Sunday, July 5, 2015

Kisah AKU n Ramadhan 2015 - Day 17

Assalamualaikum,

Hari ni nak share aktiviti hari ke 17 Ramadhan tahun 2015. Semalam seharian aku berada kat Shah Alam, pagi dengan family, petang pulak dengan rakan-rakan seperjuangan ketika menuntut kat UiTM dulu.
Pukul 10 kami gerak from Sungai Buaya ke Shah Alam, family nak beli baju raya kat Jakel Mall. Lepas drop diorang, ingat nak cari parking tapi pusing 2-3 kali pun tak jumpa. So, aku pun terus menuju ke kawasan residential PKNS Seksyen 7.
Singgah "safe house" aku kat Shah Alam, 2 tahun setengah duduk flat ni memang banyak kenangan pahit dan manis. Dulu kalau tension, lepak kat balkoni ni sambil tengok budak-budak beriadah kat taman bawah tu. Tenang je..:-)
Haa, ni lah tingkap bilik aku. Langsir still pakai yang aku punya dulu..:-p
Around 2, kami meninggalkan bumi Shah Alam. Singgah Rawang jap nak upgrade broadband kat Celcom Center, sampai rumah pukul 4 petang.
Pukul 5.40 petang aku gerak ke Shah Alam balik since dah janji dengan Joe dengan Yat nak buka puasa dengan diorang.
Unlike tipikal reunion + iftar kat restoran-restoran yang selalu orang buat, kami punya approach lain sikit. Cari makanan kat bazaar and berbuka puasa kat rumah sewa mengimbau kenangan Ramadhan time bergelar mahasiswa dulu.
Lepas Isya kami bertiga merayau-rayau dalam UiTM dan of course, tempat yang paling nak lawat sekali semestinya fakulti kebanggaan kami ni - FSPPP.
Perghh, ofis aku dulu ni. Rindu beb zaman belajar dulu. Walaupun kena menghadap assignment, exam etc, but ni lah time dimana kita mampu enjoy dengan kawan-kawan to the fullest.
Aku banyak spend time kat Blok D ni dulu. Kelas, lecture hall, surau, SMF and SASea offices, student lounge. Semuanya ada kenangan tersendiri.
Mercu tanda kebanggaan UiTM - Menara S&T, the house of Fakulti Kejuruteraan
Berselfie sebentar sebelum meninggalkan fakulti ni.
Terima kasih FSPPP untuk peluang menuntut kat sini selama 3 tahun. Tengok apa yang alumni-alumni yang datang melawat kau semalam buat sekarang ni? Alhamdulillah, semua dah ada karier masing-masing.
Destinasi seterusnya ialah Plaza Alam Sentral, tempat melepak kami dulu. Rasanya dah boleh guess kot apa yang kitorang buat kat sini kan?
Dah agak dah, mesti aktiviti berkhasiat ni..haha
Sejam je semalam. Time on the way nak balik ada lah lalu satu bilik karok tu, ada couple tengah berporno pulak. Nak buat 3gp pun tutup lah lampu bro, bagi gelap sikit..haha
Amik Pok Jad and then sambung keluar balik berjalan-jalan area Shah Alam and menutup aktiviti malam tu kami bersahur di port biasa pukul 3 pagi kat Hakim Unisel. Pastu, tumpang tidur jap kat rumah sewa diorang, barai doe mata tak tidur since pukul 8 pagi semalam, plus takde kerja aku nak meredah Guthrie tu pagi-pagi buta tu..:-)
Pukul 8 pagi aku bergerak meninggalkan Shah Alam, lengang beb Guthrie. Sedap je tekan minyak tadi. Sampai rumah pukul 8.40, then sambung tidur.

P/S: Leads research satu apa pun tak buat lagi, habis lah aku esok..:-(

No comments:

Post a Comment