Monday, November 27, 2017

Kisah AKU n Happy Birthday 2017

Assalamualaikum,
Alhamdulillah, masih diberi nikmat kehidupan oleh Allah untuk terus bernafas diatas muka bumiNya ini.  Syukur aku panjatkan kepada Allah kerana menganugerahkan aku keteguhan dan kesabaran untuk mencabar kehidupan persis roda ini. 26 November 2017 merupakan hari ulangtahun aku yang ke 25. Muda lagi ke ni? Huu

Group pertama yang wish usia aku yang semakin tua tahun ni ialah my family. Mak yang pertama (11.59), followed by ayah (12.02), Along (12.06) dan adik (04.26). Between Along dan adik, cik tunang (12.19) pun wish jugak. Apa ni lambat, ingatkan awak orang yang pertama. Nasib baik dah belanja tiket Star Wars. Huu. Ada jugak lima orang rakan di FB yang sudi wish jugak  Thanks to Abg Lan, Abg Nezam, Zaza, Hanafi dan Ifah. Dekat group-group lain pun ada dimulai dengan "Penyet Deq", followed by "Bersatu Kita Warga UiTM"

Untuk tahun ni, memang berbeza dengan sambutan 2016.Tahun lepas kita ada surprise dimana bro-bro Shah Alam sanggup turun all the way from Shah Alam. Tahun ni pulak almost no celebration. Even budak-budak Quatriz ni pun tak tahu birthday aku time kami ber-barbeque malam Sabtu tu. Elok pun, kalau tau karang kena baling tepung pulak, tak pun kena humban dalam Selat Melaka tu. Haha

Dah 25. Achievement so far macam mana? Alhamdulillah, ada kerja yang stabil. Kereta pun reaching it's 3 years of service dan masih berfungsi dengan baik. Rumah pulak memang ada problem sikit tapi the direction is there. Cuma ejen aku tu kena proaktif sikit. Fikir kawan je, kalau tak dah lama aku cari orang lain. Perhaps one of limelight ialah my engagement Oktober lepas. Let's hope and pray that everything will be fine and diberi kesudahan yang baik.

Apa-apapun, selamat hari lahir kepada Mr. McBride. A special thanks juga for family and friends yang sudi wish dan mendoakan yang terbaik untuk aku. Semoga Allah membalas budi dan doa korang jugak. Amin In Sha Allah.

Kisah AKU n Quick Retreat @ Le Thu House Pengkalan Balak

Assalamualaikum,

Apa ni dah lewat malam baru nak update? Selagi mata segar ni okay kot nak update. Ingat nak terus taip after sampai dari Melaka petang tadi. Tapi tak tahan beb, buat pulak hujan. Memang elok sangat tidur. Haha. Okaylah, di malam yang sepi ni aku nak share aktiviti hujung minggu aku bersama rakan-rakan seperjuangan di Quatriz System. But let's start dengan office talk minggu ni.
Sekali sekala balik lewat kat sini pun okay jugak. Kat TPM selalu sangat dah, kat sini adalah sekali dua je..;-)
Baiklah. Aktiviti hujung minggu aku kali ini diisi dengan baik bersama Group Bujang Quatriz. Seperti yang dirancang sejak awal November, kami bersebelas decided untuk do some outing dekat Pengkalan Balak, Melaka. 2 buah kereta yang memuatkan 8 orang bergerak dari TPM sekitar jam 1 petang. Sebuah lagi kereta memuatkan 2 from us bergerak dari Batu Caves dan satu kereta dari Melaka.
Setelah mengharungi kesesakan highway, kami akhirnya tiba di ke destinasi penginapan kami, Le Thu House yang terletak di Jalan Telok Gong, Pengkalan Balak, Melaka sekitar jam 3.30 petang. Tempat ni simple je, it's a container-based motel with a spacious parking area dan juga BBQ facility. Sesuai untuk short gathering untuk golongan belia macam kami ni.
Pantai terdekat cuma 100 meter dari motel ni. Tapi kena cross jalan dan berjalan kaki sikit. Tak jauh pun. 
Dah macam dorm pulak rasanya. Padat jugaklah nak sumbat kami berenam yang lelaki ni. Huu
Dah start anti-sosial dah diorang ni . Haha
Petang tu aku dan Zaaba ke pantai terdekat cari kuih-muih sikit untuk aktiviti pertama kami kat sini. Aktiviti apa?
Ni lah aktivitinya - celebrating work anniversary dengan Dunkin Donut. Haha. Asalnya diorang nak beli kek, tapi atas time constraint memang tak sempat nak beli. Tak boleh blah betul ada anniversary. Huu. Tapi seingat aku dengan Matt pun makan besar jugak 1 Ogos dulu to celebrate our 1 year kat Quatriz ni..:-p 
Sekitar jam 6 petang, kami crossed the road and went to the nearest beach. Asalnya aku dengan Zaaba je yang pergi untuk sesi fotografi tak bertauliah. Huu. Tiba-tiba ramai pulak datang melawat..:-)
Ohh terlupa pulak, kalau perasan ada gambar yang raw macam ni. Unedited dan takde watermark tu meaning aku amik dari diorang punya album. Kredit siap-siap untuk contributor ye. Cheers!
Kacau daun betul si Ima belakang tu. Baru ingat nak bernarsis sikit. Huu
Hujan renyai memaksa kami pulang ke bilik masing-masing. Cerita kat TV pun takde yang best, kebetulan Syah ada movie Titanic. Memang semua syahdu layan cerita ni. Haha
8PM - Pause dulu Titanic. Takut terlepas scene ikonik bak kata Zaaba. Hii. Kami memulakan aktiviti BBQ didalam renyai hujan sambil ditemani bayu laut Selat Melaka. Dah lama tak membakar ni..:-)
Diorang ni lagi. Rasanya time kat Krabi Walking Street  hari tu pun dua-dua pakai baju sama jugak. Haha
Preparation team.
Team membakar.
Best! Lagi-lagi bila ada BBQ sausage. Nak pulak makan cicah BBQ sauce. Padu beb!
Lepas BBQ, ada dua team dengan aktiviti berlainan. Yang belah kiri menyisha + vape sambil main Mobile Legend, team belah kanan pulak had a proper social activity lah with a confession session. Tapi as per rule, cerita situ habis situ lah. Haha. Korang teka sendiri lah aku join aktiviti mana?
Aktiviti malam ditamatkan sekitar jam 3.30 pagi. Yang lelaki masuk bilik sambung tengok Titanic  sampai pukul 5. Layan beb cerita ni, semua stay tengok sampai habis. Kesimpulan cerita ni, kami sebulat suara berpendapat perempuan memang tak pernah nak fikir panjang. Sian Jack mati, semua gara-gara si Rose tu. Huu
Pagi Ahad tu 7.30 pagi lagi aku dah bangun. Keluar basuh kereta jap, pastu sambung tidur. Bangun balik pukul 9.30 berjalan tepi pantai sementara menunggu geng perempuan ni bersiap since diorang pegang kupon breakfast. Rugi lah kalau tak guna. Plus, duit dalam wallet aku cukup-cukup je nak tuang minyak balik Rawang. Haha
Bergambar kenangan dihadapan Le Thu House. Kerol dengan Ira dah balik dulu pagi tu since ada urgent thing. Best tempat ni, tapi lagi best kalau ada karaoke. I'll be more happier. Hii
Kami bergerak meninggalkan Pengkalan Balak sekitar jam 1 petang. Plannya berkumpul semula di Salak Tinggi for one last activity sebelum menamatkan quick retreat kami kali ini.
Menghadiri kenduri kesyukuran by one of Quatriz ex-staff, Kak Nita di Salak Tinggi. Dapatlah lunch free semalam. Huu. Thanks Kak Nita, sedap lauk-lauk yang ada. Ingat nak tambah, tapi segan pula..:-p
Hujan lebat menemani perjalanan kami dari Salak Tinggi ke TPM. Sampai sekitar jam 4.45 petang, aku drop diorang before terus shoot ke Rawang untuk pick up ayah kat KTM. Nasib baiklah tak jem, elok je sampai on-time. Surprisingly jugak jalan quite lancar dari Rawang nak ke Sungai Buaya. 

Itulah cerita hujung minggu aku kali ni. Memang best dapat spent time dengan kawan-kawan ofis. Walaupun 2 hari tapi we had fun and of course will be looking forward untuk quick retreat macam ni lagi. Selagi bujang ni kita cherish the moment, tahun depan kena gari dah. Huu

Sunday, November 19, 2017

Kisah AKU n AlloyMtd Teambuilding 2017 - Day 2

Assalamualaikum,

Yeah, berjumpa lagi kita. Memang korang semangat betul nak tahu aktiviti hari kedua aku berteam-building ni kan? Huu. Untuk sesiapa yang maybe terlepas baca jurnal hari pertama kat sini. Sila klik link ni. Baiklah, disclaimer siap-siap. Dalam entri ni banyak gambar yang aku cedok dari team member yang lain. Sebabnya malam tu punyalah konfiden cas bateri. Bangun 5.30 pagi, tengok bateri ada 30% je Rupanya kabel longgar. Hanat betul! Haha
Sebagai langkah penjimatan bateri, aku adalah snap satu dua picture. Pastu off. Haha. Pagi tu seawal jam 6 pagi kami dah berkumpul di surau untuk solat Subuh berjemaah. Lepas tu ada sesi tazkirah bersama our SVP Human Capital Division, En Zainullah. 7 pagi ada aktiviti Zumba dan senaman pagi. 
Mesti tak cukup sorang. Abg Bakri ni asyik hilang je. Haha
Time breakfast ada pulak. Huu. Bila team-building ni baru tau ada yang duduk satu kawasan perumahan, yang satu kampung pun ada. Macam dalam group kami sendiri, Abg Razak (TDG) rupanya tinggal kat Selasihsari, Sungai Buaya. Abg Bakri (kiri) pulak orang Parit. Memang hingor le team keme semalam. :-p
Modul untuk hari kedua ni semuanya outdoor dimulakan dengan Modul 4 - Hurdles. Dalam modul ni menekankan konsep teamwork yang sangat penting untuk membina a high performance team.
Meniti titian usang. Apa benda macam lagu Search je..:-p
Kesian abang-abang ni. Diorang ingat aku lelaki paling ringan dalam team, rupa-rupanya boleh tahan berat jugak. 60kg je bang. Hii
Haa, yang ni best. Sampai 3 kali aku main semalam. Dah praktis siap-siap dengan Abg Saiful time bilik kitorang terkunci malam tu. Haha
Kalau nak tau, Abg Razak (kiri) kita ni veteran tentera dulu. Masih bertenaga lagi beb! Setakat hurdle macam ni kacang goreng je. Huu

Ni pulak Module 5 - The Amazing Race. Ada 5 checkpoint yang kami kena completekan. Gambar ni checkpoint first - Roda Kereta Kebal.

Gambar checkpoint dua takde, so kita skip ke checkpoint tiga - Tugu Belon.
Ni checkpoint nombor 4 - Tasik Radioaktif. Yang ni best! Final checkpoint pun takde gambar. Time general knowledge punya part yang tak boleh tahan. Tak sampai 5 minit team kami dah jawab semua soalan-soalan fasi tu..:-p
Lepak ngeteh dulu sementara tunggu team lain habis. Huu
11.30 AM - Kami dibenarkan pulang ke bilik selepas tamatnya modul The Amazing Race. Dapatlah rehat sejam before berkumpul semula untuk check out. Time ni pulun cas bateri, make sure kabel ketat punya.
Panas beb Bentong. Suhu setempat almost mencecah 32 darjah celsius jugak.
Lepas solat Zuhur we had our lunch dan ready untuk modul terakhir. Ingatkan dah habis, ada lagi rupanya. Team Fighter yang masih bersemangat lagi ni, tapi jujurlah tak boleh fight Team Hornet. Rasanya diorang pakai bateri Duracell kot. Sampai nak ke penghujung pun padu lagi war-cry diorang. Haha
Modul terakhir ni quite unique. Unlike modul-modul sebelumnya, 4 pasukan ni competed each other to win the modules. Tapi this time 4 team ni kena bergabung tenaga dan idea untuk menaikkan seberapa banyak batang paip yang boleh menggunakan tali rafia. Well, aku pernah main game yang dinamakan "Per Aspera Ed Astra" ni time teambuilding kat Dusun Eco Resort 5 tahun lepas. Resultnya, 11 batang paip berjaya dinaikkan, menyamai rekod Batch 1.
Sesi Penyampaian Hadiah - Team Fighter kami berjaya mendapat tempat kedua dari 4 team yang bertanding. Bergambar dengan our HCD Head, En. Zainullah dan barisan fasilitator yang sentiasa komited sepanjang 2 hari program berlangsung. 
Peserta AlloyMtd Teambuilding 2017 (Batch 4). Kami dah lepas, anda bila lagi? Selamat dah hujung minggu aku pasni. Hehe
Sempatlah snap gambar seround dua depan pintu masuk ni buat kenang-kenangan. Ada masa boleh datang sini bawa family pulak. Tak jauh pun, sejam je dari Gombak tu.
4.30PM - Bas meninggalkan perkarangan Suria Hot Spring dan membawa kami pulang ke HQ. Unlike nak pergi, time balik ni memang aku terlelap. Tau-tau je dah sampai TP Gombak.
Kami akhirnya tiba di destinasi around 5.30 PM. Hujan lebat membasahi bumi all the way from Gombak to Sungai Buaya. To conclude entry ni, kenangan dan memori bersama rakan-rakan seperjuangan di Team Fighter dan juga seluruh peserta lain sudah cukup precious for me. As expected, aku percaya kami semua pulang dengan semangat dan motivasi baru demi mencapai visi AlloyMtd untuk Extending Our Borders. Baiklah, maka berakhir 2 entries untuk AlloyMtd Teambuilding 2017 aku ni. Thanks sudi meluangkan masa membaca experience kami yang marvelous ni. Semoga berjumpa dilain entri. Till then, take care!

P/S: The whole week ni nak kena prepare ISO internal audit plan. Karang tak pasal kena tarik certificate pulak. Huhu

Kisah AKU n AlloyMtd Teambuilding 2017 - Day 1

Assalamualaikum,

Lama jugak aku tertidur semalam. Lepas Isya terlelap sampai pukul 2 pagi. Tengok EPL jap which Newcastle kalah lagi (pfft), then sambung tidur balik. Bangun Subuh, pastu sambung lagi sampai pukul 9 pagi tadi. Haha. Nak kata tak cukup rasanya aku ni hari-hari jugak tidur 5 jam je. Letih sikit kot minggu ni, maybe lah. Okay, nak cerita sikit pengalaman aku join satu aktiviti hujung minggu ni. Program yang dinamakan AlloyMtd Teambuilding 2017 ni merupakan inisiatif syarikat melalui our Group Human Capital Division untuk menyemai semangat pasukan efektif dalam kalangan staf kearah satu visi yang sama iaitu - Extending Our Border. 
 
Sebanyak 4 kumpulan yang dibentuk terdiri daripada 40+ staf yang diambil secara random dari syarikat-syarikat yang bernaung dibawah AlloyMtd Group of Companies. This is Group 1 @ The Fighter. Dalam group ni lah aku dan 10 ahli pasukan lagi akan bersatu hati dan tenaga untuk mencapai objektif teambuilding ni. Okay, format cerita kali ni simple. Day-basis and cam biasa lah, kalau nampak ada gambar yang takde my blog watermark macam kat atas ni. Maknanya gambar tu aku cedok dari our team shared images. Credit in advance kepada contributors!
Bas membawa kami ke venue team-building yang terletak di Bentong, Pahang sekitar jam 9 pagi.
Bye, saya pergi 2 hari je bos. Kerja semua dah delegate dekat kawan-kawan. Apa-apa boleh tanya diorang ye. Happy Working!
Sekali sekala selfie dalam bas..:-p
Ketibaan di Suria Hot Spring Resort, Bentong. Register nama dulu before masuk Dewan Rafflesia ni.
4 Pillars of AlloyMtd. Respect.Integrity.Trust.Excellence
Aktiviti pertama - Taklimat dari fasilitator dan pengurusan Suria Hot Spring, sesi pengenalan ahli kumpulan, bendera, war cry dan juga ice breaking session.
Luncheon di Padi Restaurant yang disediakan pihak Resort.
After lunch, yang lelaki dibawa menuju ke Masjid Tengku Sulaiman, Ketari, Bentong untuk menunaikan solat Jumaat. Kat sini memang kelakar betul. Bas dah bergerak setengah jalan nak balik ke Resort, boleh pulak tertinggal sorang. Mana taknya, Abg Razak tu dah lah pakai baju Melayu, berkopiah pulak tu. Dia punya blend tu takde siapa perasan. Mungkin kami pun ingat dia orang-orang Bentong jugak. Haha
Modul pertama bermula sekitar jam 3 petang. Indoor activity ni basically untuk membentuk an effective communication diantara ahli pasukan. Ada 3 jenis game yang dijalankan, semuanya berkaitan dengan deria penting manusia yang vital untuk komunikasi dua hala - mata, telinga dan mulut.
4PM - kami diminta check-in ke bilik dulu dan bersiap untuk ke modul seterusnya. Ni bilik jenis Quad Deluxe, yang boleh memuatkan 4 orang. Aku berkongsi bilik dengan Bro Bad, Abg Saiful dan Abg Azhar. Masing-masing dari kumpulan yang berbeza.
Modul 2 ni dominantly water activity. Kat sini lah Team Fighter sapu bersih semua game. Tak bagi chance tu, isi air dalam paip menang, waterpolo pun tak payah cerita lah betapa mantapnya attacker and defender kitorang. Paling banyak gol, paling sikit bolos. Huu
6 PM - Aktiviti ditamatkan. Alang-alang dah sampai sini kena lah cuba berendam dalam Hot Pool ni. Ada 2 jenis Hot Pool, satu yang panas betul. Satu lagi suam-suam. Yang suam tu pun dah rasa macam kena rebus, yang panas tu apatah lagi. Haha
Sudahnya rendam kaki je. Haha
Aktiviti malam dimulakan lepas Solat Maghrib dan dinner. Dah kenapa kau ni? Dah macam Hang Nadim aku tengok..:-p
Yup, malam tu ada team show. Kira macam Malam Kebudayaan jugaklah. Mengikut tema team-building kali ni, setiap pasukan kena buat sketsa 10 minit bertemakan cerita rakyat. Sesuai dengan nama Team Fighter, kami mempersembahkan sketsa bertajuk Jebat Derhaka. Watak-wataknya (from left to right) - Kak Wan (Dayang Istana), Fitri (Dayang Istana), Miza (Dayang Istana), Abg Shah (Bendahara), Abg Razak (Hang Tuah), Abg Mie (Hulubalang Istana), Abg Zali (Sultan Melaka), Abg Bakri (Hang Kasturi), Kak Ayu (Dayang Istana), Kak Liza (Dayang Istana) dan En. Farid kita sebagai Hang Jebat. Huu
Ekoran kematian Hang Tuah tanpa usul periksa, Hang Jebat bersumpah untuk membuat onar di Kota Melaka dan membunuh Sultan.
Pertarungan "epik" Hang Tuah dan Hang Jebat. Haha, cam cibai punya epik. LOL
Hang Jebat menyerahkan semulaTaming Sari kepada Hang Tuah yang lalu digunakan untuk membunuhnya. Semua kumpulan menyempurnakan sketsa dengan baik. Macam-macam cerita ada, ada Si Tanggang (In-Team), Tanggang versi Moden ada (Free-Go), Si Luncai (Hornet) pun ada jugak. Pendek kata memang kreatif lah staf-staf AlloyMtd ni.
Oi, dah kenapa pulak tersadai kat depan bilik ni Bad? Haa, itulah kisahnya. Lepas aktiviti habis sekitar jam 11.30 malam. Kami semua solat Isya berjemaah, sampai je depan bilik. Bro Bad kata pintu tak boleh open. Bateri pintu low kata staf Resort. Sudahnya sampai jam 1 pagi baru kami berempat dapat masuk tidur. Dalam 80 bilik yang ada kat sini, kenapa lah bilik ni yang kena. Haha

That's the end of cerita hari pertama kami berteam-building kat Bentong ni. Nak tahu cerita hari kedua, silalah klik link ni