Raya 2011 sudah tiba, tahun lepas brown, tahun ni purple. Tahun ni aku rasa tak meriah pun beraya sebab, first time aku dan keluarga menyambut lebaran tanpa atuk yang telah pergi meninggalkan kami.. Kehilangannya amat dirasai, suasana dikampung sunyi sahaja pada pagi raya - kalau dulu, aku dan keluarga selalu tertunggu-tunggu bunyi motor atuk, tapi sekarang aku dengar bunyi cengkerik hutan je..
Walau apa-apapun hidup mesti diteruskan, aku bersemangat semula selepas menatap gambar arwah atuk yang segak memakai uniform tenteranya. Darah pahlawan mengalir didalam diri kami, cucu dan anak seorang bekas pegawai RAMD.
Macam biasa, sebelum bergerak ke Masjid, mestilah amik gambar seround-dua dulu..
Siapa drive?? tak nak lah, ayah cakap jangan cuba nak drive kereta orang lain, kalau eksiden, siapa yang nak bayar..kereta uncle ni.
Ketika khusyuk (ye la tu) mendengar khutbah, aku dikejutkan dengan message from kakak, damn - ingatkan dari cik aida..lol
"Abang, suruh opah and acik pendi balik cepat, moyang tenat kat rumah opah chu"
Aku hilang arah - bukannya sebab memikirkan moyang, sebab tengah fikir, macam mana aku nak cari mereka tengah-tengah khutbah macam ni, sseingat aku opah and acik pendi tak bawak handset diorang..
Nasib baik, 5 minit lepas tu - khutbah berakhir, akupun bergegas menunggu di entrance masjid and memberitahu mereka.
Raya yang aku expect tak meriah, menjadi semakin tak best - kali ni, kami tak sempat pun nak mengambil gambar keluarga seperti tahun-tahun sebelumnya. Mana taknya, sejurus dijelaskan dengar berita itu, kami semua bergegas ke rumah Opah Chu, disana sudah ramai sanak saudara telah pun sampai. Dalam hati aku tertanya-tanya "Nak masuk ke tak nak?"
Aku mengambil keputusan untuk melihat keadaan moyang - setibanya aku dipembaringannya, aku melihat sudah tua betul..kemudian aku terpandang keadaan diluar rumah - kelihatan sepupu - sepupu jauhku berlari keriangan, suara gelak tawa mereka. Aku berfikir, inilah kehidupan - satu ketika dahulu, si tua ni dahulunya seperti si muda itu, mampu berlari-lari, tetapi bila sudah tiba masa tuanya - mampukah lagi. Samalah seperti diriku dan si muda - jari-jemariku masih lembut, kakiku masih kuat tapi bila sudah tiba masa tuaku - mampukah lagi?
Selepas itu, aku pun keluar menuju kearah adik dan kakakku yang menunggu. Kulihat mereka sedang riang mengambil gambar, menikmati hidangan yang disediakn, bermain dengan anak kecil. Aku menyertai mereka.
Gambar sikitlah..
Balik rumah opah, kufikirkan inilah masanya untuk sesi fotografi tetapi sangkaanku meleset, semakin ramai sanak saudara yang menziarahi rumah Opah.
Jarum jam menunjukkan pukul 4.00, lalu aku memanggil kakak.."Along, jomlah kita buat sesi fotogafi sendiri..adik mana?"
"Adik tidur"/ "Lantak pi lah budak tu..jom"
Mangsa mercun ketupat.
Petang tu, dalam pukul 6 kami semuanya berjalan kaki ke tanah perkuburan - untuk menziarahi pusara atuk..Sayu terasa dihati apabila melihat emak menitiskan air mata, tika itu juga aku berasa diriku cukup tidak berguna selepas mengetahui bahawa hanya aku seorang sahaja yang tidak hadir ketika pengebumian atuk pada Mac lepas. Saat kaki aku melangkah meninggalkan pusaranya, "Selamat Hari Raya, dan Hari Merdeka Sarjan (Ret.) Abu Bakar.."
Malam - entah, tak ingat.
No comments:
Post a Comment