Sunday, April 9, 2023

Kisah AKU n Ramadhan 2023 - Wk 2

Assalamualaikum,

Malam ni suka aku nak share cerita Ramadhan minggu kedua untuk tahun 2023. Apa-apapun jom kita bukak cerita dengan cerita di office dulu.
Hari Jumaat lepas bersamaan 31st Mac 2023, bos B&G call aku via Teams. Seperti kebiasannya, hari terakhir bulan Mac ni bos kena call staff untuk privately announced result appraisal. So, turn aku pukul 11 pagi. Alhamdulillah, akhirnya usaha keras aku untuk setahun ni berbaloi jugak dengan bonus sebanyak X bulan, followed by promotion ke managerial position - Lead, Business & Client Engagement. Kalau tanya aku, ni sebenarnya adalah promotion yang tertangguh. Why? Sebab aku originally interviewed by Touch 'n Go tiga tahun lepas sebagai Assistant Manager. Tapi since time tu working experience aku belum cukup qualify, HCD dan bos AJ proceed untuk hired aku as Senior Executive dulu after mengambil kira last position aku kat Quatriz as an Executive walaupun buat kerja HOD. Haha. So ceritanya they will automatically reinstate my original post after setahun, provided KPI aku perform lah time tu. Dan terbukti KPI aku untuk tahun pertama memang okay, cuma instead of dapat apa yang dijanjikan, aku kena transfered to Parking Unit dengan masih retain position yang sama. Terkilan jugak time tu, tapi sebab takde choice aku pun redah je since time tu dalam MCO. 
Dua tahun lepas tu, akhirnya dapat jugak promotion ni. A lil bit late but aku berpuas hati sebab management baru nampak jugak potensi aku ni. Saja lah nak tunjuk title baru. Hihi
So, hari Sabtu aku bawak wife dan anak-anak ke Kinsen Homes @ Bandar Utama. Memang kami dah plan nak kesini untuk beli perabot baru. Tapi dulu memang ada cakap kat wife dulu, kita beli based on berapa berapa aku dapat from bonus. If banyak, boleh lah beli banyak jugak. Haha
Amboi Fariq bukan main santai tengok pemandangan jalan raya yang lengang. Huhu
Tengok-tengok dulu
Luas jugaklah showroom Kinsen ni dan of course memuatkan perabot-perabot moden yang tentunya menjadi pilihan kami.
Iman pun nak ambil gambar jugak dengan ibu, Ija sebenarnya dah survey dekat FB dulu, so memang hari tu dayang nak confirm purchase sahaja. Huhu
Sign dulu.
Okay, delivery 19 April memang ngam aku WFH. Ada lah dapat kurma sekotak, courtesy from Kinsen Homes @ Bandar Utama.
Dalam jam 6.30 petang kami pun bergerak pulang. Mula-mula ingat nak menyinggah mall tapi semacam malas pulak. So, terus balik je dan menyinggah untuk berbuka puasa di R&R Rawang. 
Simple and quick Iftar di A&W
Nyum-nyum. Sebenarnya aku pun tak tau nak makan apa kat R&R Rawang ni. Dah ini je proper restaurant yang ada kat sini. Bukat tak nak makan dekat luar, nanti ada pulak budak yang mengamuk tak dapat main mini playground depan Dunkin Donuts tu. Haha
Lepas Terawih aku meluangkan masa bersama Fariq main bunga api depan rumah.

Itu sahaja cerita minggu kedua Ramadhan aku tahun ni. Alhamdulillah banyak rezeki yang Allah bagi. Kesimpulannya kita sebagai hambaNya ni mestilah selalu bersyukur dan juga menjaga hubungan denganNya. In Sha Allah, tuhan pun akan tolong permudahkan segala urusan kita. Semoga aku terus istiqamah. Amin.

P/S: Newcastle menang lawan Brentford hasil jarangan Joelinton dan Isak. Kemenangan kelima berturut-turut dan kami sekarang berada di tangga ketiga liga. Cuma tinggal 8 games sahaja, harapnya dapat terus konsisten dalam memburu slot ke UCL. Amin

No comments:

Post a Comment