Sunday, August 4, 2013

Kisah AKU n Sistem Panggilan Suami Isteri

Assalamualaikum semua, hari ni suka aku nak kupas tentang satu topik yang agak menarik untuk dibincangkan dalam rumah tangga. Rumah tangga? Kau dah kahwin ke bro? haha, belum lagilah. Petang tadi aku ada baca buku yang bertajuk "Melayu Bandar" karangan Han Xiao@Indah. Seorang graduan dari Universiti Beijing didalam Jurusan Bahasa Melayu. Dan aku terjumpalah topik ni.

Baiklah, topik yang aku nak kongsi ni ialah sistem panggilan antara suami isteri dalam kalangan masyarakat Melayu di bandar. Sistem panggilan keluarga merupakan lambang warisan masyarakat dan memberikan sedikit gambaran tentang nilai-nilai sesuatu komuniti atau sesebuah keluarga itu.

Berikut merupakan statistik panggilan isteri kepada suami:

Panggilan - Responden

  1. Abang/Bang - 34
  2. Sayang/Yang - 8
  3. Sweetie/Honey - 1
  4. Awak - 3
  5. Singkatan Nama - 1
  6. Bapaknya - 0
Panggilan abang/bang masih menjadi panggilan yang paling umum kerana ianya kedengaran lebih hormat. Ni pulak statistik panggilan suami kepada isteri:


Panggilan - Responden

  1. Adik/Dik - 1
  2. Sayang/Yang - 13
  3. Sweetie/Honey - 1
  4. Awak - 4
  5. Singkatan Nama - 26
  6. Maknya - 2
Panggilan "singkatan nama" menjadi pilihan suami kepada isteri. Panggilan "sayang/yang" mendapat tempat kedua dalam pilihan suami kerana kaum wanita lebih suka untuk dimanja..:-) "Sweetie/Honey" didapati kerap digunakan oleh pasangan Melayu berpendidikan tinggi khususnya pasangan yang mendapat pendidikan dan pengaruh dari Barat. "Awak" pun jarang diguna sebab kurang romantik. (Han Xiao, 2010)

So, kome prefer yang mana?

Kisah AKU n Wk 3 Review

Assalamualaikum pembaca-pembaca yang budiman, since hari ni pun hari Ahad aku pun macam biasalah nak buat review sikit untuk minggu lepas, iaitu minggu ketiga aku attachment kat Onyx ni.
Cuaca agak baik kat KL ni. Tapi, boleh katakan hari-hari agak sesak terutamanya Khamis dan Jumaat sebab ramai dah nak balik kampung masing-masing.
Perihal report pulak, still bergerak tapi slow. Mungkin sebab dokumen-dokumen yang bila dikorek lagi dalam jadi more complicated untuk difaham. Tapi, still ada progress dan akan InsyaAllah akan jadi bertambah baik lepas raya nanti. Interview dengan Top Management dan Head of Department pun aku postponed dulu ke lepas raya sebab kekalutan minggu ni.
Haa, ni hari Jumaat lepas. Sesak kan jalan. Kat mana-mana sesak start dari aku naik bas kat Masjid Jamek, kat Parlimen, pastu Jalan Semantan..bersambung kat Jalan Duta..still tak habis lagi sampailah ke Sungai Buloh. Huh, pastu baru clear.
Biasanya dalam keadaan yang normal, kalau naik bas pukul 5.30 ni sampai Bukit Beruntung dalam pukul 6.30. Korang nampak brader depan aku ni. Nak dijadikan cerita before bas bergerak, ayah aku call tanya aku sampai dalam pukul berapa. Aku cakap lah dalam pukul 7. Pastu dia pandang belakang kata "Dik, bas ni sampai pukul 6.30, bukan pukul 7". Akupun senyum je sambil dalam hati "Ni sah-sah baru first time kerja waktu bulan puasa - hari ni Jumaat, ramai gerak awal sebab nak balik kampung, memang jem la jalan.."
And tekaan aku hampir tepat, kami sampai Tol BB pukul 7.05 petang and tiba di Terminal pukul 7.15. Aku sempat tengok brader tu, kelam kabut turun bas..hahaha. Memang gelak besar aku dalam hati. "Bro, aku dah pernah rasa situasi ni 2 tahun lepas kau tau..jangan nak underestimate orang sangat"

So, itu jelah cerita minggu ketiga aku ber"attachment" ni.

Saturday, August 3, 2013

Kisah AKU n Exam Result Pt.4

Assalamualaikum semua, hari ni nak update lah result semester 4 aku. Well, pagi tadi student UiTM yang sedang mengambil degree, master etc telah pun didedahkan dengan keputusan peperiksaan akhir mereka. Aku pun tak ketinggalan jugak. So, tengoklah gambar bawah ni..
haha, result tah apa-apa kan? takpe lah, ada lah sikit naik, aku ingatkan turun je sampai habis degree ni. Ada peningkatan sebanyak 0.02 which is not very much but a good start untuk menunjukkan kebangkitan aku dalam peringkat degree yang cuma berbaki 2 semester je lagi. Ok lah, jom tengok review result semester ni..oh terlupa pulak, ni aku prepare 2 link untuk reference korang, haha..kalau sudi tengoklah..:-)


  1. Target
  2. Exam Result Pt.3


Baiklah - objektif aku kali ni ialah mendapat pointer dalam range 3.10-3.20.. dan secara kasarnya, memang objektif tu telahpun dicapai walaupun cuma lebih 0.01..huu

Subjek menepati sasaran (between the range of "at most" and "at least")

  1. Organizational Behavior (ADM501) -  Erm yang ni aku dapat B+, since aku pun hari tu target B+ sampai B- je, so ianya berada dalam range dan menepati sasaran.
  2. Management Information System (CSC208) - Yang ni dapat B je, but still dalam range yang aku letak. Aku ni nama je computer geek, tapi bila nak baca benda-benda berkaitan komputer memanglah malas. Senang cite, praktikal je aku tau, haha

Subjek yang keluar dari sasaran

  1. Ethics in Administration (ADS452) - kalau ikutkan target A- to B+, huu..Ethics pun B-, memang takde ethics la aku ni :-p
  2. South East Asian Affairs (ADS560) - haha, mengecewakan lah subjek ni. Target bukan main menggunung tinggi sampai range A- ke B+, tapi dapatnya C+..kelakar betul, serius dalam banyak-banyak paper aku ambik, ni paling mengejutkan since subjek ni lah yang aku paling suka dalam semester lepas.
Pelik betul dua-dua paper ni, aku rasa macam dah buat yang terbaik hari tu, kertas jawapan pun tak tinggal kosong. Erm..by the way, bukan nak menakutkan junior-junior semua. Kedua-dua paper aku yang keluar dari target ni ialah paper yang diajar oleh En. Mohiyuddin yang terkenal dengan strictness beliau dalam marking paper. Aku dulu ingatkan senior bergurau-gurau je, tengok-tengok bila dah kena kat batang hidung sendiri, buat pulak dua-dua paper yang beliau ajar..haha, memang sometimes masuk akal jugak.


Subjek yang membuat kejutan

  1. Policy Analysis (ADS654) - waah ni memang betul yang paling buat aku terkejut, sasaran around A- to B+. Dah lah time paper tu and hari-hari sebelumnya aku demam panas, refer link ni
  2. Report Writing (BEL422) - Ni pun sama jugak, tak sangka sebenarnya. Dah 3 tahun aku belajar kat UiTM since asasi sampailah semester 4, ni lah first time aku dapat A dalam BEL..huu
  3. Japanese Language (BJP451) - subjek ni aku letak dulu asal C pun jadi sebab dapat carry mark rendah jugak, but tiba-tiba boleh dapat B-..huu, tenkiyu Lim Sensei
Overall, nak kata puas hati pun boleh sebab dah capai objektif kan..nak kata tak puas hati pun maybe sebab gred subjek ASEAN yang drag GPA as well as my CGPA. Sebagai seorang muslim, aku redha result yang aku dapat ni, moga peningkatan sedikit ni menjadi pemacu aku untuk menamatkan lagi 2 semester dengan jayanya. InsyaAllah.