Tuesday, December 13, 2022

Kisah AKU n Irham's Wedding @ Axis Fiesta Ampang

Assalamualaikum,

Malam ni barulah berkesempatan nak menaip entri. Agak busy dengan training sehari dua ni. Baiklah, seperti title entri ni yang tertera diatas, Ahad lepas aku dan keluarga sempat attend wedding my long distance relative di Ampang, to be exact majlis perkahwinan my dua pupu.
Hari Ahad, aku dan ayah bergerak dari rumah seawal jam 11 pagi ke venue majlis yang berlangsung di Axis Fiesta Mall @ Ampang. Memang ramai kerabat yang datang hari tu. Tapi dapat sembang sekejap je atas kekangan masa since kami kena balik awal atas urusan lain. Dalam gambar: ayah bersama kakak dia yang hadir dari Seremban
Eh Iman pun ada? Senyum je hari tu, mentang-mentang lah abang Fariq takde.
Si Fariq ni memang tak nak ikut, nak main dengan Mikail katanya.
Wife asalnya tak nak pergi, tiba-tiba tukar plan nak ikut. Maybe sebab dengar venue dekat shopping mall kot. Huhu
So kesudahannya bawak lah sekali si kecik sorang ni.
Aku pun nak bergambar jugak. Hihi
Syok tengok pengantin masuk dewan, sekali dengan bunyi kompang. Bukan main excited lagi. Sabar eh dik, tunggu lagi 25 tahun..:-p
Bergambar kenangan before beredar meninggalkan majlis sekitar jam 1 petang.
Hujan lebat membasahi bumi Lembah Klang. So faham-faham je lah KL ni, asal hujan je jem. Sampai rumah around pukul 3pm jugak. Elok je sampai memang terus buat sesi penyerahan Axia kepada my in-law, entry boleh klik link ini

Okaylah, itu sahaja cerita malam ni. Nak kena tidur awal lagi since esok ada training hari kedua di venue yang sama.. Apa-apapun, sekali lagi tahniah kepada Irham dan pasangannya Farhana. Semoga ikatan yang dibina kekal hingga ke akhir hayat dan sentiasa berada didalam rahmatNya. Amin In Sha Allah.

No comments:

Post a Comment