Sunday, March 13, 2011

Kisah AKU n Exam,Cold Fever,Atuk...

Minggu ni aku rasa banyak betul dugaan dan cabaran yang aku terima, perhaps the most saddest week in my life..

Cold fever..erm memang sucks betul kalau datang waktu nak exam ni..cantik je timing nya, malam sebelum peperiksaan bermula, badan ada rasa sejuk sikit..sakit tekak(maybe ada ulser kat tekak kot..pedih kot waktu makan..ada juga rasa pening kepala..memang tak fokus betul waktu buat revision malam tu..terbaring je kat katil aku tetapi handout still berada di tangan aku..fight to the end..itulah moto hidup aku(kekadang jea..hi3x)

Examination untuk budak-budak asasi undang-undang pun bermula dengan introduction to law 2 yang bertarikh 10.2.2011..

sebelum berangkat ke menara SAAS..

nak jugak diorang nie..

ayu gitu..ahakz..

melangkah menuju kejayaan..
.
.
.
examination yang pertama berakhir pada pukul 11AM..aku dan aslah decided untuk terus menuju ke bilik dan lunch..lepas lunch takkan nak terus baca buku, so kami pun sepakat untuk meluangkan masa main video game dulu..kepenatan,aku pun decided untuk tidur untuk mengumpul energy untuk study malam tu..
SUDDENLY..
aku terjaga dari tidur apabila terdengar deringan telefon bimbitku..huh, 4 missed call and 1 message(3 missed call from ayah, 1 missed call from emak..), baru je nak buka message, ayah call aku and aku yang tengah dok mamai pun angkat la..

ayah berkata
"atuk bakar dah meninggal dunia asar tadi.."
aku terdiam sebentar,kaku,lidah kelu untuk berkata..
"inalillah.."
ayah aku pun suruh aku call emak..aku pun call..
"emak..betul ke??"
emak menangis..aku dapat rasa kesedihannya..maka itulah kebenarannya..aku dah takde atuk..emak pun dalam esak tangis..
"abang, jangan fikir pasal atuk ye, ayah dan yang lain-lain tengah uruskan..fokus kat exam..tabahkan hati dan tolong sedekahkan surah yasin ye.."
aku yang ketika itu dah menitiskan air mata..
"okay mak..abang cuba..kirim salam kat semua orang.."

selepas panggilan dimatikan..getus hatiku..
"ya allah, dugaan apa lagi yang aku dapat waktu time-time exam ni.."
hati aku bercelaru, aku nak balik kampung,nak beri penghormatan terakhir kat atuk aku tapi aku juga punya tanggungjawab terhadap keluarga..aku terus demam panas balik lepas berita itu..tanpa membuang masa, aku terus solat asar dan sedekahkan yasin kepada arwah atuk aku..selepas itu aku terdiam seketika, bertafakur dan mengenang kembali kisah suka dan duka aku bersama atuk daripada aku kecil sampai lah aku meningkat remaja..dalam kesedihan bersama nota social psychology ditangan aku menulis satu episod kenangan bersama atuk..

Atuk
Ketika abang kecil, atuk ajar abang cara minum teh tarik dalam piring untuk elak daripada lecur bibir..
Ketika abg kecil, atuk banyak bercerita tentang sejarah bengsa kita..leftenan adnan,sarjan hassan..kesan daripada itu, abang suka sangat belajar sejarah..
Ketika abang kecil, atuk selalu bawak abang masuk dalam hutan and sawah bendang, sampai sekarang abang ada banyak kesan calar kat kaki..
Ketika abang kecil, atuk selalu bawak abang ronda-ronda naik motor..bila abang dah besar sikit, atuk ajar abang bawak motor..
Ketika abang kecil, abang pernah menyorok daripada mak and ayah pasal abang tak nak balik KL..semua sebab atuk..
Ketika abang meningkat remaja, atuk pernah ajar abang seni silat, tapi abang tak pernah pun ingat stepnya..
Ketika abang meningkat remaja, atuk selalu suruh encourage abang supaya dapat baca doa lepas sembahyang panjang-panjang macam adik..tapi sampai sekarang abang tak boleh lagi..
Ketika abang diusia remaja, atuk suka bila dengar abang dapat masuk universiti..
Ketika abang diusia remaja, atuk nak sangat tengok abang jadi seorang lawyer yang adil..tapi, abang still tak tahu apa hala tuju..
Ketika abang diusia remaja, atuk pernah kata nak naik kereta yang abang drive lepas abang dapat lesen tahun lepas, tapi abang tak sempat..
Ketika usia abang kecil hingga remaja, atuk lah orang pertama yang bagi duit raya..
Tapi sekarang, atuk dah takde, apa yang atuk nak ajar lagi..banyak benda yang abang tak sempat tunaikan..
Maafkan cucumu ni atuk kerana tidak dapat pulang ke kampung untuk memberi penghormatan terakhir kat atuk..
Terima kasih atuk diatas segalanya, abang sayang atuk

Your Truly
Muhammad Farid Bin Abd Gani
......................the end........................

2 comments:

  1. salam Farid..aku bersimpati dgn kau..jgn sedih.kuatkan semangat kau..aku yakin, ada hikmah untuk semua bnda yg berlaku kat kau.mmg agak sedih apabila kita kehilangan orang yang kita sayang, tapi ingatlah, sesungguhnya kita ini, hanyalah manusia biasa yang tidak bisa melawan Takdir Tuhan..tabahkan hati kau ye Farid dan kuatkan semangat..Al-Fatihah buat arwah atok kau.semoga beliau dicucuri rahmat dan dtmpatkan bersama orang2 yg beriman..amin...

    ReplyDelete
  2. terima kasih banyak-banyak kat kau hanafi atas nasihat dan support daripada kau..

    ReplyDelete