Monday, July 20, 2015

Kisah AKU n Ramadhan 2015 - Day 30

Assalamualaikum,

Hari ni dah pun masuk hari ke empat Syawal, dan rasanya belum terlambat lagi untuk aku mengucapkan selamat menyambut hari raya kepada rakan-rakan yang beragama Islam. Okay seperti tahun-tahun sebelumnya, sila lah menghadap 3 entri wajib untuk diari raya En. Farid ni..:-)
Tahun ni first time drive balik Perak with Myvi aku yang kiut ni. Mak ayah naik Waja, while aku ditemani adik and along. 
Kami gerak pukul 3 pagi dari Sungai Buaya, singgah sahur kat Batu Gajah and sampai kira-kira pukul 7 pagi. Highway memang sesak from Sungkai hari tu, so kami masuk jalan lama yang memang clear gila.
Sampai kampung je terus terlelap sampailah pukul 12 tengah hari, ngantuk bai tidur 2 jam je malam tu.
Lepas Zuhur, tolong lah buat kerja memasak sikit-sikit. Tak tolong karang kena leter pulak..huhu
Lemang jagung Opah aku ni memang femes tau kat sini. Bukan kat sini je, kat IPD Putrajaya pun terkena tempiasnya..;-p
Sekejap je jaga api tahun ni, ada lah 10 minit je.
Ke Seri Iskandar dengan Acik Zul, nak mencari lampu lip-lap untuk buat decoration depan rumah.
Acu Keon tak balik tahun ni, konfirm tak balik sebab biasanya kalau dia nak buat surprise pun biasanya dalam pukul 4 petang tu dah sampai, tapi dah pukul 5 pun memang tak nampak batang hidungnya..haha
Proses memasang panjut di sekeliling rumah.
Bukan main berlakon lagi part ni..haha
Dalam pukul 6 petang, aku dengan adik ke Bazaar Ramadhan Bota Kanan..:-)
Azan Maghrib menandakan masuknya waktu berbuka untuk hari terakhir Ramadhan pada tahun 2015 ni.
Lepas bertakbir, main PES dengan si Faris ni. Boring siot malam raya aku tahun ni, memang jelas dengar bunyi cengkerik hutan malam tu..haha
Minum air "Mak Kau Hijau" resepi Acu Nani. Apa nama air macam tu, lol betul..huu

P/S: Queuing in line - Diari Syawal, nak tahu, sila lah baca..thanks in advance!

No comments:

Post a Comment