Monday, May 22, 2017

Kisah AKU n Weekend @ Asahan

Assalamualaikum,

Aik, petang Isnin baru nak update? Tak kerja ke hari ni, senang lenang je update blog time office hour ni. Huhu. Memang pun, aku cuti hari ni. So, nak update cerita minggu lepas sebenarnya. 
Petang Isnin submit tender IJM, hari Selasa tu sempatlah berehat sekejap di HQ sebelum menyambung tugas..:-)
Rabu-Khamis full dipejabat TPM untuk submission tender PNB pulak. Haha, gila betul. Satu minggu 5 tender kitorang submit. Memang busy beb BD department minggu lepas.
Selamba je hantar tender naik LRT. Tak kuasa aku nak drive pergi Menara PNB tu. Dah lah jem, parking belum tentu dapat lagi. Nasib baiklah tender kali ni tak setebal BRT hari tu. Huu
Sabtu - Seperti yang dijanjikan aku bersama parents ke Melaka untuk melawat Along. Asalnya diorang kata nak naik bas, sebagai anak lelaki bersalah pulak rasanya. So, instead of drop diorang ke Terminal Bersepadu Selatan, aku pun offer untuk hantar terus ke Asahan.
Singgah R&R Nilai for breakfast. Bila singgah sini, tak sah kalau tak makan Nasi Lemak Manjo. Buat siapa-siapa nak ke Selatan yang berhenti R&R Nilai ni, korang memang kena try. Kalau tak rugi beb! 
Alang-alang ke Selatan, kami singgah Nilai dulu melawat Acu Nani yang baru sahaja selamat melahirkan bayi perempuan. Tambah sorang lagi sepupu aku. Huu. Tak lama pun lepak sini, adalah dalam setengah jam je. Perjalanan diteruskan dan kami tiba di Ladang Bukit Asahan sekitar jam 4.30 petang. Oleh sebab penat minggu lepas pun tak habis recover, aku ketiduran sampailah Maghrib..:-p
Makan malam bersama di Jasin..:-)
Eh, apasal ni? Makan kat restoran lain-lain ke?? Haa tu lah, nak dijadikan cerita. Restoran first yang kami pergi tu (eloklah tak mentioned dalam ni) servis punyalah lambat selambat alam. Mana taknya, tukang masaknya sorang. Yang si waiter tu pun dok sedap amik order. Sempat jugak tengok adegan perang mulut malam tu. Haha. Sudahnya kami bayar air dan makan kat restoran lain.
Bro Syazwan kata nasi kukus kat sini sedap. Jom kita try sepinggan.
Nasi Kukus Daging Berempah. Tambah sikit telur masin. Perggh, memang tip top. Okay, untuk sesiapa yang dah sampai Jasin and nak try makanan baik dari dapur ni. Boleh lah singgah ke Nasi Kukus Sallimna yang terletak di JC 1863, Bandar Jasin Bestari Seksyen 2, Jasin, Melaka. Kalau susah sangat nak jumpa, cari landmark Mydin Hypermarket Jasin. Dekat-dekat situ je.
Ahad, 4PM - Aku bergerak dari Asahan meninggalkan mak ayah bersama Along. In Sha Allah, hari Jumaat diorang balik sini untuk menyambut Ramadhan pertama untuk tahun 2017 ni. Rupa-rupanya itu lah plan ayah. Nanti diorang balik satu kereta je, boleh tunjuk jalan alternatif ke Utara kat abang ipar aku tu..:-)
Are you ready Nescafe? We gonna hit the highway now!
Alhamdulillah, selamat tiba di Bandar Sungai Buaya sekitar jam 7 petang. Lewat sikit dari biasa - jalan agak sesak nak keluar Tol Simpang Ampat, trafik perlahan di Senawang dan juga terpaksa lalu ELITE since jalan utama KL banyak yang tutup angkara StanChart Marathon tu..:-P
Ni cerita pagi tadi pulak. Singgah breakfast kat Salam Sentosa jumpa Tn. Mustam untuk finalizekan urusan loan rumah. Then, I got myself a new haircut. Macam takde beza je. Haha 

Okaylah korang. Tiba-tiba pulak bos call tadi, ada urgent quotation nak kena submit. Haishh nasib, off-day pun kena stay alert. Camne lah kalau aku nak bercuti luar negara nanti, gerenti tak dapat fokus punya. Haha. Bersyukur lah bro, ada orang hari minggu pun kerja. Stop whining!

P/S: Championship Playoff Final - Reading vs Huddersfield. Siapa yang akan mengikut jejak Newcastle and Brighton ke EPL next season? Personally, aku sokong Huddersfield. Go Terriers!

No comments:

Post a Comment