Assalamualaikum semua, maaf lagi ye biarkan blog ni tak berupdate nak dekat 2 minggu, bukan apa lepas balik je Korea hari tu bersepah-sepah kerja yang tertangguh - assignment, program SMF etc. Tu yang tak sempat nak menulis entri kat blog ni..huu, ok lah, let's go straight to the point now. Esok, FSPPP akan menganjurkan sebuah program wajib yang diberi nama Syarahan Ketua Setiausaha Negara yang diadakan pada setiap tahun.
Ketua Setiausaha Negara merupakan jawatan paling tinggi dalam pentadbiran kerajaan, beliaulah kunci utama kepada penjawat awam di Malaysia yang bertanggunjawab sebagai penghubung kerajaan federal dan state government. Erm KSN bukan yang gambar atas ni tau..haa, ni aku time lepas kelas Ethics tadi..
So, lepas je kelas Ethics aku pun terus bergerak ke DATC bagi mendengar taklimat ringkas. Program ini diuruskan oleh fakulti dan diselia oleh pemimpin-pemimpin pelajar fakulti dari 3 organ teras iaitu SMF, CASS & BACAS
Lepas je briefing, kami pun berpecah mengikut unit-unit kecil yang bertanggungjawab dalam membuat persiapan terakhir untuk DATC.
Sesi memasukkan barang-barang FSPPP didalam goodies bag yang akan diletakkan disetiap kerusi yang ada dalam DATC tu..
Rasa macam dah kat kilang pulak buat kerja-kerja ni, takpun macam makcik-makcik yang nak distribute sample Avon dan sewaktu dengannya..haa
3000 goodies bag yang telah siap disusun..nampak oren tak DATC ni..Jingga merupakan warna rasmi FSPPP.
Cari perbezaan dalam gambar ni? haa
Nak jugak ke? :-p
Tah apa diorang sembang, yang aku dengar resolusi apa tah, bla, bla, bla..Malas aku nak amik port, lagipun aku dah nak resign pun..:-)
Baik punya posing si Nik ni..:-p
Dalam pukul 1 petang, kerja kami pun siap.
So untuk student FSPPP, sila lah datang ke program ni. Takde excuse pun, firstly pengangkutan disediakan, secondly akan ada pengecualian kuliah, thirdly ada makan free jugak and finally - akan ada ramai VVIP yang akan hadir termasuklah KSN, Timbalan Ketua PDRM, NC, TNC, Rektor FSPPP dari seluruh Malaysia dan juga VVIP yang tak disebut kan disini..
"Menghayati Aspirasi Belia Ke Arah Pembinaan Negara Bangsa"
No comments:
Post a Comment