Assalamualaikum,
Hari ni kami dapat day off from Wayne after managed to secured our target sales semalam. Dulu dengar je from Ernie pasal insentif ni, laa ni dapat merasa sendiri walaupun belum sampai sebulan pun aku kat sini. Esok, aku and my brotherhood akan ke Thailand for our year-end trip and aku pulak sempat bercuti-cuti Malaysia hari ni kat Kuala Selangor menggunakan cuti free hari ni..:-)
Seawal jam 8.30 pagi aku dah sampai ke office untuk amik check gaji, dan juga buat kerja sikit. Office bukak setengah hari je, since our Finance need to clear some works. Dalam pukul 10 pagi, aku keluar from Setiawangsa dan menuju ke Kuala Selangor.
Sampai kira-kira pukul 11 pagi. Terus ke Bukit Melawati. Dah lama sangat aku nak menjejak kaki kat kubu pertahanan yang ancient ni. Selalu baca je dalam buku, akhirnya sampai jugak.
Bukit Melawati or Kota Melawati or Kota Kuala Selangor ini dibina oleh Sultan Ibrahim of Selangor Sultanate untuk mempertahankan jajahannya from Belanda dan Johor. Kota ini juga merupakan pusat pentadbiran ketika pemerintahan beliau.
Kat sini ada some historical attractions, contohnya Rumah Api Bukit Melawati, Batu Hampar, Makam Diraja, Telaga Tujuh, Tangga Seratus, Meriam Penggawa, Telaga Beracun dan juga pelbagai jenis spesis monyet yang banyak. Tapi tu lah, aku tak sempat nak visit kesemua attractions yang ada atas kekangan masa. In Sha Allah, aku akan kesini lagi and show you guys some good pictures, okay!
Bergambar bersama sebuah meriam yang dihalakan menghadap Selat Melaka. Kubu ni mempunyai meriam-meriam yang dihalakan keempat-empat penjuru dan yang paling banyak ialah berhadapan Selat Melaka dan Sungai Selangor.
Destinasi aku seterusnya ialah ke Plaza Kuala Selangor@1 Plaza di tengah-tengah Bandar Kuala Selangor. Sini merupakan tempat yang sesuai untuk berhibur since ada LFS Cinema, pusat karaoke dan entertainment. I had my Star Wars experience kat sini, memang tip top ceritanya. Highly recommended untuk peminat-peminat filem sains fiksyen. A-Class!
Berjalan-jalan di sekitar Kuala Selangor. Tapi memang terik tadi, belum sampai Thailand dah burn..huu
Singgah pekena Mee Rebus dan Cendol Bakar Kuala Selangor. Gerai ni terletak di Kampung Assam Jawa, Jalan Bukit Rotan. If you guys nak ke KS from LATAR, memang akan perasan gerai ni. Punya besar banner, kalau tak nampak tak tahu lah..haha
Dalam pukul 5 petang, aku bergerak pulang ke rumah. Mak dah telefon, dia ingatkan aku pergi office sekejap je..huu.
Sampai rumah, berehat sekejap and amik ayah kat Terminal Bukit Beruntung. Then join melepak dengan geng Otai kat Salam Sentosa. Aku kenal diorang ni time pergi kerja naik bas dulu..:-)
Dia punya Naan Cheese + Kari Kambing memang terbaik. Kalah semua restoran Mamak yang ada kat Malaysia ni..huu
So, that's my short entry mengenai my quick retreat at Kuala Selangor. Serius I need to come here again. Banyak attractions yang aku tak visit lagi - Fireflies, Eagles, Fishing Villages, Pantai Remis and of course, seafoods!
No comments:
Post a Comment