Malam ni merupakan malam terakhir ku dirumah buat masa ini, esok aku akan menuju ke tempat dimana aku akan menetap selama 3 tahun yang didalam usaha mengenggam segulung ijazah.Seperti yang korang semua tahu, esok 11 September 2011, ramai mahasiswa dan mahasiswi akan kembali ke universiti masing-masing, dan aku yang telah menghabiskan cuti enam bulan ku dengan bekerja juga akan kembali ke UiTM, bukan di Fakulti Undang-Undang, tetapi di Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi. Sedih bila mengenangkan lepas ni, ibu aku akan tinggal ssorang-sorang dirumah manakala ayah juga akan berulang-alik sorang-sorang ke tempat kerja dan baru aku faham kenapa ayah membuat keputusan untuk extend satu hari kami di Melaka, aku dan kakak sebenarnya tak boleh berjauhan, setibanya aku dirumah aku mengalihkan pandanganku kebiliknya - sunyi. Biasanya ternampak along bermain laptopnya tetapi sekarang aku keseorangan, tapi baru aku sedar, aku pun akan berangkat keesokan paginya. Hati ni rasa sedih, bagainmana ibu nak menjalani hidup tanpa kami bertiga.
Adik terlebih dahulu meninggalkan rumah untuk belajar di SBPI Rawang pada 2009, diikuti aku pada tahun 2010 di UiTM Shah Alam dan kini, 2011 - kakak pula yang mengikuti jejak langkah adik-adiknya. Kata ayah, berkat anak-anak semuanya menjadi, semuanya taklah jauh sangat sampai ke seberang laut. Mungkin sudah lama nanti, ibu akan biasa - kami berjanji akan kami balas jasa ibu ayah, membesar da mendidik kami hingga menjadi orang yang berjaya dan menjejakkan kaki ke menara gading.Walaupun ada mulut-mulut busuk yang mengata UiTM, tapi akan kami betulkan persepsi mereka itu. Kepada adik, terpulanglah mana arah tuju kau selepas ini..abang and along tak paksa kau nak masuk UiTM pun..hu3x, Erm..emotional pulak aku malam ni..
Tak banyak sangat bagasi and barang-barang aku kali ni compare dengan time nak masuk asasi dulu.
Baju-baju yang belum siap masuk beg pun..baju batik UiTM - mesti bawak punya takkan nak tinggal kat rumah.
Recheck borang-borang yang perlu untuk pendaftaran kolej esok..
Buku-buku yang bakal dibawa ke UiTM. Malaysia Legal System - sebab ada subjek law pulak. The Art of Public Speaking - sebab tak habis baca lagi. Helmig The Times - sebab ini hadiah from lecturer law dulu, Dato Sir Irmohizam Ibrahim, sorry sir tak dapat nak menuntut ilmu dengan sir lagi..
In conclusion, semuanya agak teratur - cuma tinggal nak masuk baju dalam beg then masukkan semua barang dalam kereta..plus, masukkan semua dalam bilik baru aku esok..Kepada mahasiswa dan mahasiswi seluruh negara terutamanya brother and sister from UiTM, selamat kembali ke UiTM..UiTM Dihatiku.
No comments:
Post a Comment