Assalamualaikum,
Ini merupakan entri penutup untuk Diari Raya aku untuk tahun 2015 dan ianya covered aktiviti-aktivit yang aku buat pada hari kedua dan ketiga Syawal tahun ini.
Ini merupakan entri penutup untuk Diari Raya aku untuk tahun 2015 dan ianya covered aktiviti-aktivit yang aku buat pada hari kedua dan ketiga Syawal tahun ini.
Pagi raya kedua ni ada surprise, bangun je pagi ternampak kereta Waja Acu Keon kat sebelah tempat membakar tu. Dalam hati "Balik jugak bro ni rupanya, memang surprise kali ni.." haha
Kitorang tak pergi mana pun raya kedua ni, cuma petang tu ke Tesco Seri Iskandar beli barang-barang nak buat barbeque..haha, macam biasalah aktiviti wajib Esah & Co. setiap tahun since 2010. Tak caya? Pergi lah selongkar blog aku since entri raya 2010. Kalau betul, bak sini 50 hinggit..huu
Cari arang, ayam segar, daging burger, hotdog, fishball, sos pelbagai perisa and fire starter. Tempat membakar semua dah ada. Tapi yang peliknya kenapa gambar atas ni tak nampak pun barang-barang yang kau cakap tu Farid?
Dah cari barang kereta pulak..:-p
Orang time raya ni lah nak pergi beraya rumah sedara mara. Yang sini buat barbeku malam-malam. Rileklah, raya sebulan beb..:-)
Tempat membakar dipasang dengan kereta sorong. Inovatif dan kreatif, kampung style.
Set karaoke nya ada, tapi terlupa nak bawak kabel wayar untuk mic. Langsung tak dapat nak berkarok, sudahnya tengok cite Taken 3 je ramai-ramai.
Ahh..down la camni tak dapat nak menganggu keharmonian kampung ni..lol punya ayat..:;-p
Pagi raya ketiga pulak diorang keluar beraya, aku cuci kereta.
Perghh, shine bright like a diamond..haha
Tahun ni baju raya aku satu je, hat yang baju melayu tu je. Yang kemeja-kemeja camni semua recycle tahun-tahun lepas punya. Yang recycle tahun 2011 pun ada tau..huk
Senyap-senyap ke Seri Iskandar.Since dah ada kereta sendiri ni, bukan main seronok lagi nak tambah aksesori dalaman untuk Myvi aku tu. Tengok je, bukan beli pun. Nak jimat sikit ni, belum gaji.:-)
Asalnya nak cari klinik, mak tak berapa sihat sangat. Tapi tak de yang bukak pun, ini lah masalahnya kalau duduk kat kawasan Melayu. Sekali time festival macam ni, berkurun tutup kedai..:-p
Dua orang anak teruna En. Gani dan Pn. Sulina. Eh terlupa pulak, raya ketiga ni ayah aku menghadiri Majlis Reunion "Iskandarian"anjuran SMK Iskandar Shah (SEMEKIS), Parit.
Singgah lunch kat KFC Seri Iskandar, nak buat camne restoran Melayu satu pun tak open.
Suci je muka..haha. After lunch, terus balik and sampai je family Mak Yong dah tunggu kat depan rumah. Malam nothing special pun yang kitorang buat, masing-masing buat kerja sendiri. Ada yang berborak, tengok Astro, main video games, yang menangis pun ada (Raisha sorang je..huu).So, dengan berakhirnya entri ni maka tamatlah juga ceritera raya aku di kampung untuk tahun ini. Duit raya? Apa tu, sejenis kuih ke? huu, tahun ni dapat RM 10 from atuk. Thanks atuk! For those yang sudi membaca, thanks in advance tau. Akhir kata, selamat berhari raya kepada you guys semua, semoga raya korang diisi dengan aktivit berfaedah dan dibawah rahmat Allah. As usual, andai ada tersalah kata atau ada pandangan radikal aku dalam blog ni, or unreply comment, harap dimaafkan dari hujung rambut sampai lah hujung kaki ye.
No comments:
Post a Comment