Assalamualaikum,
Boleh tahan lama jugak tak update blog ni. Agak busy dengan kerja kat ofis, event CFO tu pun dah nak sampai ke penghujung so lagi agresif lah aku dengan Abdul rolling balik client-client lama. Minggu first and second untuk Mei ni nampaknya bagi permulaan cantik dengan aku berjaya secured another 2 delegates dari Indonesia. Alhamdulillah, semoga baki minggu terakhir before event ni terus menghadiahkan deals lagi untuk team kami.
Hari ni aku meluangkan masa keluar berjalan-jalan with my siblings. Selalu lepak dengan kawan-kawan je, sampai tak dapat nak hangout dengan adik beradik. So, tadi sempat lah curi masa sikit bawak diorang keluar dari Sungai Buaya ni.
My younger brother, Faris namanya. Baru je habis belajar kat Matrik Gopeng, sekarang tengah cuti panjang. Sembang tadi kata tengah apply jadi guru ganti kat Sekolah Agama An Nur kat area rumah aku tu..huu
Haa, ni pulak my elder sister, Darina namanya. Rasa macam tak payah kot nak ulang-ulang profil dia ni lagi..:-p
Kitorang lepak kat AEON Rawang je tadi, tak dan pulak nak berjalan sampai KL.
Aktiviti petang tadi, tengok Avengers: Age of Ultron (second time tengok.huhu). Ingat nak layan Pitch Perfect 2. Plus, adik aku yang nak tengok sangat Avengers tu. Layan kan je la..:-)
Lepas tengok movie, cari buku sikit kat Popular, and aktiviti wajib mencari video games baru., walaupun laptop dah uzur gila..haha
Welfie adik beradik. Kalau nak tau, ni lah first time kami bertiga keluar lepak sama-sama dan juga naik Myvi aku..huhu
Dalam pukul 6.30, kami bergerak meninggalkan AEON Rawang dan terus ke Bukit Beruntung.
Plannya nak dinner keluar dari Rawang, malas nak terperangkap dengan trafik. So, we had our early dinner kat KFC Bukit Beruntung ni, dapat menyembang lama sikit. Kalau dinner kat Rawang nanti rushing pulak nak balik rumah..:-)
So, itu lah cerita petang tadi tentang masa berkualiti yang dikongsi bersama adik beradik. Memang betul, kadang-kadang walau sibuk mana kita dengan hal kerja, kawan-kawan ofis/sekolah. Try lah spend masa dengan family, or at least your siblings, you guys will see the differences.
No comments:
Post a Comment