Showing posts with label Travel - Korea. Show all posts
Showing posts with label Travel - Korea. Show all posts

Saturday, June 1, 2013

Kisah AKU n Annyeonghi Gyeseyo Korea!!

Assalamualaikum semua, baiklah seperti yang korang tau and aku pun dah mentioned tadi, entri ni ialah yang terakhir untuk trip aku di Korea yang bermula minggu lepas dan melabuhkan tirainya dengan mendaratnya Airbus A330-300 di LCCT pada petang tadi. To make it simple, apa kata kita terus ke cerita last ni - since aku pun letih ni, huk
Kami bangun pukul awal tadi, sebab flight pukul 9.20 pagi, so pukul 7 suppose to be at Incheon International Airport, Seoul. Macam hari-hari biasa kami kat Korea, even aku bangun tak lewat pun still aku mandi yang paling last.:-) Ok apa, takde nak fikir orang lain tengah queue kan.?
Dalam pukul 6.30 pagi kami pun meninggalkan guesthouse yang menjadi medan kami berlapan bersuka-ria selama seminggu itu.
Sesi menyerahkan lebihan stok makanan terutamanya maggi, biskut, 3 in 1 kepada our tourist guide yang juga pelajar Malaysia di Korea Selatan ni.
Jaket yang berkhidmat sepanjang 7 hari non-stop, jasamu dikenang. :-)
Menunggu bas yang membawa kami ke airport. Dalam gambar - yang bangunan tirus keatas belah kiri tu Namsan Tower.
Dalam pukul 7 kami tiba di airport - check in luggage dan menunggu dengan sabar. Berat luggage aku tadi 7 kg, ngam-ngam je nak bawak naik cabin..:-)
Mencari tempat nak duduk, huu..penuh pulak, last-last dok sebelah orang Taiwan..:-p
Bersama Nazirul (kiri) dan Din (kanan) - terima kasih atas layanan dan panduan korang sepanjang kami berada disini. Kamsahamnida!
Ada macam atlet Malaysia tak? huu
Abbas - Chief Security Guard yang keletihan sebab dia lah orang yang bertanggungjawab memastikan group kami sentiasa cukup. Aku dengan Joe pulak sentiasa jadi "ekor" untuk group ni.
Lepas sekatan imigresen. 
Berada di balai berlepas, menunggu turn untuk masuk kedalam pesawat Airbus A330-300 Air Asia X. Pesawat yang diterbangkan oleh Kapten Shamsul take off tepat pukul 9.20 pagi waktu Korea dan touchdown di LCCT pada pukul 2.50 petang waktu Malaysia. Suhu yang selama ni dibawah 20 darjah Celsius di Korea Selatan tiba-tiba naik mendadak dengan catatan suhu sebanyak 35 darjah Celsius di Malaysia 
Bye-bye, kami nak pergi lunch ni - huu, lapar nya, bayangkanlah dengan tak makannya before berlepas, malam semalam makan burger sebijik je. Sampai je, terus cari KFC. Nak makan ayam...huu, saya rindu ayam!!
Pukul 4.20 petang, bas UiTM tiba di LCCT, membawa kami pulang ke UiTM Shah Alam. Sejuknya bas tadi, seronok sangat dapat rasa aircond lagi..hii
5.30 petang - bas tiba di depan Kolej Melati sekaligus menandakan berakhirnya program Kemuncak Ilmu FSPPP Ke Korea, sekalung tahniah kepada Aiman, Pengarah Program serta team-team yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan program ni. Semoga ianya dapat memberikan semangat yang lebih lagi kepada peserta dan juga bakal-bakal SMF baru semester depan untuk terus menaikkan nama fakulti melalui program-program antarabangsa sebegini.
So guys, maka berakhirlah diari Korea Selatan aku - terima kasih kerana sudi meluangkan masa anda dengan membaca entri-entri ni. Untuk siapa-siapa yang nak pergi Korea tu, aku sarankan belajar sikit bahasa Korea - yang paling basic pun jadilah. Sebab susah nak cari Korean yang speaking kat sini even kat area town, aku pun nasib baiklah boleh cakap Jepun sikit..haa~ And lagi satu, ukur baju dibadan sendiri - jika anda student, bercutilah atas kapasiti seorang student sebab banyak lagi pelaburan yang kita akan gunakan kelak. Tak salah nak berbelanja lebih, takde siapa nak halang if korang ada cukup duit untuk hidup kat sana. Tapi janganlah sampai menyiksa diri sendiri. Ok lah guys, aku nak tido ni - Isnin ada lecture. Annyeonghi Gyeseyo! 

Kisah AKU n Myeong-dong's Nightlife

Assalamualaikum semua, sorry lambat lagi update blog. Untuk pengetahuan korang semua, aku telahpun selamat mendarat di LCCT pada pukul 3 petang tadi. Macam biasalah sampai je rumah, basuh baju dulu - baring-baring, nak hilangkan sengal sendi yang duduk selama 6 jam dalam flight. Ok lah, tanpa membuang masa aku nak update untuk hari yang keenam aku di Korea semalam.
Haa, ini jelah kerja kitorang semalam - budak bilik bawah aku tak tau diorang pergi mana. Bukan apa, most of us dah tinggal less than 10000 won je untuk hari keenam ni. Aku lagilah, just tinggal 6000 won je..tapi takdelah sepanjang hari duduk rumah sebab malam tu kami decide nak makan sama-sama untuk budak bilik 301 ni..hii
Dalam pukul 8 malam, kami bergerak ke Myeong-dong subway station - ingat nak habiskan jelah duit -duit yang tinggal tu. Tapi apa-apa pun baik pergi makan dulu, takut nanti belanja kat sini, langsung tak dapat dinner pulak..huk
Dinner untuk malam semalam- burger squid Lotteria. Berharga 2300 won. Sedap tapi pedas, sesuai la untuk orang nogori..huu
Three Stooges a.k.a Rombongan Sopan, bak kata Pn Tuan Nooriani..:-) Maybe waktu lawatan kitorang yang paling senyap dan berdisiplin kot, hehe
Lepas makan, kami jalan-jalan je kat Myeong-dong tapi tak beli apa pun - mana cukup beb duit nak beli kat area yang eksklusif ni..just nak tengok nightlife kat sini je..:-)
Kat subway station baru lah ada benda sikit aku beli - tu pun spend 4000 won je, sebab lagi 2000 won memang awal-awal lagi nak save untuk kenangan..
Hanya mampu mencium dan memegang susu pisang yang menjadi minuman harian aku kat sini selama hampir seminggu, huu.. gonna miss you lah !!
Pemandangan malam from our guesthouse.
Lepas tu, kami pun berkemas, dah nak balik pun - cuma tinggal beberapa jam je before kami meninggalkan Korea.
Aku pulak memang petang semalam dah siap kemas barang, so malam tu jadi advisor diorang je la, tak pun jadi pengacau..haa
Aiman pun tengah sibuk packing barang-barang - biasalah tu, kita waktu pergi beg ringan je, time nak balik tu yang tiba-tiba jadi berat. Mana taknya, souvenir pun dah berplastik-plastik..:-)
Sedikit picture dalam guesthouse kami time waktu puncak mengemas, huu...memang berselerak betul. Takut si Korean tu dok cop macam-macam pulak kat kitorang ni..huk
Around pukul 2 pagi, before nak tido aku buat final check untuk dokumen-dokumen perjalanan, wallet, bateri telefon, kunci rumah and motor, jam, cincin tunang - kalau tertinggal hatta satu pun barang-barang ni memang patah balik aku dari Malaysia..haa

Orait, nantikan entri terakhir aku di Korea lepas ni. Insyallah aku akan update paling lewat pun esok. Till then, take care uolls.!

Friday, May 31, 2013

Kisah AKU n Raikan Cinta di Namsan Tower

Assalamualaikum semua, mesti dah tak sabar kan nak baca entri Korea aku kan? huu, bajet macam ramai readers pulak saya ni..hii. Ok lah, ni entri penutup untuk hari kelima aku di Korea, cuma tinggal hari ni je untuk meluangkan masa berada dibumi yang colorful ni. Hari Sabtu pukul 6 pagi dah nak kena ada kat airport.
Malam semalam, aku, Joe, Pok Jad, Ida dengan Pn Tuan Nooriani decide untuk pergi melawat Namsan Tower, itupun sebab dalam ramai-ramai kitorang je yang tak pergi atas tu lagi.
Naik lif untuk ke cable car station.
Beli tiket two-way berharga 8000 won.
Namsan Tower ialah the highest point kat Seoul ni. Antara tarikan utama tempat ni ialah love padlock. Dimana couple akan lock mangga cinta diorang tu kat area-area yang disediakan. Best kan? That's why ramai pengunjung yang aku perasan semalam mostly couple. Siap peluk, cium semua..huu, real gila..:-p
Memang sejuk kat atas ni, even pakai gloves pun. Baju dah la nipis..huk
Kat tower ni ada cafe, souvenir shop, mini mart (olive-clive), observation deck, love-shaped bench dan banyak lagi fasiliti yang direka khas untuk pasangan kekasih.
Singgah kat souvenir shop, aku beli padlock dengan harga 4000 won. Kunci apa kat sini? Letak nama aku dan X je, X tu siapa-siapa pun boleh jadi nanti. Haha
Dalam pukul 10.30 malam, kami pun turun dan pulang ke guesthouse. Sakit jugak kaki aku sebab non stop berjalan dari pagi semalam. Ok guys, cuma tinggal satu hari penuh je aku kat sini lagi, so I guess entri Korea pun cuma tinggal dalam 1-2 je lagi..Apa-apapun teruskan membaca. Anyogi gaseyo..!!

Kisah AKU n Shopping di Namdaemon Market

Assalamualaikum semua, sselepas je melawat Namsangol Hanok Village, kami dibawa oleh Nazirul, our tourist guide ke Namdaemon. Sebuah syurga membeil belah, dengan harga yang berpatutan - sesuai sangat untuk membawa balik souvenir untuk kawan-kawan..
Kalau 2-3 hari lepas asyik hujan je berturut-turut kat Korea, tapi semalam cuaca panas but suhu still dingin. So guys, inilah Namdaemon Market - of course ada 2 tarikan kat sini - brooch dan juga souvenir.
Tempat ni memang sesak, so kami di bahagikan kepada 2 kumpulan. Satu kumpulan ke brooch sector dulu, and the other pergi cari souvenir yang lain
Group yang aku join pergi tempat brooch dulu, rambang mata aku nak pilih. Since budget aku pun terhad, so kenalah berbelanja dengan baik kalau tak nak berlapar..haa
Beli untuk mak, along dan makcik-makcik-)
Lepas tu kami switch pulak, kitorang ke souvenir punya area - kat sini lagilah nak berambang-rambang mata aku. Tapi tak banyak pun aku spend kat sini sebab first day hari tu aku dah spend kat discount mart area Myeong-dong. Harga pun lebih kurang sama je.
Tengok apa tu Farid?
Waah..banyak nya kraf tangan orang Korea ni, kalau banyak duit bawak semua aku nak beli..huk. Tapi takpe lah, aku travel ni pun atas kapasiti seorang student. So, next time lah..:-)
Diorang ni borong jugak lah tadi. Ada lah minimum dua beg plastik.
Namdaemon Market yang sentiasa sibuk. Ni macam lebih kurang area Pasar Seni kat KL.
Tengok tu, berbondong-bondong beg plastik..aku nasib baik satu je..:-p
Kami dibawa lunch di Dongdaemon oleh Nazirul, kedai burger ni halal, huu - dapat jugak makan daging ayam..:-)
Nyum-nyum, for 3500 won, berbaloi jugak lah. Lebih kurang harga McChicken kot..
Dongdaemon ni jual barang-barang ekslusif macam sutera, baju designer etd. Since time ni aku pun just tinggal 25000 won je, so malaslah join and lepak dengan beberapa kawan kat Cheongyecheon River yang dah visit waktu first day hari tu..
Doota Mall, sebuah pusat membeli belah eksklusif terletak di Doosan Tower, diatas subway station Dongdaemon. Yang ni memang aku dengan Joe duduk kat luar je lah..haa, bukan apa kitorang ada tinggal 2 hari je lagi - kira 25000 won (RM70) yang ada tu untuk makan and beli susu pisang..:-p

Baiklah kawan-kawan, teruskan membaca satu lagi entri penutup untuk hari kelima aku ye. Till then, take care and lots of love..:-)