Assalamualaikum semua, minggu ni seperti yang korang tau aku berada dalam mood yang agak tak baik. So, antara terapi terbaik yang aku buat kalau ada masalah ialah turun ke green. Before tu ada jugak call mak, tapi mak tak sihat sangat so tak nak la kacau lama-lama. Lepas Zuhur aku tidur jap, and pukul 6 aku bergerak ke Kolam Renang UiTM Shah Alam
Alhamdulillah minggu ni, slide presentation untuk 3 subjek (OB, Ethics & ASEAN) dah siap, cuma nak buat executive summary je - lega sikit, presentation paling dekat pun Expectancy (OB) iaitu minggu depan (Wk 6), yang ASEAN and Ethics tu dalam Wk 12. Siapkan awal-awal nanti takde rushing sangat, tapi minggu ni aku susah betul nak absorb knowledge-knowledge ni..:-(
Pukul 6 - mula-mula aku sorang je kat green tu, ada la nampak 2-3 orang student perempuan lepak-lepak dekat kafe. Aku baru je nak bukak stor, tiba-tiba diorang datang kat aku dan bertanya:
"Abang ni yang jaga padang eh.." (haa..:-p)
"Eh tak lah, saja je datang nak main. Boring duduk kat rumah..korang ni ada apa kat sini"
"Kami nak training untuk SUKOL, tapi tak tau main pun, huu. Tengah tunggu kawan lagi - dia atlet UiTM"
"Jom lah join dulu.."
Dalam pukul 6.15, kawan diorang yang atlet tu pun datang - aku kenal dia tu sebab pernah main sekali dengan Pn. Haslah bulan lepas, sekejap je aku join diorang. Ramai pulak perempuan, segan la nak join - bagi la atlet tu yang ajar. Aku ni biasa-biasa je.
Hari tu aku bagi nama untuk masuk Team Lawn Bowls NR untuk SUKOL 2013 - kalau cukup-cukup je atlet, tak payah selection. Senang sikit, tapi takut ramai pulak, sebab tu kena training dari sekarang. Kalau korang nak tau, join SUKOL ni salah satu misi tahun 2013 aku. Harap-harap aku berjaya mendapat medal, huu. Amin
Semoga misi kau tercapai bro
ReplyDeleteHuu, susah skit la bro. NR htar satu team je, yg bg nama ada 8 org stkat ni..payah la nk compete utk msuk team je.. ap2 pn, tengs ye utk wish ..
ReplyDeleteAq tahu kau blh. InsyAllah, ada rezeki
ReplyDeleteMesti dpt punya la, bro
insyallah..tenkiyu ats sokongan tu bro..:-)
Delete