Saturday, June 1, 2013

Kisah AKU n Annyeonghi Gyeseyo Korea!!

Assalamualaikum semua, baiklah seperti yang korang tau and aku pun dah mentioned tadi, entri ni ialah yang terakhir untuk trip aku di Korea yang bermula minggu lepas dan melabuhkan tirainya dengan mendaratnya Airbus A330-300 di LCCT pada petang tadi. To make it simple, apa kata kita terus ke cerita last ni - since aku pun letih ni, huk
Kami bangun pukul awal tadi, sebab flight pukul 9.20 pagi, so pukul 7 suppose to be at Incheon International Airport, Seoul. Macam hari-hari biasa kami kat Korea, even aku bangun tak lewat pun still aku mandi yang paling last.:-) Ok apa, takde nak fikir orang lain tengah queue kan.?
Dalam pukul 6.30 pagi kami pun meninggalkan guesthouse yang menjadi medan kami berlapan bersuka-ria selama seminggu itu.
Sesi menyerahkan lebihan stok makanan terutamanya maggi, biskut, 3 in 1 kepada our tourist guide yang juga pelajar Malaysia di Korea Selatan ni.
Jaket yang berkhidmat sepanjang 7 hari non-stop, jasamu dikenang. :-)
Menunggu bas yang membawa kami ke airport. Dalam gambar - yang bangunan tirus keatas belah kiri tu Namsan Tower.
Dalam pukul 7 kami tiba di airport - check in luggage dan menunggu dengan sabar. Berat luggage aku tadi 7 kg, ngam-ngam je nak bawak naik cabin..:-)
Mencari tempat nak duduk, huu..penuh pulak, last-last dok sebelah orang Taiwan..:-p
Bersama Nazirul (kiri) dan Din (kanan) - terima kasih atas layanan dan panduan korang sepanjang kami berada disini. Kamsahamnida!
Ada macam atlet Malaysia tak? huu
Abbas - Chief Security Guard yang keletihan sebab dia lah orang yang bertanggungjawab memastikan group kami sentiasa cukup. Aku dengan Joe pulak sentiasa jadi "ekor" untuk group ni.
Lepas sekatan imigresen. 
Berada di balai berlepas, menunggu turn untuk masuk kedalam pesawat Airbus A330-300 Air Asia X. Pesawat yang diterbangkan oleh Kapten Shamsul take off tepat pukul 9.20 pagi waktu Korea dan touchdown di LCCT pada pukul 2.50 petang waktu Malaysia. Suhu yang selama ni dibawah 20 darjah Celsius di Korea Selatan tiba-tiba naik mendadak dengan catatan suhu sebanyak 35 darjah Celsius di Malaysia 
Bye-bye, kami nak pergi lunch ni - huu, lapar nya, bayangkanlah dengan tak makannya before berlepas, malam semalam makan burger sebijik je. Sampai je, terus cari KFC. Nak makan ayam...huu, saya rindu ayam!!
Pukul 4.20 petang, bas UiTM tiba di LCCT, membawa kami pulang ke UiTM Shah Alam. Sejuknya bas tadi, seronok sangat dapat rasa aircond lagi..hii
5.30 petang - bas tiba di depan Kolej Melati sekaligus menandakan berakhirnya program Kemuncak Ilmu FSPPP Ke Korea, sekalung tahniah kepada Aiman, Pengarah Program serta team-team yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan program ni. Semoga ianya dapat memberikan semangat yang lebih lagi kepada peserta dan juga bakal-bakal SMF baru semester depan untuk terus menaikkan nama fakulti melalui program-program antarabangsa sebegini.
So guys, maka berakhirlah diari Korea Selatan aku - terima kasih kerana sudi meluangkan masa anda dengan membaca entri-entri ni. Untuk siapa-siapa yang nak pergi Korea tu, aku sarankan belajar sikit bahasa Korea - yang paling basic pun jadilah. Sebab susah nak cari Korean yang speaking kat sini even kat area town, aku pun nasib baiklah boleh cakap Jepun sikit..haa~ And lagi satu, ukur baju dibadan sendiri - jika anda student, bercutilah atas kapasiti seorang student sebab banyak lagi pelaburan yang kita akan gunakan kelak. Tak salah nak berbelanja lebih, takde siapa nak halang if korang ada cukup duit untuk hidup kat sana. Tapi janganlah sampai menyiksa diri sendiri. Ok lah guys, aku nak tido ni - Isnin ada lecture. Annyeonghi Gyeseyo! 

2 comments:

  1. Boleh tak bagi info tentang tour guide awak.. sya nak dia jadi tour guide sy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan saya yang deal dengan tourist guide ni. ni nombor kawan saya yang deal dengan diorang

      013-3604102 - Aiman

      Delete