADAN: 49 Kg
Komen Aku:
Ini merupakan ukuran terakhir sebelum eksperimen dijalankan.

ANALISIS UMUM
NO. PERIBADI: 4
ELEMEN: Kayu
CIRI UTAMA: Rancang
SINOPSIS: Disukai kerana kemahiran dan perancangan, namun kemahiran perhubungan sempit.
TAFSIRAN UMUM : Kemahiran tinggi, bijak, tidak mudah putus asa, sukar simpan wang, perhubungan mudah putus.
WARNA SESUAI: Hijau.
STATUS BMI: 18, Underweight - Terlalu kurus. Dinasihatkan berjumpa dengan pakar pemakanan bagi mendapatkan nasihat pemakanan yang sesuai bagi meningkatkan berat badan kepada yang ideal.
PENYAKIT UMUM: Struktur tulang, kawasan hati, mata, masalah tendon, kekejangan otot (terutama sekitar bahu), masalah kulit.

Komen Aku (Analisis Umum): 
Nombor: 4 memang favourite maybe sebab aku percaya 26 (Tarikh lahir) : 6-2 = 4, simbol kekayaan bagi bangsa Cina.
Elemen: Kayu - eh, betullah sebab dalam video game Sims 3 elemen kayu tu memang penting dalam deco rumah aku.
Sinopsis: Aku akui dalam kemahiran aku ada masalah, a big problem. Perancangan, no doubt yang aku kalau nak buat apa-apa - planning itu organ penting. Family planning??
Tafsiran Umum: Sorry sikit aku susah simpan duit..blah lah..
Warna: Coklat sebenarnya, maybe ada kaitan dengan warna kayu.
Status BMI: Ha3x, tak dapat dinafikan lagi.
Penyakit: Dulu aku tak boleh makan seafood sebab nanti mesti gatal-gatal kat badan.

PERINCIAN ANALISIS PERIBADI
Perancangan selalu diganggu pengkhianat, rancangkan kerja yang perlu diselesaikan secara bersendirian. Perancang yang cepat dan mampu menyiapkan kerja dalam jangkamasa yang singkat, ringan tulang. Perancang yang baik yang boleh menarik penyokong. Perancang yang percaya dalam prinsipnya, membawa kejayaan, didorong oleh gerak hati (intuisi).

Sangat berdikari, namun ditikam belakang. Berjauhan (mental/fizikal) menyebabkan berpisah.  Bakat pada suara, boleh bercakap dengan laju, spontan dan berhujah. Cakap lepas dan pedas. Sesuai menjadi guru, pensyarah, penceramah, ahli politik, pemasaran, penyanyi. Cepat mencapai kejayaan tetapi cepat juga jatuh.Memiliki gerak hati, ilham, firasat dan muslihat.Bergaul dengan orang kenamaan/VIP, mudah mendapat kepercayaan orang atasan. Duit banyak dihabiskan untuk belanja orang atasan/kenamaan. Mudah disabotaj dan mensabotaj.

Komen Aku (Analisis Peribadi):
Perancangan aku memang selalu ada penghalang contohnya macam exam baru-baru ni - the greates threat always there- Financial Accounting delayed me for almost one whole day. Perancangan aku memang special untuk myself, bukan nak berlagak tapi aku mampu formulate rancangan dengan cepat setelah meneliti sesuatu masalah together with a sufficient information. Tak dinafikan yang masa adalah objektif untuk setiap rancangan aku - yang paling jelas tindakan aku untuk menyambung Sains Pentadbiran rather than terus memohon ke FUU. Biasanya, rancangan aku mengikut gerak hati - aku yakin bahawa keputusanku untuk ke FSPPP dapat menjamin kejayaan.

Berdikari, mak aku cakap akulah anak dia yang tak pernah nak mintak tolong buat kerja sekolah, tak pernah mintak urut kaki lepas kokurikulum - keras kepala sebab selalu pergi balik sekolah (tak suka kena hantar) dan yang paling jelas, cuba untuk menggunakan duit sendiri untuk hidup kat universiti sekarang.

Cakap lepas - kekadang je. Cepat mencapai kejayaan but cepat jatuh - maybe ini dikatakan waktu aku cepat mencapai populariti kat sekolah sebab memegang title dalam PRS plus golden boy untuk subjek Sejarah. But, when it comes to mathematics, populariti yang dibina jatuh dengan drastik. Sadis kan??

Bakat pada suara - mana ada but I admit-  aku memang suka menyanyi waktu mandiHujah - boleh berhujah dengan baik dalam Bahasa but jadi pasif dalam English. Saboteur - aku selalu terheret dalam pergaduhan orang lain yang aku langsung takde kena mengena.

Overall - this analysis truly depicted my life - most of the result memang kena dengan apa yang aku rasa.

PERINCIAN ANALISIS KERJAYA
(KERJAYA SESUAI)
Perabut, kertas, pendidikan, perpustakaan, pertukangan, pakaian, kebudayaan manusia, buku, studio rekaan, fabrik, penanaman, perladangan, hortikultur, perkebunan, perhutanan, kilang papan, perubatan, hospital, keagamaan, pelukis, doktor, ahli farmasi, guru, profesor, penerbit, pegawai perhubungan, pentadbir pejabat.
(KERJAYA TERBAIK)
Hartanah, pusat kewangan, pembuat pasu, kedai antik, pakar runding, perakaunan, pengkebumian, batu permata, marmar, kontraktor, perlombongan, kebajikan, pembinaan, broker saham dan sekuriti, arkitek, pekebun, peladang.

Komen Aku (Kerjaya):
Cuba tengok kat kerjaya sesuai - "Pentadbir Pejabat" - kena tak dengan course BAS yang aku amik sekarang, is it?

Akhir Kata,
"Mengenali Potensi Diri Melalui Tarikh Lahir"
Hanya sebagai renungan.

2 comments: