Tuesday, January 31, 2012

Kisah AKU n Leftenan Adnan

Siapa yang tak kenal dengan hero Malaya ni? But if kalau ada yang tak kenal jugak memang sahlah korang ni bukan Melayu tulen. Every Malays must know this legendary man. Simbol perjuangan bangsa Melayu, simbol penentangan bangsa kita terhadap penjajah. But, there were several debate berkaitan dengan Leftenan Adnan - untuk siapa sebenarnya beliau menentang - ketaatan kepada Empayar British dan His Royal Majesty, King George VI or demi bangsa Melayu.
Ramai yang berpendapat, pengorbanannya mempertahankan Singapura dan Malaya ketika itu didorong oleh semangat benci akan penjajah dan keinginan "menghantar" tentera Jepun ke tempat asal mereka. Aku ingat satu kata-katanya - "Biar putih tulang, jangan putih mata". Apakah maksudnya itu - jangan mengaku kalah walau banyak rintangan dihadapi, teruskan jua sehingga ke titisan darah yang terakhir. Aku yakin bahawa perjuangan Leftenan Adnan adalah untuk melihat bangsa kita, Melayu dipandang tinggi semula dan mengecapi kebebesan, mempunyai pemerintahan sendiri - bebas dari kesengsaraan ditindas penjajah zalim. 
Didalam filem Leftenan Adnan, ketika beliau memberi kata semangat kepada anak buahnya - "Bangsa lain sedar kemampuan kita, disebabkan itu mereka takut kita mengambil hak kita kembali". Apa yang cuba disampaikan ialah semangat nasionalisme dan patriotisme bangsa Melayu sangat ditakuti oleh kekuasaan Mahkota British. Kita mampu membina empayar yang besar sebelum kedatangan mereka, British dan penjajah merampas dan memperoleh kemewahan melalui hasil bumi kita, eksploitasi mereka terhadap galian kita membuatkan mereka mengecapi kekayaan dan kemodenan. Tapi dimanakah hak kita ketika itu - dasar pecah dan perintah yang memecah belahkan kaum. Dan oleh itu mereka amat takut jika bangsa Melayu ketika itu cuba merampas apa yang patutnya jadi milik mereka.
Fikirkan ini. Rejimen Askar Melayu Diraja yang baru ditubuhkan ketika itu mampu menghalang tentera Jepun yang berpengalaman dan elit. Rejimen ini juga merupakan unit yang paling degil dan yang paling lama bertahan didalam Battle of Malaya dibandingkan dengan unit Komanwel British yang lain. Apakah maksudnya itu? Aku berpendapat, tanpa semangat jati diri yang kuat mana mungkin mereka dapat bertahan - semangat mempertahankan tanah air, Tanah Melayu dan Singapura adalah tanah asal Rejimen ini. Leftenan Adnan mempertahankan Singapura yang dahulunya milik kita - Temasik. Tetapi, apakah yang dapat kita lihat kini, pulau itu senang-senangnya diserahkan kepada bangsa lain untuk diperintah. Jika Leftenan Adnan masih hidup, pastinya beliau berasa sangat marah. Pulau yang dipertahankan dengan gigih jatuh ketangan orang lain.
Kini, kita Bangsa Melayu dipijak-pijak oleh kaum lain. Dimanakah silapnya? Sudah terang lagi nyata, perpecahan Melayu itu sendiri, kita dipisahkan melalui politik yang berlainan. Jika Leftenan Adnan masih hidup sekarang, pastinya beliau menyesal dan sedih melihatkan akan keadaan ini. Kesimpulan dari pengorbanannya, kita hendaklah sentiasa mempunyai semangat cinta akan negara dan sanggup berjuang demi negara tercinta ini
TETAPI, berkhidmat didalam Rejimen Askar Melayu Diraja dan menggalas tugas sebagai commanding officer for Kompeni C ketika pertempuran dalam menghalang tentera Jepun, membuatkan ada yang melihat beliau sebagai tali barut British. 
So, korang cakap arwah atuk aku pun tali barut British la pasal beliau berkhidmat dalam Rejimen Askar Melayu Diraja, unit yang masih kekal hingga kini dicipta dari zaman sebelum kita merdeka lagi. Silap!!
Jawapan aku buat kamu semua yang gagal menghormati wira bangsa dan Malaya ini.
Rejimen Askar Melayu ditubuhkan dengan perkenan Raja-Raja Melayu dan dilatih oleh British. RAMD berjuang di Tanah Melayu dan sanggup berkorban demi tanah kelahiran mereka ini. Jika mereka berkhidmat untuk Empayar British, sudah tentu mereka akan dihantar berperang melawan Nazi di Eropah dan mempertahankan United Kingdom yang dilihat lebih penting bagi Mahkota British, tetapi persoalannya mengapa British membiarkan Rejimen muda ini mempertahankan tanah air mereka sendiri, aku rasa - dengan cara itu Jepun bakal mengalami kepayahan dalam menguasai seluruh Malaya dan Singapura. Keinginan memastikan institusi diraja dan juga kelangsungan bangsa Melayu yang mendorong mereka terus berlawan. Semangat yang patut dicontohi bukannya mempersoalkan keperwiraan mereka ini.
Akhir kata, bangsa Melayuku marilah kita semua mencontohi keperwiraan Leftenan Adnan. Jangan biarkan bangsa lain mengambil apa yang menjadi hak kita. Pertahankan hak kita sebagai tuan tanah negara ini, artikel-artikel keramat itu, kedaulatan institusi diraja dan kesucian agama Islam. Bersama kita berganding bahu, bersatu dalam menongkah cabaran yang melanda kini. Mengakhiri bicara pagi in, marilah kita bersama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat perwira-perwira kita yang gugur mempertahankan tanah air, dan juga mengingati jasa mereka. Tanpa mereka, kita tidak mungkin mengecapi nikmat kebebasan dan kemajuan.Amin.

7 comments:

  1. Post yang bersemangat untuk orang Melayu! Tahniah!=D

    ReplyDelete
  2. aku nak sedarkan orang Melayu kat luar sana tu yg dok sebok berpolitik smpai berpecah..diorang tak tau bangsa lain tengah cari peluang je sekarang ni..

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. dia memang hebat kerana pertahankan negara demi melindungi impian dan masa depan manusia , dia buat semua ni untuk masa depan mereka

    ReplyDelete
    Replies
    1. leftenan adnan sememangnya wira negara dan juga contoh pemuda Melayu yang berkorban demi agama, bangsa dan tanah air. kita sepatutnya mencontohi semangat dan legasi beliau.

      Delete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete