Saturday, December 31, 2022

Kisah AKU n Memories 2022

 Assalamualaikum,

Malam hari terakhir tahun 2022 ni as usual I'm sharing with you guys one of compulsory entry bagi blog ni. Sebuah closing entry describing memories dan juga some of key highlight yang terjadi kat diri aku pada tahun 2022 ni. Dalam entri ni ada jugak aku masukkan komentar bagi azam 2022 yang telah diletak early year. Nak jugak tengok berjaya dicapai atau tak. Okaylah, jom kita selak sikit entri penutup untuk tahun 2022 aku. 

January
Kena jadi bidan terjun untuk deployment PLUS RFID. Yelah, time tu aku dah setahun jugak masuk team Parking, so bila kena cover Expressway ni macam menggamit kenangan pula. Huhu

February
Fariq's 2nd Graduation. 
Huhu, akhirnya dapat booster jab. Complete 3 dos Sinovac ada dalam badan aku sekarang..:-p

March
Tanggal 17 March 2022 merupakan hari kelahiran Iman Nur Syahadah.
Selang seminggu lepas tu, merupakan hari terakhir aku bersama Blueniey setelah hampir lapan tahun beliau menaburkan jasa dan baktinya. Good bye old friend.

April
Ramadhan tahun ni tanpa anak dan isteri, since wife berpantang di Melaka so Fariq pun ikut sekali. Tapi every week memang aku datang melawat.
Minggu terakhir Ramadhan, aku mengalami minor accident di highway PLUS berhampiran exit Nilai. Alhamdulillah, nyawa panjang lagi. Terima kasih Allah.

May

2 Mei - hari lahir blog Diarimcbride yang kedua belas!
Raya pertama untuk kami berempat. Alhamdulillah
Akhir May, akhirnya dapat jugak kereta Axia a.k.a Silverwing ni setelah hampir dua bulan menunggu.

June
Kak Amy buat open house Raya, so dapatlah buat mini reunion budak-budak Quatriz. Dalam gambar ni, tiga orang dah jadi ex-staff, tinggal empat orang je yang setia lagi. Huhu

July
14 Julai 2022 merupakan hari lahir Fariq Ilham yang ketiga, sambutan secara sederhana di rumah ayah. Beberapa orang family member dari Melaka pun ada datang jugak hari tu. Dapatlah kami jadi hos since diorang tidur kat rumah kami..:-)
Raya Aidiladha keeempat with my small family di Melaka. Ni time gambar outdoor di Pantai Siring.

August
Fun Escapade event di IOI City Mall Putrajaya.
Meluangkan bulan kemerdekaan dengan melawat Muzium Kapal Selam di Melaka.

September
Given honor to announced TNG's 1,000 parking sites to member of Touch 'n Go Business & Growth Division.

October
Memenuhi undangan my bestie, Afiq untuk majlis akikah anak perempuan dia yang berlangsung di rumah keluarga beliau di Kiambangsari.
Berkesempatan attend wedding anak bos lama, Pn Zihan di A-Park Pulau Meranti, Puchong.
Selamat Hari Lahir ke 25 to my beloved wife, semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki serta diberi kekuatan dan kebijaksanaan dalam menjadi isteri dan ibu yang terbaik. Amin In Sha Allah
Quick retreat bersama family wife di Pulau Besar bersempena Maulidur Rasul

November
Mini Reunion Quatriz lagi, kali ni bersempena wedding Afiq yang berlangsung di Nice Banquet Hall Rawang. Tapi kali ni, yang ex Quatriz aku dengan Afiq je lah. Haha
10 November 2022 was our fourth anniversary. Alhamdulillah, semoga ikatan yang dibina kekal hingga ke akhir hayat. Dah dua orang anak tu..:-)
PRU15. Even though menang di Parlimen Hulu Selangor, aku sedikit terkilan sebab PN kalah tipis GE ni. Tapi takpe, kita kekal berprinsip dan berlapang dada. PNBest!
26 November 2022 merupakan hari lahir aku yang ke 30, disambut dengan penuh aktiviti di Setia City Mall. Tapi banyak aktiviti untuk bebudak dua orang ni je.

December
Awal December, I bid goodbye to Silverwing. Walaupun tak sampai setahun aku pakai dia, tapi banyak jugak jasa kereta ni dekat aku. Sobs
Menghadiri kursus ThinkAgility selama dua hari di PJ Sheraton Hotel.
Menamatkan aktiviti tahun 2022 dengan percutian 4 hari 3 malam di Pulau Pinang bersama keluarga. Ni merupakan annual vacation kami untuk tahun ketiga berturut-turut.

. Okay, jom tengok azam tahun lepas. Tercapai ke tak?
  1. BlogAlhamdulillah, tahun 2022 merupakan tahun keduabelas aku dalam industri blogging ni. Tahun ni total post ada penurunan sikit dari tahun 2021, maybe disebabkan takde entri mini-series yang aku buat tahun lepas. Tapi still okay apa, sebab aku target habis-habispun 50 entri je setahun.
  2. Kerjaya2022 merupakan tahun ketiga aku di Touch 'n Go. A rough year, tapi we managed to exceed the management's expectation with a lot of T4 achievement. Tengoklah tahun depan bulan March camna, ada increment ke? or ada promotion ke? Huhu
  3. FamilyTahun ni memang banyak masa spend with family. Yang paling penting sekali kami adik beradik berjaya jugak usahakan our annual vacation untuk mak ayah walaupun asalnya banyak halangan. Plan asal nak cuti awal November, dah tu PRU pulak. Nasib baiklah aku dapat nego dengan pihak hotel sebab ikut T&C tak boleh tukar tarikh tu yang dapat shift ke akhir Disember..:-)
            Dari 3 azam yang aku set, aku nak simpulkan yang azam tahun 2022 aku ni mostly tercapai. Apa-apapun thank you very much for all the memories untuk  tahun 2022 ni and of course I'm expecting 2023 yang nak datang esok ni bakal menjanjikan lebih banyak peluang yang lagi baik. Amin In sha Allah.

            P/S: Ngam-ngam dah nak masuk tahun baru aku publish final post of 2022 ni.

            No comments:

            Post a Comment