Friday, April 25, 2014

Kisah AKU n Pertandingan Mencipta Logo Persidangan ASEAN 2015

Assalamualaikum, seperti dimaklumkan didalam blog ni. Aku merupakan salah seorang Jawatankuasa Perlaksana bagi Pertandingan Mencipta Logo Persidangan ASEAN 2015. Program ni merupakan kerjasama diantara Sekretariat Induk Logistik ASEAN 2015 from Kementerian Luar Negeri Malaysia, Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi, Universiti Teknologi MARA Malaysia dan juga Student Association of South East Asian Affairs (SASea). Sebagai Ketua Biro Informasi & Publisiti, adalah merupakan tugas aku dalam merangka pelan dan execution method bagi mempromosikan program ini.

Jadi, aku disini mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk menyertai program gilang gemilang ini. Bagi sesiapa yang berminat, boleh lah melawat pautan blog rasmi bagi pertandingan ni yang didesain oleh aku sendiri.

  1. Pertandingan Mencipta Logo Persidangan ASEAN 2015
  2. E-Mail Rasmi Pertandingan
Segala maklumat berkaitan pertandingan seperti latar belakang pertandingan, senarai penganjur, borang, spesifikasi/konsep logo, terma dan syarat berserta hadiah yang ditawarkan boleh didapati didalam blog rasmi itu. 
Poster ni aku reka tau..huu. Haa, apa tunggu lagi - jom lah masuk. Mana lah tau dapat menang ke. Pemenang bukan saja dapat grand prize sebanyak RM 5000 tu, malah logo rekaan korang yang marvellous tu akan digunakan didalam Persidangan ASEAN 2015 Malaysia yang highly prestij. Tak rugi pun try. Aku kalau ada chance boleh je nak try, tapi since aku ni committee, so tak boleh la nak masuk..:-)

Ok lah, goodluck untuk semua yang berminat untuk join competition ni. Kalau nak tanya aku sendiri pun boleh, takde masalah. Till then, take care Malaysian!

6 comments:

  1. Salam.... nak tanya sikit bole... kalau saya masuk...ada dpt tak sijil penyertaan? Kalau menang..itu bonus..tp kalau tak menang..dpt sijil pun alhamdulillah. ..sbb ada gunanya sijil tu utk perkhidmatan saya... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam, sijil penyertaan akan diberikan kepada top 20 sahaja.

      Delete
  2. Salam. Kalau penyertaan saya sampai kpd urusetia hari Isnin, diterima tak (closing date Ahad 25/5)? Memandangkan post ofice beroperasi pada hari bekerja saja, takut pos express saya sampai selepas tarikh tersebut. Harap urusetia pertimbangkan.

    *Saya baru tahu pertandingan ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam

      Boleh, asalkan yang softcopy sampai ke urusetia sebelum tarikh tutup. Yang hardcopy kami terima mengikut "postal rule".

      Terima kasih dan selamat berjaya

      Delete
  3. Bile keputusan boleh dapat ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erm yang tu saya tak berapa pasti sebab kami jawatankuasa perlaksana dah pun selesai kerja kami, dan sekarang ni semua urusan diletakkan dibawah Kementerian Luar Negeri.

      Delete