Monday, October 3, 2016

Kisah AKU n Quatriz Langkawi Retreat - The Arrival

Assalamualaikum,

Okay lah, agak lama jugak tak menghadap blog ni kan? Sibuk sikit minggu lepas, plus baru-baru ni aku berpeluang mengikuti company trip di sebuah pulau peranginan di Utara Malaysia ni. Jadi, ada lah sedikit entri aku nak share dengan korang semua. Seperti biasa, bila travel melebihi 3 hari ni aku suka guna format location basis, rather than day basis. Since satu tempat pun dah bersepah gambar, kalau buat day basis nanti crowded pulak. A lot of stories. Buckle up guys!
Malam hari Khamis tu seawal jam 10 malam lagi aku dah memandu keseorangan ke our meeting point di Marissa Restaurant, Bukit Jalil. Our plan is to meet/park in one of our friend house there and berangkat in a less car as possible, park di KLIA 2 where we can share the equal portion. Selepas lepak sekejap, kami bersepuluh in 3 cars bergerak menuju ke KLIA 2 dan sampai sekitar jam 3 pagi.
Since Khamis tu kerja as usual, most of us memang tak cukup rehat. So, ada yang keletihan and chose to tidur.
Eh mana hang Farid? Nampak tak kaki sebelah brader jaket cekelat tu? Haa, tu lah kaki aku..Haha. Aku pun tewas jugak hari tu, ngantuk gile..:-p (Haa, nak bagi tau ni. Kalau nampak ada gambar yang takde watermark blog sepanjang travelogue Langkawi aku macam gambar kat atas ni, tu maknanya gambar ni aku cedok dari shared company pictures so, credit in advance for the owner. Cheers!)
Boarded around 7AM and take off sekitar jam 7.30 pagi.
With Syah, from System Development Department.
Pemandangan didalam kapal terbang, 32000 ft. above the sea.
Touch Down! Penerbangan ke Langkawi melalui jalan udara dari KL mengambil masa sekitar 40 - 50 minit bergantung kepada keadaan cuaca.
We met and greeted by our guide from Asian Overland Services Tours & Travel, dimana selepas itu kami dibawa ke destinasi pertama kami di Langkawi. Bukan terus ke hotel penginapan, tetapi straightly to the Oriental Village. Nak tahu apa kami buat kat sini? Jom kita selak next entry..:-)

No comments:

Post a Comment