Tuesday, December 13, 2022

Kisah AKU n Au Revoir, Silverwing

Assalamualaikum,

Tanggal 12 Disember 2022 merupakan hari terakhir perkhidmatan sebuah jentera yang berjasa kepada aku selama hampir lapan bulan ni. Untuk sesiapa yang familiar dengan nama dalam title entry kat atas tu. Ya betul, Silverwing merupakan nickname bagi kereta Axia silver aku tu.
Sebulan dua ni memang aku pakai kereta ni je pergi kerja hari-hari. Memang terbukti jimat minyak dari Persona yang satu lagi tu.
Pagi Sabtu aku dan ayah ke Perodua Bukit Sentosa untuk buat final inspection kereta ni. Maklumlah nak bagi kat orang, kenalah make sure condition kereta berada dalam keadaan yang tip-top. Mesti korang dok tertanya, apa reason aku nak jual kereta ni. Antara sebab utama ialah financial lah. Tahun depan Fariq nak masuk tadika, banyak kos lain nak fikir such as transit, van etc. Yuran taska Iman pun naik jugak dan of course recession yang dijangka bakal melanda dunia tahun 2023. So, aku kena bertindak cepat to salvage apa yang boleh walaupun ada rumours increment dan bonus April next year. Lepas inspection, kami ke MRT Sungai Buloh pickup abang ipar aku yang balik naik MRT. Along dan Mikail pulak memang dah seminggu ada kat rumah ayah.
Eh tapi kau jual kat siapa tu? Dah kenapa kereta ni kat rumah ayah pulak?
Farewell new friend. Tempoh lapan bulan dengan Silverwing ni walaupun singkat tapi akanku kenang jasa dia. Unlike Myvi aku dulu, Silverwing ni aku tak jalan jauh pun. Habis-habis pun pernah sekali sampai Melaka. Lapan bulan pakai, tak pernah lagi terlibat dengan accident. Overall, it's a highly reliable car. Dia boleh steady selaju 130 KM/H, rekod aku rasanya 150 time balik Melaka hari tu. Apa-apapun, I wish you good luck dengan owner baru. Just nak express my feeling here, it's an honor to be your owner..:-)
Haa, owner baru kereta ni ialah abang ipar aku sendiri. Reason dia angkat kereta ni sebab nak cari kereta jimat minyak since hari-hari ulang alik PD-Seremban ke sekolah Mikail. Sama kes cam aku lah, Honda City dia tu pun kuat telan minyak jugak. Pfft
Okaylah Wan, jagalah kereta ni elok-elok. She's yours now. Yang surat perjanjian tu nanti aku send pdf. Tak sempat nak print malam tu, printer buat hal. Huu
Babai, semoga ketemu lagi di lain hari..:-)
Huu, gambar POV from henset Along
Ni gambar first aku dengan Silverwing, awal bulan May hari tu.
Ni Along share pagi tadi. Siap ada khemah tu. Huu

Tu je lah cerita pagi ni, akan ada satu lagi entri tapi malam ni kot update. Nak kena tidur awal, since esok kena attend training di Sheraton PJ. Jangan risau, kali ni takde Langkah Sheraton tau. Haha

P/S: Dengan tersingkirnya England from WC, maka safe to say our boys yang mewakili negara masing-masing escaped from injury. Tak sabar nak restart EPL ni. Huhu

No comments:

Post a Comment