Tuesday, December 27, 2022

Kisah AKU n Family Vacation @ Penang - Day 1

 Assalamualaikum,

Fuhh, letih beb hari ni. Rasa macam nak tidur terus je, tapi kalau tak update karang asyik bertangguh pulak. Okaylah, nak story sikit pasal my short vacation bersama family tercinta.
Kami gerak asing hari Jumaat tu. Mak ayah dan Along gerak seawal jam 8 pagi. Aku pulak lewat sikit around jam 9.15 pagi. Tak dan nak breakfast sama, memang cakap jumpa kat Penang je nanti.
Masuk Terowong Menora sekitar jam 12. Jalan tak jem, tapi banyak kereta.
Eh ada budak tengah mengendap lah. 
Fariq tak buat bising sangat dalam kereta hari tu. 
Crossing Jambatan Kedua around jam 1 petang.
Since check-in pukul 3 petang, kami sekeluarga meet up di Restoran Danish Briyani @ Batu Feringhi, kat sana we had our lunch together. 
Layan jugak makan Briyani kat sini. Special thanks to Along yang jadi coordinator vacation kami tahun ni.
Muka-muka lapar. Sebenarnya yang betul-betul lapar family aku je. Sebab kitorang tak breakfast lagi, yang diorang ni semuanya dah breakfast kat RTC Gopeng. Yelah dah aku gerak sejam lambat, nak catchup diorang lagi.
4pm - Sampai ditempat penginapan kami selama 3 hari 2 malam ini di Tanjung Point Residence @ Tanjung Tokong.
Sedikit gambar didalam bilik keluarga aku. Since aku bayar lebih, dapat lah view laut ni. Dua bilik yang lain pun ada seaview jugak, cuma bilik aku ni master bedroom. So luas sikit..:-)
Nice.
Selfie bersama anak-anak..:-)
Amik gambar sikit kat balkoni berlatarbelakangkan Laut Andaman.
Jom kita tengok apa lagi yang ada dalam rumah ni
Dekat dapur ada induction stove, microwave, fridge. Kita juga boleh pakai pinggan mangkuk yang ada, cuma kena call receptionist. Nanti diorang akan hantar orang untuk unlock cabinet tu. Tapi bear in mind, bila dah pakai kenalah basuh or else korang akan kena charge RM 100 untuk cleaning services.
Mak macam biasalah akan bawak stok snacks dan air kotak siap-siap..:-)
Semuanya kepenatan, so memang petang tu berehat je. Nak recharge untuk aktiviti malam pulak.
What a beautiful sunset from bilik kami.
Petang tu aku turun jap tengok fasiliti yang ada kat sini. Ada gymnasium, swimming pool, playground, MyNews pun ada tau. Pendek kata, memang cun lah. Cuma apartment ni takde restoran, dan juga other entertainments such as karaoke, lounge, snooker etc. 
Malam tu kami sekeluarga menyinggah ke Lotus Tanjung Pinang. Maklumlah dah dapat apartment, mak kata nak cari barang untuk buat breakfast.
Singgah Anakku, adik nak belanja budak-budak ni mainan. Huhu
Settle nak dekat jam 10 malam jugak. On the way nak balik, cari restoran semuanya penuh. Kalau ada pun bak kata Along tak menepati kriteria. So sudahnya balik apartment je..:-p
Iman with her new toys.
Eh tak pergi makan malam ke? Ni dok pakat tunggu apa pulak?
Order Foodpanda je malam tu. Mak ayah tak nak makan since diorang dah pekena light snacks kat Lotus. Yang kami ni hat kebuluq, tu order Mekdi. Tapi order pun lambat, memang jam 11.30 baru sampai. Haha

That's the wrap untuk entri hari pertama kami di Penang. Ada lagi three more entries yang akan aku sajikan for the next hours. Stay tuned

No comments:

Post a Comment