Assalamualaikum,
Tanggal 17 Julai 2015, umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri, hari kemenangan muslimin dan muslimat didalam perang melawan hawa nafsu pada Ramadhan 2015 yang baru sahaja meninggalkan kita semua. Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana masih diberi peluang oleh Tuhan Maha Pencipta untuk merayakan Aidilfitri pada tahun ini.
Macam biasa lah snap satu dua gambar dulu before ke masjid..:-)
Hari raya pertama dimulakan dengan menunaikan solat sunat Aidilfitri di Pekan Bota. Boleh tahan ramai jugak tahun ni, sampai kena sembahyang kat luar. Tahun lepas dapat saf ketiga beb!
Perghh, memang combination paling mantap. Lemang jagung dihidang dengan rendang tok dan ayam cili. Tip top!
Mr. Gani's family, serba coklat semuanya..-)
Acu Nani bersama family. Tahun ni raya pertama ada 2 family je. Family Acu Nani and family kitorang.
Testing monopod tahun lepas. Nasib baik boleh pakai lagi, cuma loose sikit.
Along bersama bodyguards. Nak kenal dengan dia? Hadap kitorang berdua dulu, lepas test, baru boleh proceed..hehe
Jimat duit raya tahun ni, ramai yang tak balik..haha.
Paling straightforward.Paling penuh nasihat dan teladan..haha
Paling emotional, sampai menangis-nangis. Ikhlas dari hati katanya..:-)
Terbungkang while menerima tetamu yang extra ramai dari jiran-jiran sebelah rumah. Aku perasan ada sorang mamat tu pakai baju raya pelik gila, serius macam gampang stail baju ko bro..hahaaaa~
Raya mai lagi weii!! Dah macam tradisi pulak amik gambar pakai shades ni.
Lepas Solat Jumaat, family Acik Pendi sampai from Shah Alam, diikuti family Acik Man from Kinrara.
Bermain bersama Raisha, anak perempuan Acik Pendi yang montel..;-)Dalam pukul 3 petang, kami sekeluarga bergerak ke kampung belah ayah di Parit.
Dah tukar jubah pulak bro ni. Ni lah salah satu contoh Melayu nak jadi Arab..huu, no offense.
Mak dan along. Kat sini takde buat apa sangat. Bersembang dengan sedara mara je. Macam biasa lah nak menjawab soalan pasal kerja, kahwin dan sebagainya..:-)
Atuk pun tak berapa sihat sangat sebenarnya, baru je discharge from Changkat Melintang sehari sebelum raya tempoh hari. Kurang gula dalam badan kata doktor.
Raya tahun ni kurang kick unlike tahun lepas, but then masih bersyukur kerana masih diberi peluang berkumpul bersama ahli keluarga yang lain. Malam raya pertama tak buat apa pun, sambung main PES je..huu
P/S: Klik next untuk entri seterusnya.
Raya tahun ni kurang kick unlike tahun lepas, but then masih bersyukur kerana masih diberi peluang berkumpul bersama ahli keluarga yang lain. Malam raya pertama tak buat apa pun, sambung main PES je..huu
P/S: Klik next untuk entri seterusnya.
No comments:
Post a Comment