Friday, April 21, 2023

Kisah AKU n Ramadhan 2023 - Wk3

Assalamualaikum,

Majlis Raja-Raja pun dah umumkan yang hari Sabtu merupakan tarikh Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2023. Pagi ni aku dan family akan berangkat pulang ke Perak. Lama tak balik raya pertama kat kampung aku ni. Laa ni aku nak share cerita minggu keempat Ramadhan 2023.
Jumaat lepas aku balik Melaka. Since hari tu aku WFH, so aku pickup the kids first and ke Rawang untuk ambil Ija. Challenging bhai drive kereta nak menghandle dua ketul ni. Yang sorang tak tau dok diam kat seat belakang, Yang kat depan pulak practice somersault. Haha
Seperti yang dijangka, jalan tak sesak sangat tapi agak padat dengan kereta. Kami gerak from Rawang dalam jam 6 petang, dan sampai R&R Ayer Keroh around 8.10pm
Singgah berbuka puasa di R&R.
Apa benda sampai terjelir lidah tu. Huhu
Laa, tengok abang Fariq makan aiskrim ke..:-p. Kami sampai Serkam dalam jam 10 malam jugak. Drive pun rileks je takde rushing.
Esoknya jadi supir bawak wife dan adik beradik ke Merlimau. Nak cari tudung raya. 
Budak ni tengok Keluang Man.
Yang sorang ni elok membuta. Huhu 
Tah bila nak siap surau ni. Dah nak dua kali Raya pun tak siap lagi.
Petang, kami ke Bazaar Ramadhan Serkam Darat cari juadah tambahan.
Malam seperti tahun lepas aku ke Masjid ar-Rahman untuk menunaikan solat Terawih berjemaah.
Pagi Ahad, seawal jam 10 pagi lagi kami dah bergerak pulang ke Sungai Buaya. Memang kena balik jugak hari tu sebab family Along balik. Aku pulak memang dah reserved Iftar session dengan family.
Macam pernah kulihat building ni, tapi dimana ya?
Venue iftar kami sekeluarga tahun ni ialah di Mohd Chan @ Sungai Buloh yang berlokasi di The Lightbox, berhampiran ofis lama wife.
Aku berbesar hati nak belanja family, also nak celebrate my promotion dengan diorang.
Haha, apa buat muncung macam tu Iman.
Ada lah a few foods yang aku recommend hari tu, basically my personal favourite lah bila makan kat Mohd Chan ni.
Azan Maghrib menandakan telah masuknya waktu berbuka bagi Sungai Buloh dan kawasan sekitarnya.
Yum-yum.
Sekitar jam 8.30 malam, kami sekeluarga pun bergerak pulang ke rumah. Tapi melencong sikit ke R&R Rawang ayah kata nak pekena teh tarik dulu.
Sempatlah bebudak ni main kat playground yang ada disediakan kat sini.
Teh tarik session with da' family. Balik rumah kami meneruskan our next activity, iaitu quick birthday celebration bagi meraikan ayah dan emak yang menyambut hari lahir mereka pada 12 dan 18 April, respectively.
Selamat Hari Lahir yang ke-61 buat ayah, dan juga yang ke-57 untuk mak. Semoga dikurniakan umur panjang yang diberkatiNya serta dimurahkan rezeki. Amin In Sha Allah.
Sesi bergambar bersama anak-anak yang tersayang
Okay dengan cucu pulak.
Dan akhir sekali, group photo beramai-ramai.
Ajak anak-anak main bunga api sekejap before we end our event malam tu.

Okaylah, itu sahaja cerita lepas sahur ni. Jap lagi dah nak balik Perak, aku ingat nak power nap sekejap sebab sure lepas ni kita akan bercinta dilebuhraya. Bahahaha.

P/S: Ingatkan raya terkejut, sekali aku yang terkejut sebab raya kali ni ada buffer sehari. Huhu

No comments:

Post a Comment