Sunday, May 7, 2017

Kisah AKU n Jimba-Jimbo @ Space U8

Assalamualaikum,

Ni hujung minggu ketiga berturut-turut aku duduk kat rumah sorang-sorang. Minggu pertama family pergi bercuti, minggu lepas ke Muar menghadiri majlis persandingan Sofea & Nordin. Hat minggu ni pulak pergi melawat adik kat Nilai, kebetulan Opah ada kat sana jugak. Hari Selasa ni baru balik katanya. Okay, tak nak cakap banyak. Nak kongsi sikit aktiviti semalam aku kat Shah Alam bersama Brotherhood UiTM..:-)
OOTN semalam. Lama tak pakai baju polka dot ni. Hee
Aku keluar rumah around 8.30 malam dan sampai sekitar jam 9. Terus pick up bro Joe dan Yat kat rumah sewa diorang and heading to Space U8. Niat hati nak berkarok + tengok wayang. Tapi cerita semua cam shit, so kami putuskan untuk karok je.
Betul tak aku cakap, asal datang Shah Alam diorang berdua ni lah yang selalu ada pun. Pok Jad tah mana hilang semalam. Since ada plenty of time, 2 jam setengah jugak kami lenjan. Mana taknya, last karok dengan diorang ni bulan 1 hari tu. Sangap derr.. Huu
Sabar menunggu giliran. Huu
Feeling habis si Yat ni nyanyi lagu Kangen Band. Haha
Freddy in action. Amazingly, update pulak lagu-lagu kat sini. Syamel ada, Haqiem Rusli ada. Wany Hasrita pun ada beb!
Haha. Korang tengok Space U8 ni. Baru pukul 1 kot, dah gelap camni. Tapi mall ni remain my favourite when it comes to meluangkan hujung minggu. Sebabnya, tak ramai orang, parking pun senang. Nak cari tempat makan pun ada banyak dekat area U8 ni.:-)
Snap gambar seround before balik.
Nak jugak. Diorang dah masak dengan habit aku ni. Sejak zaman belajar lagi. Huu
Singgah late dinner kat Khalifah. Tempat lepak zaman muda-muda dulu. :-p
Around 2.30 pagi, aku hantar diorang balik and made my way straightly to Rawang. Sampai rumah solat Isya dulu before ketiduran.

Okay lah guys, nak main Total War jap. Malam ni tak sabar nak tengok final match Newcastle kat Championship ni. Maklumlah, season depan dah main Premier League. Berjumpa lagi dilain entry ye. Till then, take care!

P/S: Saja main Napoleon: Total War ni balik, semuanya gara-gara tengok Miniseries Napoleon kat History Channel hari tu..:-)

No comments:

Post a Comment