Assalamualaikum semua. Hari ni aku nak menyentuh sikit tentang soal leadership. Seronok tak menggalas tanggungjawab sebagai seorang ketua? Memang seronok if korang dapat menjalankan tugas dan kepercayaan yang diorang bagi dengan baik.
Menyingkap semula cerita-cerita lama zaman sekolah dulu, aku memanglah pengecut dalam bidang-bidang macam ni. Even, sampailah masuk asasi pun still aku cuba mengelak diberi tanggungjawab menjadi seorang leader. Huh, lagipun siapalah yang cukup percaya dengan aku ni kan.
Sekolah dulu, jawatan paling tinggi yang pernah aku pegang ialah Bendahari PRS. Takde kaitan pun dengan leadership but for you all nye information - aku orang pertama yang galas tanggungjawab bendahari untuk 3 tahun berturut-turut. Why? Cikgu Saiful percaya kat aku, katanya lah waktu pemilihan EXCO PRS 2009. Aku ingat lagi waktu tu, aku menarik nafas lega sebab dengan perlantikan sebagai bendahari, maknanya jawatan lain yang vacant seperti Presiden and Vice Presiden dah tentunya aku tak mungkin pegang.
Asasi pulak - hehe, ni bukan aku sengaja nak mengelak. Takut tu still ada but aku rasa tak layak and rendah diri, lagi-lagi bila bercampur dengan siswa siswi yang mostly graduated from sekolah berasrama, kluster dan banyak lagilah. Plus - orang pandang aku sebelah mata je kot waktu kat Fakulti tu..Moral of the story - learned from the US President, Mr Harry Truman - believing yourself when no people does. Peduli kan status diorang, itu dulu but sekarang sama je. Satu kelas jugak, satu Universiti jugak. Bezanya - diri kita dan mereka.
Degree ni. Alhamdulillah untuk semester 1 ni banyak benda yang banyak mengubah personaliti aku. But, sesuatu yang aku belajar melalui pengalaman. Jadi ketua pun ada yang benci, bahkan lagi ramai yang benci daripada kita menjadi kura-kura dalam cengkerangnya. Waktu awal semester, aku assume command group TITAS when I saw nobody want to take it. Bila aku try nak stabilkan group pun ada orang cakap aku gila kuasa, pandai-pandai lantik diri sendiri, suka-suka je bagi arahan. Aku buat semua ni sebab aku tak nak group kita hanyut, macam kapal tak bernakhoda. Mid Sem - satu lagi tugasan dimana aku mengambil tanggungjawab sebagai leader and alhamdulillah, takde masalah yang serius pun except sedikit kekalutan waktu nak submit report. Akhir semester, ni lagi gila punya tanggungjawab - Platoon Leader terus..ha3x, memang kusut pale otak aku bila budak-budak tu pilih aku jadi leader. Sumpah aku rasa cam malas nak hidup waktu camping tu - rasa macam nak terjun dalam sungai. Serious. But, overall - taklah teruk sangat. Moral of the story - optimistic and steadfast courageness. Jangan takut dalam mencuba, but if we failed - don't ever abdicate, but delegate. Kalau tak mampu menggalas tanggungjawab tu, cuba lantik right hand untuk tolong. Delegate kan duty korang sikit, sebab ada leader yang fikir - tu semua kerja diorang, no one can seize my duty from me.
Sekarang - aku cuba nak belajar cara menjadi seorang leader yang baik dan berkualiti. Untuk semester yang bakal mendatang, kalau mampu asal ada peluang, semua group aku nak sapu - biar aku yang jadi leader. Time has changed my friend, dulu jadi team member pun boleh, sekarang ni - I want to be your leader, this group. I'm in charge here!!
No comments:
Post a Comment