Monday, March 21, 2011

Kisah AKU n Last Day at UiTM (Sem.2)

Sebelum tepat pukul 12 malam tadi..aku dan 6 orang roomies yang lain telah meninggalkan uitm bersama dengan wan zul yang bakal pulang ke tanah asalnya di pulau pinang esok..tactically dan logically, semalam memang betul-betul hari yang menyedihkan buat aku kerana berpisah dengan roomies yang duduk sebilik selama lebih kurang 5 bulan ni..so, aku mahu lah bercerita sikit, last day?, apa yang aku buat dan menghabiskan saki baki masa kat uitm tadi..

tukar-tukar hadiah..memang tak sabar pun aku, siapa lah yang dapat hadiah aku agaknya??

dan orang yang bertuah ialah najib..tahniah2x, erm terimalah teedy bear mr.bean ni daripada aku..waah, berganda ko dapat daripada aku yea najib..:-)

and aku pula mendapat hadiah yang dibeli oleh mujahid..walaupun beliau tiada bersama kami tapi wakil nya, khaliq tampil menyerahkan hadiah tu kat aku iaitu sejenis wireless mouse..thanks muja..

yang lain-lain..malas pulak aku nak penuhkan page blog aku niyh..nanti aku upload video kat page group kat facebook..kat atas ni pulak, picture hadiah yang telah diketahui siapa pemiliknya dan siapa pemberinya..

bincang apa pulak tu..ada translator ke aslah??

lepas upacara penyampaian hadiah, kami pun berkumpul dalam satu bulatan dan mula bercerita, mengingati kenangan suka dan duka kami bersama sepanjang bergelar teman sebilik dan juga pelajar uitm..

orang yang first meninggalkan kami ialah mujahid..bagi aku dia ni macam abang juga, banyak mengubah diri aku perlahan-perlahan walaupun tak drastik..apa yang buat aku sedih ialah aku dah jadi roomate mujahid sejak first semester lagi..mempunyai pendirian yan g teguh dan tak mudah jatuh dengan mana-mana orang yang nak cabar dia, fizikal or mental..

najib orang yang first balik hari tu..dia ni seorang yang rajin study,sampai-sampai aku pun rasa tak selesa kalau berehat depan dia..agak mysterious tapi beware, najib kalau gelak memang kelakar..tapi memang kasar jugak lawak "anak pungut+kasta rendah" tu najib, kecik hati aku..lol

brader yang bernama aslah ni orang yang ketiga balik kampung..dia ni..erm, camne mau describe...aku rasa just a tipikal man, seorang blogger juga,rajin-rajin pergi la jenguk, macam yang dia kata, just taip "aslah akmal", then jumpa la segala yang berkaitan dengan dia: facebook,twitter,formspring,blog dll..

kami yang masih tinggal telah merancang untuk lunch kat McD..

lepas makan..kami yang masih tinggal pun memberikan ucapan masing-masing..waktu ni memang kaw-kaw gila kita describe orang kan lagi-lagi...ooopsss(x mo cakap..)

baju batik uitm lambang perjuangan anak bangsa melayu..maka banggalah pelajar-pelajar uitm di seluruh negara kerana anda tidak hanya menggalas tanggungjawab kepada keluarga tetapi agama,bangsa dan negara...

khaliq orang yang keempat, dia ni genius academic and multimedia, hari tu waktu annual dinner for asasians, dia jadi ketua biro multimedia as well as one of the penerima anugerah kecemerlangan..suka bermain musik, dan juga tiga benda aku takkan lupa; poker, pedang star wars and jedi..

suasana sebelum pulang ke rawang..kosong balik tempat ni,dahulunya dihiasi dengan cadar berwarna biru muda plus tua, baldi merah,kotak supply dibawahnya dan juga pemiliknya iaitu aku..

parents aku and kakak yasin sampai hampir serentak and kami macam yang zaki kata "double elimination"(x silap aku la..), yasin memang baik, dah macam adik aku walaupun aku lagi ringan daripada dia, from kau banyak juga drama-drama budak2 law yang aku dapat as well as dapat kawan baru; hardzard, yat, alif, deq joe..memang enjoy ajar kau because lagi senang daripada ajar ramai-ramai, buat sakit tekak je kan..tak gitu wahai adik "perempuanku"??

brader tinggi lampai macam basketball player ni namanya zaki, dia dijadualkan balik ke seremban lepas maghrib tadi..apa yang paling aku suka pasal zaki ialah skill bahasa memang perfect, seorang debater yea..lagu adira, american next top model and style ko gelak..benda-benda ni memang aku akan ingat..

finally, wan zul...dia balik penang hari ni and officially menjadi orang yang terakhir meninggalkan bilik P1213..wan zul, kau manusia yang paling banyak buat aku gelak sampai tak hingat..memories yang best bila kenal kau ialah catwalk dalam bilik, menari lagu hindustan, and juga lagu azie, honestly, lagu tu sedap jugak..

last shot before kami berpisah..sebelum balik, aku juga sempat bergambar dengan classmate dan juga jiran sebelah..mereka ni ialah kawan-kawan aku kat uitm ni..aku pernah terfikir waktu awal sem 1 tahun lepas.."aku takkan punya walau seorang kawan pun kat sini..", tapi lain pulak jadinya..

rizki dan aku..thanks because banyak guide aku dalam roleplay and drama hari tu..

deq joe..erm, ada satu kenangan pahit yang kita dapat waktu first sem hari tu..kalau kau ingat la..dapat je brader tu memang aku cincang dia..ha3x

aliff...satu lecture dengan dia..kita berkongsi lecturer yang sama rupanya..

syazwan..classmate for 2 sem..thanks for the memories..

abg nezam juga pulang hari ni..nasib baik sempat jumpa dia kejap..abang nezam thanks for everything..nanti saya summarise abang dalam satu post yerp..just wait for it..

last day kat uitm memang best and sedih..lagi sedih bila mengenangkan rantai diatas tak sempat nak bagi kat seseorang..well, macam yang aku pernah cakap dalam post sebelumnya, kita hanya merancang, allah yang menentukan..

so guys, nantikan post yang akan datang dimana aku akan conclude and summarise tentang my second semester kat uitm..

2 comments: