Sunday, November 19, 2017

Kisah AKU n AlloyMtd Teambuilding 2017 - Day 2

Assalamualaikum,

Yeah, berjumpa lagi kita. Memang korang semangat betul nak tahu aktiviti hari kedua aku berteam-building ni kan? Huu. Untuk sesiapa yang maybe terlepas baca jurnal hari pertama kat sini. Sila klik link ni. Baiklah, disclaimer siap-siap. Dalam entri ni banyak gambar yang aku cedok dari team member yang lain. Sebabnya malam tu punyalah konfiden cas bateri. Bangun 5.30 pagi, tengok bateri ada 30% je Rupanya kabel longgar. Hanat betul! Haha
Sebagai langkah penjimatan bateri, aku adalah snap satu dua picture. Pastu off. Haha. Pagi tu seawal jam 6 pagi kami dah berkumpul di surau untuk solat Subuh berjemaah. Lepas tu ada sesi tazkirah bersama our SVP Human Capital Division, En Zainullah. 7 pagi ada aktiviti Zumba dan senaman pagi. 
Mesti tak cukup sorang. Abg Bakri ni asyik hilang je. Haha
Time breakfast ada pulak. Huu. Bila team-building ni baru tau ada yang duduk satu kawasan perumahan, yang satu kampung pun ada. Macam dalam group kami sendiri, Abg Razak (TDG) rupanya tinggal kat Selasihsari, Sungai Buaya. Abg Bakri (kiri) pulak orang Parit. Memang hingor le team keme semalam. :-p
Modul untuk hari kedua ni semuanya outdoor dimulakan dengan Modul 4 - Hurdles. Dalam modul ni menekankan konsep teamwork yang sangat penting untuk membina a high performance team.
Meniti titian usang. Apa benda macam lagu Search je..:-p
Kesian abang-abang ni. Diorang ingat aku lelaki paling ringan dalam team, rupa-rupanya boleh tahan berat jugak. 60kg je bang. Hii
Haa, yang ni best. Sampai 3 kali aku main semalam. Dah praktis siap-siap dengan Abg Saiful time bilik kitorang terkunci malam tu. Haha
Kalau nak tau, Abg Razak (kiri) kita ni veteran tentera dulu. Masih bertenaga lagi beb! Setakat hurdle macam ni kacang goreng je. Huu

Ni pulak Module 5 - The Amazing Race. Ada 5 checkpoint yang kami kena completekan. Gambar ni checkpoint first - Roda Kereta Kebal.

Gambar checkpoint dua takde, so kita skip ke checkpoint tiga - Tugu Belon.
Ni checkpoint nombor 4 - Tasik Radioaktif. Yang ni best! Final checkpoint pun takde gambar. Time general knowledge punya part yang tak boleh tahan. Tak sampai 5 minit team kami dah jawab semua soalan-soalan fasi tu..:-p
Lepak ngeteh dulu sementara tunggu team lain habis. Huu
11.30 AM - Kami dibenarkan pulang ke bilik selepas tamatnya modul The Amazing Race. Dapatlah rehat sejam before berkumpul semula untuk check out. Time ni pulun cas bateri, make sure kabel ketat punya.
Panas beb Bentong. Suhu setempat almost mencecah 32 darjah celsius jugak.
Lepas solat Zuhur we had our lunch dan ready untuk modul terakhir. Ingatkan dah habis, ada lagi rupanya. Team Fighter yang masih bersemangat lagi ni, tapi jujurlah tak boleh fight Team Hornet. Rasanya diorang pakai bateri Duracell kot. Sampai nak ke penghujung pun padu lagi war-cry diorang. Haha
Modul terakhir ni quite unique. Unlike modul-modul sebelumnya, 4 pasukan ni competed each other to win the modules. Tapi this time 4 team ni kena bergabung tenaga dan idea untuk menaikkan seberapa banyak batang paip yang boleh menggunakan tali rafia. Well, aku pernah main game yang dinamakan "Per Aspera Ed Astra" ni time teambuilding kat Dusun Eco Resort 5 tahun lepas. Resultnya, 11 batang paip berjaya dinaikkan, menyamai rekod Batch 1.
Sesi Penyampaian Hadiah - Team Fighter kami berjaya mendapat tempat kedua dari 4 team yang bertanding. Bergambar dengan our HCD Head, En. Zainullah dan barisan fasilitator yang sentiasa komited sepanjang 2 hari program berlangsung. 
Peserta AlloyMtd Teambuilding 2017 (Batch 4). Kami dah lepas, anda bila lagi? Selamat dah hujung minggu aku pasni. Hehe
Sempatlah snap gambar seround dua depan pintu masuk ni buat kenang-kenangan. Ada masa boleh datang sini bawa family pulak. Tak jauh pun, sejam je dari Gombak tu.
4.30PM - Bas meninggalkan perkarangan Suria Hot Spring dan membawa kami pulang ke HQ. Unlike nak pergi, time balik ni memang aku terlelap. Tau-tau je dah sampai TP Gombak.
Kami akhirnya tiba di destinasi around 5.30 PM. Hujan lebat membasahi bumi all the way from Gombak to Sungai Buaya. To conclude entry ni, kenangan dan memori bersama rakan-rakan seperjuangan di Team Fighter dan juga seluruh peserta lain sudah cukup precious for me. As expected, aku percaya kami semua pulang dengan semangat dan motivasi baru demi mencapai visi AlloyMtd untuk Extending Our Borders. Baiklah, maka berakhir 2 entries untuk AlloyMtd Teambuilding 2017 aku ni. Thanks sudi meluangkan masa membaca experience kami yang marvelous ni. Semoga berjumpa dilain entri. Till then, take care!

P/S: The whole week ni nak kena prepare ISO internal audit plan. Karang tak pasal kena tarik certificate pulak. Huhu

No comments:

Post a Comment