Tuesday, May 23, 2023

Kisah AKU n QuickBI Training @ VE Hotel & Residence Bangsar South

Assalamualaikum,

Untuk dua hari ni aku bersama kira-kira 25 orang rakan sekerja from various division di Touch 'n Go telah menghadiri sebuah training yang bertempat di VE Hotel & Residence yang terletak di Bangsar South. Since event pukul 9, seawal jam 6.30 pagi lagi aku dah gerak from rumah. Sampai venue dalam jam 7.30, then cam biasalah rendahkan seat pastu tidur. Huhu

Kursus ni bertujuan untuk mengajar kami how to apply QuickBI system data visualization bagi tujuan reporting. Sekarang ni pun memang aku guna benda alah ni almost every week , cuma most of report yang aku buat tu simple je. Yang kursus ni pulak kita macam mana nak guna advanced functions, variety of charts reporting etc. Training dikelola oleh trainer kami yang mempunyai pengalaman hampir 20+ tahun with Data Analytics, Dr Kuang Kee Seng
First day outfit, macam biasalah kena bergambar depan cermin toilet. Kali ni tak pakai blazer pun, normal office outfit je. Tengok member lain pun pakai smart casual je. Huhu
Venue training yang nice..:-)
Unlike training yang aku attend kat Sheraton hari tu, yang kali ni santai sikit. Trainer ajar teori then terus buat praktikal. Aku pulak bernasib baik sebab ada basic, so mudahlah faham.
Makan kat sini pun best. Maklumlah makan free, pastu hotel masak pulak. Mestilah syok. Hehe
Lepas lunch sambung training sampailah jam 5.30 petang. Sudahnya memang bercinta dengan jem je lah, sampai rumah nak dekat jam 8 jugak. Actually around pukul 7 tu dah sampai R&R Rawang, cuma power nap sekejap sementara nak tunggu Maghrib. 
Wife dengan anak-anak aku mintak tolong ayah pickup. Thank you ayah, you're the best!
Hari kedua punya outfit, takde nak tuck in kali ni.
Content pun sama jugak. Tapi kali ni dah masuk advance stage, berkerut jugak dahi aku nak hadam input yang trainer bagi. Haha
Hari kedua ni habis awal, pukul 1 petang settled. Macam biasa ada lunch disediakan, tapi aku tak balik ofis pun hari tu. Ada back-to-back meeting jam 2.30 dan 3.30, so buat dalam kereta je. Habis meeting terus balik Rawang. Haha. Nampak gambar ni? Ofis TNG depan tu je, row number dua..:-)

So itu sahaja quick entry minggu ni. Ingat nak update kejayaan Newcastle menempah slot UCL. Tapi hujung minggu nantilah after final match of the league. Boleh update final position sekali, dan juga summary performance team kesayangan aku ni.

No comments:

Post a Comment