Monday, October 3, 2016

Kisah AKU n Quatriz Langkawi Retreat - Dinner @ Laman Padi

Assalamualaikum,

Untuk aktiviti malam hari pertama di Langkawi, kami dibawa menuju ke Sea Shell Restaurant Laman Padi untuk makan malam. Sepanjang dalam bas memang kena bahan je sebab missed aktiviti petang tu. Apa boleh buat, lambat dapat information. Benda dah sedap tidur baru nak bagitau ada pertukaran tentatif. 
Ni lah pemandangan di Laman Padi. Kiri kanan ada petak sawah padi, so tak digalakkan pakai seluar pendek. Konfirm kenyang nyamuk kat sini sedut darah korang..:-) 
Sementara menunggu hidangan sampai. As it name suggest, restoran ini berkonsepkan tradisi orang Melayu. Baik dari segi jenis makanan, interior design dan customer service. 
Signature food di restoran ni ialah Nasi Periuk Kukus, yang boleh dimakan dengan 4 jenis lauk iaitu Ayam, Daging, Siakap dan Kambing. Aku confirm lah pilih kambing, all-time favourite.
Memang kenyang betul malam tu..:-)
Menunggu Shahrul habis makan, technically orang terakhir yang left the restaurant. Badan kurus, time makan macam ada saka dalam badan. Haha
Selepas makan, bas membawa kami ke Pantai Cenang. Disini kami diberi masa untuk bersiar-siar menikmati nightlife di Langkawi. Almost similar dengan nightlife pantai di Phuket dan Krabi, cuma bezanya takde aktiviti maksiat macam gayboy and pondan tiba-tiba tarik and cium korang on the spot. And of course, takde strippers club macam kat Patong. Hee
Cenang Mall, antara 4 mall yang terdapat di Pulau Langkawi. Ni pulak lebih kurang macam model Jungceylon di Phuket, cuma kecil sikit.
Penat berjalan cari massage full house, so kerusi massage pun jadi la..:-p
Apa benda yang serius sangat ni?
Bas mengambil dan membawa kami pulang ke Frangipani sekitar jam 11 malam. Mulanya kami plan nak cari tempat karok, tapi cancelled last minute sebab agak lewat. Sudahnya main poker je kat bilik Sufian sampai pukul 2 pagi.


Esoknya kami ada aktiviti laut, so stay tuned!

No comments:

Post a Comment